Sunday, November 24, 2013

bekerja sambil melancong -part2

Assalamualaikum..

Esok agenda terakhir misi di Pulau Pinang.. bererti esok kami akan kembali semula ke KL.. tiga telah berlalu dengan seribu satu kenangan dan pengalaman dan pengetahuan baru untuk zino.. Walaupun telah bekerja sekian lama tetapi ilmu yg baru di perolehi membolehkan zino lebih faham dengan selok belok sistem yang di selenggara.. walaupun ilmu itu tidak akan mengubah zino utk jadi jurutera mekanikal.. 

utk hari ketiga program di selingkan dengan ronda bersama keluarga.. bukan saja zino tapi keseluruhan ahli keluarga yg ikut sama.. plan asal nak pusing keliling pulau.. tapi atas permintaan ramai kami menuju Bukit Bendera tempat peranginan yg polular di Pulau Pinang.. pada mula nya zino cadang nak ambil gambar di bawah tu saja.. terkenangkan berapa siksa nya nak naik ke atas tu dulu masa kali terakhir kami datang.. dengan panas nya dengan ramai orang nya dengan train yg slow nya terasa serik nak menghadapi nya lagi.. 

adik tak mau jadi model.. 
biar abah je lah hehe

sebelum ke sini kami singgah dulu di masjid negeri.. ada yg dah solat sebelum kluar ada yg belum so selesaikan dulu yg wajib di sini .. ini lah kali pertama zino berpeluang masuk ke Masjid ini..






kami juga singgah di satu gerai nasi kandaq masa dalam perjalanan ke Bukit Bendera.. gerai nya tak le besar sangat tapi cukup utk mememuatkan kami satu bas.. sehingga tokei terpaksa tambah meja di luar.. dan memang ramai yg pilih makan di luar pun..






nak beli tiket train kena tunjuk IC baru boleh dapat harga tempatan.. baru ada diskaun.. tapi IC adik ada dengan mem.. mem pulak tak mau naik nak duduk dalam bas je mungkin teringat kisah kami naik Bukit bendera masa dulu.. lama menunggu .. so zino tunjukkan adik masa nak beli tiket tu.. nasib baik dapat juga la harga diskaun.. rupa nya train dah moden dah laju dah boleh muat ramai penumpang.. masa menunggu pun singkat masa travel pun cepat.. tahniah kepada pengurusan yg telah buat perubahan.. tak ada la lagi kena beratur panjang dan menunggu berjam jam semata mata nak naik atas tu..






janji dengan semua peserta jam 5.30 mesti sampai bawah .. konon nya nak berjalan jalan lagi.. tapi biasa la bila berjalan beramai2 ni.. masa tu tak boleh nak tepat sangat.. tak sempat dah nak ronda kami terus ke Padang Kota sebelum Dinner di sebuah Restoren Seafood.. Restoren tu nampak simple nya tapi luar di bahagian dalam.. setakat 3 4 bas berhenti masih boleh muat lagi.. bila kami sampai masakan sebahagian nya dah ready.. tunggu sebahagian nya saja.. servis yg pantas.. mungkin sebab kami dah oder lebih awal. ada ikan ada sotong ada ketam ada sayur ada tomyam dan sebagainya... ramai yg kata sedap ada yg kata sangat sedap.. sampai ada yg bagi 4 bintang.. makna nya masing2 puas hati makan di situ.. cuma tak ada gambar nak di share.. talipon habis bateri sebelum sampai ke tempat dinner ni lagi. hehe

ok la itu saja lapuran utk kali ni.. 

Friday, November 22, 2013

bekerja sambil melancong...

Assalamualaikum..

Sebelum ni di Kuantan sekarang di Pulau Pinang pulak.. dulu group lain kisah nya pun lain kali ni group lain pulak cerita nya pun lain.. ada yg bertanya apa kerja zino sebenarnya ni ? hehe.. Detail nya tak boleh la nak di ceritakan tapi ringkasanya ok la.. just untk pengetahuan am hehe

Zino sekarang mengetuai kumpulan dari tiga displin teknikal iaitu awam mekanikal dan elektrikal..terdiri dari beberapa jurutera dan pegawai teknikal sokongan untuk  melaksanakan kerja kerja penyelenggaraan.. kerja yg tak ramai yg minat.. kerja yg remeh.. kerja yg rumit dan ada kalanya sangat pressure.. kerja yg memeningkan juga kerja yg banyak kerenah.. hehe tapi zino terima cabaran.. zino terima tanggungjawab dengan penuh yakin dan kesedaran.. 

Tempuh percubaan telah berlalu.. penilaian sedang di buat .. tak tau la apa keputusan nya apa pandangan bos terhadap prestasi zino.. kita sama sama tunggu dan lihat.. sebelum masuk department ni dulu ramai yg berpesan,ramai yg bercakap, ramai yg nasihat malah ada yg bagi warning.. dia orang takut zino tak boleh bekerja dengan tekanan yg tinggi.. dia orang risau zino tak berjaya membuat perubahan yg di harapkan.. dan seribu satu persoalan yg timbul..

Setelah lima bulan zino rasa telah bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yg lebih berat di masa masa akan datang.. tahun depan perlu berlaku perubahan perlu berlaku tranfomasi .. cabaran yg lebih getir .. tahun utk bertindak.. masa utk bertegas.. budi bicara telah di beri ruang sepenuhnya selama ini.. dan zino sedar bukan mudah utk melaksanakan nya.. ooops mana cerita bekerja sambil melancong ni ? hehe dah melencong jauh ni.. kami datang ke Pulau Pinag ini juga sebagai salah satu persediaan utk menghadapi cabaran tahun mendatang.. belajar perkara baru memperbaharui perkara yg telah di ketahui.. dan menyusun strategi utk tahun depan.. mudah2an apa yg di pelajari di sini dapat di praktiskan.. 

insyaallah.. 

Sunday, November 17, 2013

Harapkan pagar.. rupanya pagar tak boleh di harap.....!!!!!



  • ini kisah yg kita baca...

  • Persatuan Majikan-Majikan Malaysia patut disiasat akui ahli sogok
  • Kementerian Dalam Negeri arah henti saling menuding, bincang mekanisme 

    Kena duduk bincanglah... cari mekanisme terbaik dan selesaikan, bukan menuding jari sana sini” Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri

    Kuala Lumpur: Pendedahan rasuah pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT), bagi ‘melepaskan’ warga asing yang menggunakan dokumen palsu, semalam menyebabkan beberapa pihak mula menuding jari.

    Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mempersoalkan mengapa hanya imigresen dipersalahkan kerana tanggungjawab di pintu masuk turut membabitkan pihak berkuasa lain.

    “Misalnya proses permohonan pekerja asing membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA),” kata Penolong Setiausaha KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin.


    ini komen saya..

    isu lambakan pendatang asing ke negara kita telah banyak di perkatakan dan telah jadi tajuk perbincangan sejak sekian lama... isu sosial yg di cetuskan pendatang asing juga telah sekian lama di sentuh di bincang di debatkan.. tapi apa hasil nya??? seolah olah pihak yg di beri kepercayaan menguruskan nya masing masing pekak bisu dan buta tidak dapat melihat apa yg sedang berlaku di keliling mereka... rakyat mengadu rakyat merintih.. tapi seolah tidak di dengar...

    masing masing buta bila di sogok masing masing jadi pekak kerana duit masing masing bisu bila mendapat kemewahan sementara....seperti pengharapkan pagar .. rupa nya pagar yg tak boleh di harap... apa yg boleh di buat bincang bincang bincang... tapi keadaan masih tak berubah..
  • Saturday, November 16, 2013

    UPSR

    assalamualaikum...

    Telah banyak di perkatakan tentang keputusan UPSR... pengharapan mak bapa pencapaian anak anak dan keluh kesah tentang UPSR.. ada kisah suka ada kisah duka.. semua nya gara gara ibu bapa mengharapkan keputusan cemerlang anak anak mereka.. siapa yg tak mau melihat anak anak mereka berjaya... zino tak pernah tulis apa apa tentang UPSR ni kecuali mengumumkan keputusan yang anak zino dapat.. itu pun sekadar penyataan umum tanpa memberikan butiran nya.. 

    Zino memang tidak memberi tekanan kepada adik utk mencapai yg cemerlang semasa UPSR bukan zino tak mahu dia berjaya tapi zino tau keupayaan adik selama 6 tahun belajar di sekolah rendah..biar la dia belajar dengan kemampuan nya.. pencapaian yg dia dapat walaupun bukan 5A tetap zino banggakan.. itu merupakan pencapaian terbaik  buat adik..

    Mengimbau sejarah abang2 dan kakak dia dulu.. cuma kakak yg berjaya mencatit 5A .. zaman along dulu cuma 2A2B angah 3A1B kakak je yg score straight A's..  alang juga tak dapat 5A... tapi alhamdulilah pencapaian mereka meningkat semasa sekolah menengahdan semua nya berjaya ke menara gading.... 

