Friday, July 26, 2013

Burger bakar

Adik berbuka di sekolah...complete dengan solat tarawih sekali.. bila zino datang jemput dia pun kata

" Kalau abah nak bawa adik makan adik ok je "

" Hai !!!! pegi berbuka di sekolah pun masih lapar lagi !!"

" tadi adik makan sikit je.."

Dipendekkan cerita kami pun singgah ke satu warung.. adik oder tomyam dan telor dadar... saya perati je dia makan dengan berselera .

" abah !! Nanti tak payah kejut adik sahur ni kira sahur la ni "

Habis je makan adik pun .....
"Abah , nak duit . Adik nak beli burger nak maksn sahur nanti  "

"Hai tadi kata tak nak bangun sahur "

"Adik dah tukar fikiran "

Wednesday, July 24, 2013

Kad raya

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua...

Diam tak diam dah masuk hari ke 15 kita berpuasa.. Agaknya bagaimana qualiti puasa kita kali ni.. Sama atau lebih baik dari tahun tahun sebelum nya? Biasa nya bila dah masuk hari ke 15 ni mula lah akan kedengaran lagu raya di main kan di corong corong radio dan di pasarraya dan gedung perniagaan. Konon nak menaikkan semangat dan suasana berhari raya.. 

Dan satu perkara yg di kaitkan dengan raya ni ialah kad raya .. Tapi itu dulu la kemeriahan menerima dan menghantar kad raya dah tak berlaku lagi sekarang.. Kalau dulu sentiasa tertunggu tunggu  siapa yg bakal menerima kad raya terawal dan dari siapa.. Kad raya juga banyak di jual di merata tempat dengan pelbagai rekabentuk dan anika design... Dan berbagai saiz.. Siap dengan kata kata yg sangat puitis dan indah2... Semua tu dah tinggal kenangan..

Satu masa dulu zino juga ada sejarah pasal kad raya ni tapi perkara tu dah lama berlalu.. Dan orang pun dah jarang menghantar kad utk ucapan hari raya.. Lebih mudah menggunakan sms whatapps facebook twitter dan sebagai nya.. Kalau nak juga ada kad.. Kita akan hanya menerima kad maya.. Bukan kad dari maya karim hehehe. 

Walaubagaimanapun tradisi menghantar kad masih belum pupus.. Tahun lepas misalnya zino masih menerima banyak kad dari kawan sepejabat.. Dari bos bos dan pihak pihak yg ada berkepentingan.. Itu biasa la bila tak ada hal besok tak ada lagi la kad nya.. Hehe tahun ni entah le ada ke lagi yg nak bagi zino kad.? Tahun lepas rasanya ada lebih 30 keping kad. Banyak tu kan dalam keadaan gawat kad raya ni.. Tahun ni ? Sama sama kita tunggu

Anda pulak bagaimana.? Kalau nak bagi zino kad raya sila kan di alu alukan hehe
.


Friday, July 19, 2013

Akhirnya


KUALA LUMPUR 18 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web, dua minggu lalu.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pasangan itu tidak dibebaskan dengan jaminan sehingga selesai perbicaraan atas alasan kedua-dua tertuduh cenderung memuat naik kandungan yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Dengan keputusan itu, Alvin yang berkemeja T warna merah dan seluar jean ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian yang memakai kemeja T warna merah jambu dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Ogos ini.
Pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat setelah mereka berdua ditahan pihak polis ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 1 petang.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, July 9, 2013

selamat berpuasa...

kepada semua 
rakan rakan islam..

Saya dan keluarga ingin mengucapkan 
selamat berpuasa Ramadhan 

semoga amal ibadat yg kita lakukan 
di bulan ini mendapat ganjaran berlipat ganda dari Nya

Friday, July 5, 2013

kita tengok penyu teloq... episod akhir..

Assalamualaikum...

