Thursday, December 19, 2013

kenangan di Vietnam episod 3.

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah sedia utk meneruskan perjalanan di Vietnam..? jom !!! kali ni kita pegi teroka satu lagi produk pelancongan yg mesti lawat kalau datang ke Vietnam terutama ke Ho Chi Min tak sampai ke tempat ni kira nya tak sah la pergi Vietnam.. tempat yg mesti lawat ialah.....

Cu Chi tunnel.. 

satu rangkaian terowong bawah tanah yg di gunakan gorila Viet kong masa menentang penjajahan Amerika.. konon nya Amerika datang ke vietnam nak membantu Vietnam selatan dari di jajah Vietnam Utara.. dengan semangat juang yg tinggi dan mengorbankan ramai nyawa.. akhir nya askar amerika terpaksa keluar meninggalkan vietnam.. 

Rangkaian terowong ini di bina semasa perang vietnam rangkaian nya sangat meluas di sekitar Ho Chi Min.. ianya menjadi tempat persembunyian tentera vietkong semasa perang.. Pada siang hari mereka tinggal di dalam terowong dan adakala nya berhari2 dan keluar waktu malam utk menyerang askar amerika dan mendapatkan bekalan makanan.. 

Tapi utk tujuan pelancongan terowong asal telah di besarkan utk memudahkan pergerakkan pelancong terutama pelancong mat salleh yg berbadan besar.. sedangkan terowong asal sangat sempit hanya sesuai utk askar viet kong yg kecil. tapi tak semestinya kita perlu masuk terowong bila melawat tempat ni.. kalau forbia tempat sempit .. kurang udara dan keadaan gelap elok tak payah la masuk.. biar la anak anak muda yg meneroka di bawah tu.. hehe

Sepanjang penerokaan di kawasan tu ada sesi penerangan dari petugas utk memberi penjelasan lanjut kepada pelancong .. kat sini pun kami jumpa ramai pelancong dari Malaysia.. dan kat sini juga zino terserempak dengan kawan sekampong hehe.. ok la cerita banyak pun tak guna jom tengok gambar2 pulak..

ada tiket masuk

laluan masuk 
dah ada terowong

selepas sesi tengok 
video perang

lubang masuk terowong 
yg tersempunyi

demontrasi 

saiz lubang yg sempit

nak cuba masuk..silakan..

sesi penerangan

orang kampong den hehe

rakan seperjuangan hehe

mengatur strategi

gambar curi 

bergambar beramai2

salah satu jerangkap 
samar

nak menembak pun boleh

sesi bergambar sebelum 
meneruskan perjalanan 

adik berani masuk terowong

salah satu kemah 
viet kong? 

last sekali di jamu ubi kayu 
makanan masa perang.. 
sama macam kat malaysia 
semasa penjajahan Jepun dulu.


bersambung?? 



8 comments:

Yunus Badawi said...

Waalaikum salam Abah Zino.

Abah masuk ke tidak ke dalam terowong tu? …… ngeeee

Irfa said...

kawan sy penah masuk. katanya hampir pitam sbb memula berani.. tp dah masuk rasa lemas ;)

al- lavendari said...

lupa nak tanya .. masa pergi sungai Mekong dulu, singgah tak kat gerai makan yang banyak buaian tu ?

JunAina said...

Masa Aina pi dulu tak masuk pon terowong tu sebab takut stress dan kena semput.

zino said...

Yunus badawi
Tak masuk pun acah je hehe

zino said...

Ifra
Ada yg nasihat abah jangan masuk

zino said...

Al lavendari

Singgah kedai makan tapi tak nampak pulak banyak buaian..kedai lain kot

zino said...

Jun
Abah pun tak masuk atas nasihat kawan2