    UPSR merupakan langkah pertama utk mereka melangkah lebih jauh tapi bukan segala gala nya.. bukan juga bahan mengukur utk kejayaan di masa depan..perjalanan mereka masih jauh.. utk ke menara gading.. utk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat... walaupun apa keputusan mereka terus lah memberi galakan memberi sokongan dan dorongan dan percaya dengan keupayaan dan kemampuan anak kita utk berjaya.. 

    kami juga mengharap dan terus berdoa adik juga satu hari nanti sampai ke menara gading.. menempa kejayaan seperti abang2 dan kakak mereka.... 

    insyallah....


    Tuesday, November 12, 2013

    malang tidak berbau

    assalamuaikum dan selamat petang semua....


    Tajuk tu menunjukkan sesuatu yang tidak baik telah berlaku.. kisah nya macam ni...

    zino dan mem travel di lebuhraya timur barat menuju Kuantan, dan lebih tepat menuju Swiss Garden ..katanya ada bengkel yg perlu di hadiri.. sebelum pergi kenalah uruskan adik tidur di rumah "mama" dan urusan sekolah adik minta bantuan "mama" adik..

    tepat jam 9.00 pagi kami memulakan perjalanan ke kuantan .. dan berhenti sebentar di hentian lancang utk menyelesaikan panggilan alam.. distinasi seterusnya RnR Gambang.. di jangka kan bila sampai Gambang dah tiba masa utk makan tengah hari.. Kawan kawan yg lain datang dengan menaiki bas.. dan ada yg datang dengan driver.. berjumpa di Gambang juga.. selesai makan dan solat kami ingin meneruskan perjalanan.. 

    Bila saya masuk kereta utk start .. langsung tak ada bunyi.. kereta tak mau hidup.. ahh sudah.. tak kan rosak balik.. saya bertanya kawan kawan yg ada di situ kalau2 ada yg boleh membantu .. tapi masing masing macam zino juga tak berapa pandai pasal hal kereta ni tau drive je.. 

    zino pun call AAM.. kawan yg boleh di harapkan masa kecemasan... mereka menerima dan melayan pangilan dengan sopan dan baik . memberikan penjelasan tindakan yg bakal mereka ambil.. rupa nya bila kes berlaku di hiway.. kenderaan rescure AAM tidak boleh masuk.. segala urusan di serah kepada pihak lembaga lebuhraya.. mereka kata akan hubungi peronda utk datang membantu...

    satu jam menunggu.. dua jam menanti tapi kelibat peronda masih belum nampak.. zino hubungi AAM sekali lagi.. dia kata dah maklum peronda dan mereka sudah dalam perjalanan utk membantu.. kata nya ada dua kes lagi yg sedang di urus.. 

    tak lama lepas tu sebuah kereta peronda sampai.. setelah bertanya kabar dan zino menjelaskan keadaan yg berlaku.. mereka terus membantu.. memula memasang cable utk buat jump start.. malang nya kereta tidak juga mau hidup.. langsung tak ada bunyi.. akhirnya mereka decide utk menolak kereta supaya boleh di hidupkan... dengan sekali tolak kereta zino hidup kembali.. alhamdulilah... tapi isu belum selesai.. starter yg rosak perlu di baikki.

    petugas peronda mencadangkan zino kluar di tol lancang dan memperkenalkan dengan seorang makanik di kawasan tersebut.. bila zino call mekanik tu kata bila sampai tol call dia akan jemput.. cuma dia pesan jangan matikan injin.. semasa di lebuhraya pun peronda mengekori kami dari belakang utk memastikan kami selamat sampai ke tol gambang.

    apabila tiba di woksop , dan di periksa fomen juga bersetuju starter yg menjadi masaalah.. kena tunggu kereta sejuk dulu baru la starter tu boleh di buka.. dan baru lah dia boleh kluar mencari sparepart.. sementara menunggu kami minum di restoren berhampiran.. penat menunggu.. penat berdiri.. 

    kira kira jam 6 baru lah selesai.. kereta dah boleh hidup.. zino set GPS utk meneruskan perjalanan ke swiss garden.. duit yg zino bawa habis utk belanja tukar starter.. tanya mem ada duit tak.. takut juga kos yg di kenakan melebihi duit di tangan..jam 7.00 baru sampai hotel penginapan..penat.. letih.. lapar..satu pengalaman..

    malam nya program telah bermula .. terpaksa juga gagah kan diri utk hadir....