biasanya sebelum satu satu fabrikasi struktur keluli di buat di mana mana kilang..yang di tempah pihak kontraktor, kami akan melawat kilang tersebut utk mengetahui keupayaan dan kemampuan kilang berkaitan.. sama ada kilang fabrikasi keluli tersebut pernah ke menerima tempahan projek yg lebih kurang sama dengan yg kami nak bina.. sama ada mereka ada pegawai teknikal yg berkelayakan.. bagaimana pulak dari segi kawalan mutu.. kerana ada lah penting kawalan di buat di kilang sebelum bahan di hantar ke tapak.. jangan sampai bahan di rejek bila dah sampai tapak.. tengok juga keupayaan pekerja dan pengalaman.. terutama kerja welding dan sebagainya.. ada sijil kelayakan ke atau sebalik nya..pendek kata segala nya perlu di pastikan memuaskan hati klien dan perunding... kalau ada persijilan ISO itu satu kelebihan..
cuma satu je yg tak berapa pekenan ni kilang tu jauh di selatan .. kalau nak jauh sampai ke Jepun ke Korea ke ok la juga.. so esok rombongan kami akan ke SEGAMAT Johor melawat kilang fabrikasi keluli utk salah satu projek kami di KL... apa yg kami lawat dan apa hasil nya nanti kita cerita lagi... ada yg nak ikut? JOM hehe
3 comments:
segamat dah poi rayo keduo hari tu..
segamat ke keramat heheheh gurau..
salam
lama tak tinggal komen
Post a Comment