Assalamualaikum semua..
Tetiba mem dapat satu idea, jom ke bagan lalang !! seingat zino dah bertahun tak kesana last sekali dulu hari keluarga opis mem, itu pun kami datang balik hari tak bermalam.. datang se awal pagi dan balik sebelah malam.. terlupa alasan kenapa kami tak menginap macam orang lain.. tapi masa tu zino teringat satu peristiwa di kolam renang..
masa tu masing2 berehat santai dengan aktiviti bebas dan anak anak bermandi manda dalam kolam berhampiran.. tiba tiba datang seorang budak ni berlari lari dan terus terjun kedalam kolam bahagian dewasa.. lagaknya macam orang yg dah biasa dengan swimming dan sebagainya.. ibu bapa nya tak perasan anak dah terjun kerana leka berbual dengan rakan rakan ..
zino memerhati gelagat budak tu bila terjun dan terus tenggelam.. wah terrror budak ni menyelam.. entah berapa minit tidak juga muncul2 zino terus memerhati dan memerhati ahhh sudah budak ni tau berenang ke tidak ni.. kenapa dia tak muncul mengambil nafas kenapa macam tak bergerak pun.. sepantas kilat zino terpaksa buat keputusan.. lantas terus terjun di tempat budak tu tenggelam.. sepantas kilat zino tarik dia keluar.. barulah ibu bapa lain perasan dan datang membantu mengangkat budak tu keluar..
.
ibu bapa budak tu terkejut melihat anak nya yg tercungap cungap2 dan segera bergegas mendapatkan nya.. bila di tanya anak tu tau berenang ke dia kata tak tau dan berterima kasih dengan tindakan pantas zino tadi... dan zino basah kuyup tanpa ada baju dan seluar utk di ganti... tapi itu tidak penting .. apa yg lebih penting zino telah menyelamatkan dari berlaku nya satu tragidi yg lebih dahsat... berulang kali ibu bapa mengucap terima kasih atas tindakan zino .. yg penting anak telah selamat.
itu kisah dulu.. lama dulu.. kisah semalam kita tengok gambar je..
air surut..
jejak bertapak
gold coast
pagar tak berduri
bila petang..
menjelang senja
menunggu dia yg tak kunjung tiba..
tetiba hehe
juadah berbuka
masa utk membaca
18 comments:
Wah...... Abah jd hero malaya. Menyelamatkan nyawa seorg kanak2.
oo..ada peristiwa menarik rupanya..kalau sy tenguk dan jerit je sbb tk tahu berenang hehe
yg tgh menunggu tu tunggu sy dgn bunga mawar lh tu hahaha
Ezuan
nasib tak dalam.. kalau dalam abah pun tak berani terjun hehe
nyanyisunyi..
itu la yg di tunggu tak kunjung tiba hehe.. peristiwa tu dah lama berlalu budak tu pun dah remaja ..
Alhamdulillah. ..panjang umur budak tu
kakcik
alhamdulilah...
accik pnah diselamatkan duuuluu...tpi taim tu dekat laut. Orang yg selamatkan tu bagi syarat, kalau dia selamatkan, bagi dia pinjam perahu tu...ader pulak kan??? huhu..
Saya pun ada pengalaman macam tu abah, anak sendiri tergelincir dalam kolam dewasa tak perasan sebab asik berborak dengan kawan2 nasib baik ada suami kawan ni dok perhati dari jauh berlari sempat capai tangan dia, padahal kawan ni tak tahun berenang pun.
Ada kenangan menjadi hero suatu ketika dulu rupanya ya..syukur tidak sampai menjurus kepada kemalangan jiwa..suka tengok gambar2 tu..
yang ditunggu tak kunjung tiba sebab tengah ralit membaca buku hehehe
aduh seram sejuk baca .. alhamdulillah budak tu selamat ..
cantik2 pic !
En.zino..
budi yang akan dikenang sepanjang hayatttt tu...
p/s seronok tengok kak Shah santai membaca bawah pokok ru tu...
saya tak pernah pergi lagi ke sini, nice place
**selamat hari raya
lupakanje
ada syarat2 pulak.. hehe
JunAina
masa kecemasan macam tu yg kita fikir nak selamatkan budak tu je yg lain tak fikir dah..
Azwa
itu la lama tunggu tak sampai2 hehe rupa nya duduk bawah pokok Ru sambil membaca hehe
ieda
itu lah pengalaman yg tak boleh di lupakan.. tq
azi
sampai2 je terus bentang tikar duduk situ sensorang berbekalkan novel dia tu hehe
Tihara
selamat hari raya... satu hari nanti sampai la tu..
Post a Comment