Siang tadi zino berkesempatan menghadiri satu wedding yang sangat meriah berlangsung di Dorset Hotel, subang Jaya... kami sampai lebih kurang jam 1.15... dan masa tu tetamu telah pun ramai... selepas bersalaman dengan bapa pengantin... kami masuk ke dalam dewan yg di hias indah... terpegun dengan keindahan singgahsana kedua mempelai... terus merakam menggunakan HP.. sayang nya kamera lupa nak bawa..
melihat kepada suasana di majlis tu tadi , zino rasa ia pasti menjadi tumpuan media atau majallah, tak terkejut kalau majlis ini nanti di rakam di mana mana media elektronik atau cetak..bilangan kamera dan video yg merakam juga banyak...
tetamu di raikan kan dengan pelbagai persembahan oleh penari penari cilik yg di jemput khas... masa kami sampai anak anak ni sedang mempersembahkan tarian di tengah dewan... dan meja kami duduk betul betul bersebelahan , sempat la zino merakam beberapa slot tarian tu..
gambar di ambil dari tengah dewan... kereka yg mempunya kemera yg lebih canggih pasti telah dapat merakam gambar yang lebih cantik dan menawan... namun persekitaran keseluruhan dewan tadi sangat menyejukkan mata memandang...
majlis bertambah meriah bila ada juruacara yg petah bercakap dan menyelitkan maklumat dan joke spontan mencuit hati para tetamu, kenal ke siapa tu.. ? tapi gaya dia mengacarakan majlis pasti seorang yg profesional dalam bidang nya..
ni saja gambar pengantin yg dapat zino rakam.. segan pulak nak ke depan menggunakan HP saja utk merakam hehe... kedua pengantin di panggil ke ketengah dewan utk menyaksikan satu persembahan video klip persembahan adik beradik dan saudara mara dan rakan2 pengantin.. sangat menarik dan menghiburkan..
tayangan video yg di persembahkan dari beberapa screen besar di dalam dewan.. kalau tak salah ada lima screen besar di dalam dewan.. kemungkinan ada lagi di luar dewan.. sebab ada juga tempat makan di letakkan di luar..
pengantin di kejutkan .. oleh tarian yg di persembahkan oleh adik beradik sedara mara dan rakan2 pengantin di depan mata sama seperti yg di persembahkan dalam video klip sebelum nya... satu kejutan kepada ke dua mempelai..
persembahan istimewa dan pertama kali zino melihatnya di depan mata ialah tarian tadi penari yg di terbangkan khas dari Mesir.. lupa pulak nama tarian ni.. tapi penari tu boleh berpusing ligat macam gasing.... langsung tak pening.... selepas dia menari ada juga di jemput orag ramai mencuba tarian tu... ramai yg pening lalat dan ada juga yg tergolek kerana tak dapat mengimbang kan badan hehe.. kalau zino yg buat terus pitam agaknya hehe
lagi aksi penari profesional ni.. agaknya berapa la kos membawa dia ke Malaysia ya.. tambang k terbang, hotel penginapan dan duit saku... mmmm hanya mereka yg mampu boleh memikirkan nya.. hehe
lampu nya cantik ini berada di setiap meja makan... cantik kan...?? pendek kata majlis yg kami hadir tadi sangat meriah... terima kasih kepada bapa pengantin yg sudi menjemput zino dan keluarga... siapa dia tak perlulah zino perkenalkan.. rasanya majlis gilang gemilang ini pasti akan tersiar di media cetak, media elektronik , majallah dan sebagainya.. cuma janji kami nak berjumpa kawan kawan lama tak kesampaian.. lupa langsung nak calling siapa yg dah sampai... kalau dalam dewan tu langsung tak perasan dah.. suasana yg suam2 tu mana nak nampak rakyat jelata yg masuk dewan hehe...
14 comments:
meriah dan gemilang weddingnya...
zar
yg datang lewat susah nak cari tempat duduk.. yg duduk tak bangun2.. hehe
cantiknya pelamin.
ada duit, semua benda boleh jadi
Persembahan dan hidangan yang menarik, pastinya mengikat semua jemputan duduk sampai tak nak bangun2 hahaha..
zino...
Seronokkan kalau dapat pegi kenduri macam tu...
Semua orang berkeinginan nak buat kenduri macam tu..tapi saya...tak mampu le...
memang sangat cantik
warna latar tu macam hijau hijua lembut sikit
kalau macam punyo banyak persembahan..dah tontu orang yang sampai dulu tak bangun2..termasuk la..tuan punyo blog ni kan..ha ha ha..
ibundo
memang cantik.. raso naik poe duduk hehe
pB
betul tu...
Azwa
lepas satu satu persembahan hehe macam mana nak bangun hehe
azi
zino mampu tengok je.. hehe
kasihibu..
boleh la tempat nanti kan hehe
erna
memang botol tu tak syak lagi hehe
Post a Comment