Sunday, November 17, 2013

Harapkan pagar.. rupanya pagar tak boleh di harap.....!!!!!



  • ini kisah yg kita baca...

  • Persatuan Majikan-Majikan Malaysia patut disiasat akui ahli sogok
  • Kementerian Dalam Negeri arah henti saling menuding, bincang mekanisme 

    Kena duduk bincanglah... cari mekanisme terbaik dan selesaikan, bukan menuding jari sana sini” Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri

    Kuala Lumpur: Pendedahan rasuah pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT), bagi ‘melepaskan’ warga asing yang menggunakan dokumen palsu, semalam menyebabkan beberapa pihak mula menuding jari.

    Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mempersoalkan mengapa hanya imigresen dipersalahkan kerana tanggungjawab di pintu masuk turut membabitkan pihak berkuasa lain.

    “Misalnya proses permohonan pekerja asing membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA),” kata Penolong Setiausaha KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin.


    ini komen saya..

    isu lambakan pendatang asing ke negara kita telah banyak di perkatakan dan telah jadi tajuk perbincangan sejak sekian lama... isu sosial yg di cetuskan pendatang asing juga telah sekian lama di sentuh di bincang di debatkan.. tapi apa hasil nya??? seolah olah pihak yg di beri kepercayaan menguruskan nya masing masing pekak bisu dan buta tidak dapat melihat apa yg sedang berlaku di keliling mereka... rakyat mengadu rakyat merintih.. tapi seolah tidak di dengar...

    masing masing buta bila di sogok masing masing jadi pekak kerana duit masing masing bisu bila mendapat kemewahan sementara....seperti pengharapkan pagar .. rupa nya pagar yg tak boleh di harap... apa yg boleh di buat bincang bincang bincang... tapi keadaan masih tak berubah..
  • 6 comments:

    nyanyisunyi said...

    Kes yg dah berleluasa macam juga kes IC palsu..kerajaan kena bertindak segera..tp kalau bilis saja yg ditangkap jerung lepas bebas tk guna juga..

    lupekanje said...

    jgn mengharap pd burung pegar...kekadang burung pegar tu lapar....tak cukup makan. Sebab tu makan padi tu..

    nurazzah8 said...

    masih menanti apa tindakan pihak yang berkuasa...penat dah tunggu orang dok bincang bincang bincang ... mungkin ada resolusi yang dibuat tetapi selalunya apabila tiba perlaksanaan yang kurang berkesan ..

    Irfa said...

    pagar batu le ;)

    Chot said...

    Dr atas org smpai bawah.semua kena align semula..buat masa sekarang, selagi boleh, lepaskan diri sendiri dulu :)
    salam BW & happy weekend

    Hanisumayyah said...

    Kalaulah Mengumpul bukti dan keterangan semudah bercakap, mmg habislah semua yg ambik rasuah kami tangkap....