Tuesday, September 6, 2011

rumah terbuka.....

air ni biasa la kita jumpa

lemang satu kemistian...

ini judu lemang macam sparring partner la..
saling lengkap melengkap..

bila masuk syawal.... kita di galakkan berkunjung ke rumah sanak sedara , sahabat andai, jiran tetangga dan guru guru yg telah memberi sumbang bakti kepada kita dan masyarakat setempat... kalau di bandar bandar ni.. bila masyarakat nya sibuk dengan urusan masing masing.. masa utk menziarah jadi terbatas... dan kesediaan untuk menerima tetamu dalam keadaan tertentu juga pasti terbatas.... maka timbul tred untuk mengadakan rumah terbuka dan ini telah menjadi satu amalan dan ikutan masyarakat kota...

Majlis rumah terbuka adakala nya melebihi keperluan sebenar untuk menjamu sedara mara rakan taulan dan jiran tetangga... ada juga yg membuat nya secara grand menjemput sanak sedara dan rakan2 perniagaan tetapi lupa untuk menjemput jiran... ada juga yg memasang kemah macam ada majlis kenduri kawin.. serta hidangan di sediakan keterer... dengan beranika lauk pauk... sehingga di lihat agak berlebihan dan membazir....

Walau apapun pilihan kita, menjamu orang makan memang satu amalan yg di muliakan tetapi kenalah kita batas kan sehingga jangan di anggap kita bermewah2 dan sehingga membazir... kami juga ada sesekali mengadakan rumah terbuka... utk adik beradik, jiran tetangga dan sahabat handai jauh dan dekat... tapi kebiasaan nya majlis yg di adakan secara sederhana kerana mem tak percaya utk menyerahkan soal masak kepada keterer.. dia lebih suka duduk di dapur menyediakan segala keperluan dan juadah dari menempah dengan keterer..

kata nya nak jamu biar lah dari hasil masakan dia sendiri.. maka tak dapat lah kami nak menjemput sehingga ke hujung tanjung ke majlis yg sederhana tu.. tahun ni buat ke? ooo itu kena tanya mem .... hanya dia boleh menentukan buat ke tak... sebab seperti zino kata dia yg nak masak... so tunggu je lah.... hehe.. tapi kalau ada tetamu yg nak datang , boleh tak jadi hal , beri tau je nak datang.. datang la.. kita makan la apa yg ada tu betul tak?? hehe..

ni pun baru ada satu jemputan....... rumah sedara mara pun belum di serbu lagi ni...

17 comments:

Zareda Norman said...

tunggu kami nak serbu...

Acik Erna said...

memang nak datang pun..anak2 buah dah tanyo..bilo enok nak poi rumah pak ngah..ish2 budak2 ni kalau enok tak poi..tak do la jawab e..

zino said...

zar..
silakan.. hehe

zino said...

Erna
enok yo boleh jadi ketuo rombongan hehe

azi said...

Salam zino..
kalau dekat..saya pun nak pegi beraya...:)

zino said...

azi..
nak datang apa salah nya...hehe

ckLah @xiiinam said...

Selamat meneruskan raya....

ciK LyndaWawa said...

sedapla..pos sini pakcik..mesti mem yang buat ni..huhu

zino said...

Cklah
tq...

zino said...

wawa
lemang ke rendang tu yg jadi idaman..?

sahromnasrudin said...

kalau dekat, insyaALLAH kami sampai heheheeee

Nur said...

Pergi rumah yang tuan rumah masak sendiri lagi seronok, dari hidangan bufet oleh katerer. Bior la takde lauk raya pun. :)

zino said...

shahrom
dokek yo hehe

zino said...

Yati
mem pun tak selesa nak jamu tetamu guna keterer... unless kenduri kawin memang tak larat nak masak la hehe

MOKCIK AZWA said...

Betoi tu macam yati kata..kalau tuan rumah yang masak lagiiii sedapppp..

kami pun belum la berkesempatan nak menjemput rakan taulan untuk open house..walaupun, dialu2kan datang dan makan sekadarnya apa yang ada, bak kata Zino tu huhuhu.. mana taknya, bila weekend, cik abe ada program di sekolah, mokcik pulak kena terbang ke sana ke mari..alahaii..

KAMATO said...

salam bro, bila nak buat tu?

mamawana said...

Assalam tuan tanah,

Lomang ado laei ko? Den nak sorbu.. heee....