Sunday, November 24, 2013

bekerja sambil melancong -part2

Assalamualaikum..

Esok agenda terakhir misi di Pulau Pinang.. bererti esok kami akan kembali semula ke KL.. tiga telah berlalu dengan seribu satu kenangan dan pengalaman dan pengetahuan baru untuk zino.. Walaupun telah bekerja sekian lama tetapi ilmu yg baru di perolehi membolehkan zino lebih faham dengan selok belok sistem yang di selenggara.. walaupun ilmu itu tidak akan mengubah zino utk jadi jurutera mekanikal.. 

utk hari ketiga program di selingkan dengan ronda bersama keluarga.. bukan saja zino tapi keseluruhan ahli keluarga yg ikut sama.. plan asal nak pusing keliling pulau.. tapi atas permintaan ramai kami menuju Bukit Bendera tempat peranginan yg polular di Pulau Pinang.. pada mula nya zino cadang nak ambil gambar di bawah tu saja.. terkenangkan berapa siksa nya nak naik ke atas tu dulu masa kali terakhir kami datang.. dengan panas nya dengan ramai orang nya dengan train yg slow nya terasa serik nak menghadapi nya lagi.. 

adik tak mau jadi model.. 
biar abah je lah hehe

sebelum ke sini kami singgah dulu di masjid negeri.. ada yg dah solat sebelum kluar ada yg belum so selesaikan dulu yg wajib di sini .. ini lah kali pertama zino berpeluang masuk ke Masjid ini..






kami juga singgah di satu gerai nasi kandaq masa dalam perjalanan ke Bukit Bendera.. gerai nya tak le besar sangat tapi cukup utk mememuatkan kami satu bas.. sehingga tokei terpaksa tambah meja di luar.. dan memang ramai yg pilih makan di luar pun..






nak beli tiket train kena tunjuk IC baru boleh dapat harga tempatan.. baru ada diskaun.. tapi IC adik ada dengan mem.. mem pulak tak mau naik nak duduk dalam bas je mungkin teringat kisah kami naik Bukit bendera masa dulu.. lama menunggu .. so zino tunjukkan adik masa nak beli tiket tu.. nasib baik dapat juga la harga diskaun.. rupa nya train dah moden dah laju dah boleh muat ramai penumpang.. masa menunggu pun singkat masa travel pun cepat.. tahniah kepada pengurusan yg telah buat perubahan.. tak ada la lagi kena beratur panjang dan menunggu berjam jam semata mata nak naik atas tu..






janji dengan semua peserta jam 5.30 mesti sampai bawah .. konon nya nak berjalan jalan lagi.. tapi biasa la bila berjalan beramai2 ni.. masa tu tak boleh nak tepat sangat.. tak sempat dah nak ronda kami terus ke Padang Kota sebelum Dinner di sebuah Restoren Seafood.. Restoren tu nampak simple nya tapi luar di bahagian dalam.. setakat 3 4 bas berhenti masih boleh muat lagi.. bila kami sampai masakan sebahagian nya dah ready.. tunggu sebahagian nya saja.. servis yg pantas.. mungkin sebab kami dah oder lebih awal. ada ikan ada sotong ada ketam ada sayur ada tomyam dan sebagainya... ramai yg kata sedap ada yg kata sangat sedap.. sampai ada yg bagi 4 bintang.. makna nya masing2 puas hati makan di situ.. cuma tak ada gambar nak di share.. talipon habis bateri sebelum sampai ke tempat dinner ni lagi. hehe

ok la itu saja lapuran utk kali ni.. 

8 comments:

Acik Erna said...

Se mulo2 naik bukit bendero tahun 70 an lai..tapi last naik tahun 2006 tu la..pun cam mem tu raso tak naik laie dah

Kengkawan said...

ha'a...
andai last naik tahun 1996 kot.
tiap tahun ada round island trip untuk freshie..
punyala berzaman dah...

zino said...

Erna
kalau sekarang berdesup tren tu laju je.. bila berselilih di tengah2 tu pun laju hehe..

zino said...

andak
lama sangat dah tu... sekarang tren dah moden..

MOKCIK AZWA said...

Masa kami ke sana pada tahun 2011, Bukit Bendera sedang melalui proses renovation..hasilnya selepas itu ialah perkhidmatan tren yang lebih efisien la agaknya tu..

seronok gak berkerja sambil melancong kan Zino..

zino said...

Azwa
memula saya pun malas nak turun bas memandangkan dulu dah terkena ambil masa lama nak naik atas tu.. tapi kali ni betul2 dah berubah..

NEKCIK said...

sedaaapnya nasi kandaq..kena pergi yaseen kl

traveller said...

kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes