Thursday, September 5, 2013

Duoplohsen

Assalamualaikum...

Belum lagi PM membuat pengumuman berita kenaikkan minyak RON95 pelbagai spekulasi telah tersebar luas dalam FB.. Ada yg terus melatah.. Ada yg bersikap tunggu dan lihat .. Dan lebih ramai mula mengukuk kerajaan dengan justifikasi masing masing.. mana tak nya.. angin tak ribut tak tetiba kluar berita minyak naik harga... maka ramai la yg naik angin..


Dan bila PM buat pengumuman di TV bertambah rancak la ulasan selari membincangkan masaalah kenaikkan duaplohsen ni.. betapa kenaikkan ini tidak di sukai oleh ramai pihak.. rata rata ulasan yg di baca menyatakan keloh kesah kesan yg bakal di terima akibat kenaikan yg berlaku.. kata nya bila minyak naik segala benda yg berkait dengan minyak juga akan naik..


subsini harga minyak dan beberapa keperluan asas yg lain seperti gula tepung minyak masak dan sebagainya merupakan satu kaedah yg telah di guna pakai kerajaan untuk memastikan harga barangan tersebut berada di satu paras yg stabil dan mampu di beli oleh rakyat dengan selesa.. dan tidak membebankan.. sebarang perubahan kepada harga akan menjejaskan kehidupan rakyat ramai... 


dan kita juga tau subsini yg di kenakan keatas barangan tertentu juga di nikmati oleh golongan yg tidak sepatutnya mendapat subsidi di atas kemampuan dan kuasa membeli yg mereka ada.. dan sebarang kenaikkan harga tidak memberi kesan secara langsung kepada mereka di atas kemampuan mereka menyerap apa saja harga yg di kenakan. bijak pandai dalam bidang ekonomi tentu lebih arif dan harus memikir kaedah lain (jika ada) supaya subsidi yg di berikan sampai kesasaran .


seperti juga kenaikkan harga minyak sebelum ini.. keloh kesah rakyat.. kemarahan orang ramai akan berkurangan mengikut masa..apabila kita mula dapat menerima hakikat harga baru yg perlu kita tanggung.. dan harga harga barangan lain yg juga bakal naik sama.. sama ada secara langsung dan tidak langsung.. insyaallah rezeki kita tetap ada di dunia ini dan tidak bergantung kepada kenaikkan harga minyak.. 


apakah altenatif yg kita ada ? ada yang kata kita perlu ubah gaya hidup kita.. ada yg kata kita perlu merancang semula cara kita berbelanja.. ada yg kata kita perlu cara altenatif utk pengangkutan yg kita guna utk ke satu satu distinasi.. pendek kata kita perlu responsif kepada apa y berlaku.. dan paling mudah kita salahkan kerajaan yg ada dalam apa saja akibat yg terpaksa kita tanggung di atas perubahan harga ini.. kita bebas mengatakan apa saja. terpulanglah kepada anda menilai sama ada langkah menaikkan harga minyak ini baik atau sebalik nya.. hak tuan tuan utk bersuara.. 


dan bagi saya sendiri sebelum pun pengeumuman harga minyak ini di buat saya telah berubah dari menggunakan pengankutan sendiri ke pengangkutan awam.. mungkin juga kebetulakan dari rumah ke tempat kerja ada rangkaian pengangkutan awam yg berhampiran.. setelah hampir tiga bulan saya mula selesa menggunakanya perkhidmatan LRT .. hari pertama menggunakan nya saya hampir pitam dan rimas dengan ratusan orang yg bergerak sama dengan saya.. saya lemas dengan ratusan manusia di stesyen transit.. tapi lama kelamaan saya mula rasa selesa.. berjalan kaki dari dan ke stesyen bukan lagi masaalah.. malah saya mula rasa seronok berjalan kaki...

Seronok melihat gelagat manusia di stesyen di dalam LRT dan seronok melihat semua berjalan kaki bila perlu transit dari satu stesyen ke stesyen yang lain.. dan saya juga menggu kedua perkhidmatan LRT dan monorail utk sampai ke pejabat.. harap harap umur panjang utk menaikki perkhidmatan MRT satu hari nanti.. kalau bukan sebagai pekerja tapi sebagai pesara ( dapat diskaun tiket 50% kot ) hehe

ini pendapat zino.. anda tentu ada pendangan sendiri.. 



13 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
kalau guna pengangkutan awam, biasa pergi ofis 10 minit je...boleh ambik masa 2 jam. Jadi 4 jam masa sehari.

Baik juga pindahkan rumah masuk ofis hu hu huhuhu akan dapat letrik, air dan ekon percuma. Tapi tak leh masak. Persoalannya, dari segi hokum tu kira ambil ke curi? hu hu huhuhu

zino said...

Anyss
kalau dah dua jam guna pengangkutan awam baik lupa kan saja...banyak masa terbuang...

kalau kita guna dengan izin kira ok la kot kalau kita curi2 guna itu di kira salah la.. tambah lagi kalau guna kemudahan opis utk hal peribadi..

Unknown said...

Salam,

Saya rasa mungkin kemarahan rakyat dapat dikurangkan seandainya telah diberitahu awal. Masalah kalau umum awal pun akan ada, tapi mungkin sekejap. Saya rasa orang ramai takut kesan harga barang naik. Contoh harga ayam sekilo pun dah makin tak terkawal.
Saya juga masa kerja di KL pun memang pengguna tegar pengangkutan awam, malah spent lebih RM 400 sebulan untuk tujuan ini. Tapi bila dah pindah kerja keluar dari KL, kemudahan pengangkutan awam sangat tak mengizinkan tidak seperti di bandaraya KL.
Apapun saya suka membaca kritikan insan marhaen lain, ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin peka dengan isu-isu semasa walaupun kritikan nampak luar biasa di Malaysia.

Wallahua'alam.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Kakcik Seroja said...

Saya tak pandai nak bagi pendapat...hehehe ;-)

azi said...

En.Zino..
Ingatkan harga minyak tak naiklah untuk tahun ni sebagai hadiah sebab kerajaan menang Pilihanaya hari tu....he..he...

p/s Harga barang kat tempat saya dah naik sikit-sikit dah tahun ni...kalau beli dalam jumlah yang banyak, memang kita tahu perbezaannya...

lupekanje said...

walopun doposen, ianya memberi impact yang besar dalam ekonomi negara. Kalau tak, takkan harga subsidi minyak tu dikurangkan...betul tak?

MOKCIK AZWA said...

Kenaikan harga memang tidak dapat dielakkan, tapi tang bagi tahu awal2 jangan bagi kejutan sehingga ada yang kena serangan jantung tu azwa setuju..

apapun kenaikan ini tak sepatutnya dipolitikkan...

zino said...

Zuhairi
pindah ke mana lepas ni? dah habis belajar ke?

zino said...

kakcik
bagi pendapatan je lah kat Zino hehe

zino said...

azi

nampak nya dah menang baru boleh naikkan hehe

zino said...

accik
betul tu keputusan di buat atas satu pertimbangan saya ada baca satu arkitel dari ecomonist yg menceritakan rational nya.. cer baca..

zino said...

azwa
betul tu maklumat perlu di pahami sepenuhnya atas setiap tindakan yg di ambil..