Seperti di janjikan kita sambung sikit lagi kisah jalan jalan ke KT.. bila dapat mesej aci aci buka pintu dari Fa Atip..hehe dan mesej dari Mulan zino kena adjust plan masa nak balik KL.. mesti singgah Kemaman semula.. ini pun dah di ceritakan sebenarnya.. cuma gambar gambar semasa di Kemaman tu yg tak sempat nak upload.. bukan tak sempat apa zino ada dua tiga keping gambar je.. kena lah minta gambar dari tuan rumah.. hehe.. 


katanya sedang mengikuti perjalanan zino dari 
KT ke Kemaman kemana zino singgah ada update.. supaya yg menunggu tak tertanya2.. 


 sesi interview yg pertama hehe


sorang nampak penat drive 
sorang nampak happy 


kisah orang pempuan je.. hehe


acara kemuncak...


acara utk menghabiskan semangkuk besar 
mee mamak karipap dan tembikai..hehe


tersandar bila dah kenyang


macam sepupu sepapat kata Atip


 bergambar beramai.. 
adik kena jadi kameraman


berdiri pulak.. 


sekian
jumpa lagi lepas raya...
inshaAllah..


Tuesday, July 2, 2013

kita tengok penyu teloq..part 2

Assalamualaikum...

Pagi ahad tu.. adik tuntut janji abah nak benarkan dia mandi kolam dulu... tak sempat habis breakfirst adik dah ke kolam... kena lah kami keluar teman dia.. sambil menikmati alam sekitar..









lepas puas mandi baru lah kami checkout dan menuju Pasar Payang.. mem memang dah plan nak sopping pun... bila jumpa apa yg di cari mem mula memilih.. sehelai dua helai tiga helai.. empat lima.... enam... wah meriah nya mem memborong... saya tengok sehelai baju mem kata ambil lah dua tiga empat... ... sehingga adik jadi boring menunggu.. lepas runding harga dengan panjang lebar nya akhirnya mem bersetuju utk membayar.. pada satu ketika saya nak letak balik apa yg saya pilih kalau tokei tak berganjak dengan harga nya.. setelah persetujuan di capai.. mem yg bayar haha.. 

Distinasi seterusnya cari keropok di losong.. nasib baik Pena rozie tak tunjukkan kami kedai tu malam tu.. so saya ikut balik jalan yg rozie tunjuk sehingga depan kedai... ramai nya orang beratur nak beli keropok.. ada dalam 1/2 jam rasa nya beratur sebelum dapat beli.. sempat la tengok mereka uli keropok tu rebus dan bungkus utk pelanggan.. yg membeli pulak bukan nya sedikit.. tu yg jadi lama.. 










Selesai memborong kerepok dah jam 2.30... kami kena bergegas balik atau menghala ke Kemaman.. ada yg menunggu di sana.. tanya la GPS macam mana nak kluar dari KT.. sekali dia arah kami ke KB..? rupanya dia nak arahkan kami ke Hiway.. saya pulak tak sure hiway tu sampai mana kluar di mana.. patah balik ikut tanda arah utk ke jalan lama.. kami stop di petronas utk solat dan hal lain lain.. sebelum menuju terus ke kemaman.. kenderaan banyak dan bergerak lancar tapi tak boleh la nak laju macam di hiway.. sangkut sekejap di kawasan jambatan yg sedang di bina tu.. kata nya dah setahun lebih bina tak siap2 lagi.. 


Sebelum tu zino dah mesej tuan rumah bila kami lalu di komplek Petronas tu.. bagi hint utk tuan rumah get ready hehe.. saya mencari rumah Fa Atip berpandukan tunjuk arah yg panjang lebar di tulis Fa... akhir nya sampai depan pintu.. Sebaik keluar saya di sambut Atip Abdul kadir macam jumpa kawan lama yang dah lama tak jumpa.. berbual dengan Atip macam berbual dengan kawan lama... cepat mesra alam.. terima kasih utk Atip dan Fa.. turut menyambut kami Munirah atau Mulan... ketiga tiga ni kali pertama ino jumpa.. tapi rasa macam jumpa kawan yg lama tak jumpa.. 

acara kemuncang di rumah Fa ialah makan mee mamak yg di sebut2 sangat sedap yang di sediakan oleh mamak yg bukan original hehe adik yg mulanya tak nak makan tapi akhir nya makan dengan bertambah lagi.. seronok adik makan mee mamak.. seronok nak sembang lama tapi akhirnya kami terpaksa minta diri utk meneruskan perjalanan pulang ke KL.. 

bersambung..