Wednesday, January 29, 2014

Adik buat kami susah hati...

Assalamualaikum...

Dulu pernah berlaku dengan angah..!! semalam berlaku kes yg serupa.. tetiba mem dapat call dari Jiran mama yg juga mengusahakan bas sekolah.. kata nya jumpa adik jam 1.30 di luar sekolah.. sepatutnya waktu tu dah berada dikawasan sekolah.. dia tanya adik kenapa tak kesekolah adik kata gate dah tutup.. tapi lepas tu dia tak balik rumah... bertambah lah kami risau.. kat mana nak di cari?? dia ponteng ke? dia merayau kemana2 ke? 

Zino call ke sekolah bertanya "anak saya hadir ke sekolah?".. kerani yg menjawab dalam rekod sekolah kata sah adik tak hadir ke sekolah.. kemana pulak adik pergi ni?? tadi dia keluar awal kata nya nak pegi dengan kawan ada kerja yg nak di buat.. biasa nya dia naik bas sekolah.. betul betul buat kami risau...

kira kira jam 3.00 petang terdengar mama beri salam.. dan bila saya buka pintu adik ada bersama ... Rupanya mama pun risau bila dapat tau adik tak kesekolah dia berusaha mencari adik .. mama kesekolah berjumpa cikgu adik.. lepas tu cari merata tempat di supermarket di sibercafe dan merata tempat lain yg kemungkinan adik pergi.. akhirnya dia teringat nak cari di rumah kawan yg adik selalu pergi.. mama tau rumah kawan adik tu.. dan memang sah adik ada kat sana . adik takut nak balik takut saya marah.. tapi mama terus bawa dia balik ke rumah.. bila di tanya kenapa dia tak kesekolah kata nya dia terlewat sampai dan gate berkunci.. takut nak balik dia terus ke rumah kawan dia yg sama jalan kaki dengan dia tu. memang saya marah dia mem lebih2 lagi bebel dengan adik.. adik janji perkara serupa tak akan berulang.. 

Lepas ni adik tak boleh lagi pergi dengan kawan ke sekolah.. dia kena naik bas dengan mama , papa dia juga bawa bas sekolah bekerja dengan jiran mama tu.. saya teringat kisah angah yg tak boleh masuk sekolah masa di St John dulu.. bila lewat gate di kunci dan murid tak boleh nak masuk..!! tapi angah tak bagi tau pun.. pun kes takut kena marah.. ini peraturan semua sekolah ke? Harap ini kes pertama adik dan kes terakhir .. tak perlu lah saya bertikam lidah panjang lebar dengan guru besar sebagaimana kes angah dulu dengan kes yg berkait2.. 

adik jangan buat lagi... adik jangan buat abah mak risau lagi.. adik janji adik akan belajar dengan rajin adik janji adik jadi orang pandai.. 

Wednesday, January 22, 2014

Kena lagi !!!!

Assalamualaikum

Kisah nya bermula pada petang rabu.. Di pejabat rasa seram sejuk je.. Malam tu badan panas sehingga tidu pun tak selesa.. Kena lah letak tuala basah utm mengurangkan panas badan.. Panadol dah dua kali telan..  Esok nya zino pergi juga ke opis dan akan terus ke klinik.. Oleh kerana dah set meeting dengan kontraktor. Dalam keadaan kurang selesa tu terpaska jug mempengerusikan mesyuarat.. Sebaik habis mesyuarat terus bergegas ke klinik sebelum tutup waktu rehat tengah hari..dapat MC zino terus balik ke rumah..

Esok nya demam semakin kuat bila makan ubat dia baik.. Habis je tempuh ubat demam balik.. Eshh tak boleh jadi ni. Kalau zino pakai baju yg basah pun sekejap baju boleh kering.. Keadaan ni pernah berlaku beberapa tahun dulu.. Akhir nya pada hari ahad terpaksa ke Pusrawi utk membuat pemeriksaan darah. Keputusan ujian sah denggi.. Kena lagi ? Flashback masa pertama kali di serang denggi dulu kembali terbayang.. Masa tu alang dengan kakak masih kecil kakak di tadika dan alang tahun 1..

Bacaan blood platlet 58.. Di tempatkan di wad al aman dalam satu bilik 4 katil.. Ke empat empat pun kes yg sama.. Macam macam cadangan kawan kawan utk minum dan makan makanan yg boleh membantu mempercepatkan sembuh.. Sehingga berbotol2 air yg ada .. Selain dari drip yg telah di pasang di wad kecemasan lagi. Hari kedua bacaan turun ke 52 dan esoknya turun ke 48 .. Bila berlaku penurunan ni zino teringat kes yg dulu turun sehingga 25.. Ya Allah .. Sembuhkan lah penyakit yg sedang di hidapi ini Ya Allah. 

Pagi tadi Doktor datang dengan perkabaran gembira bacaan naik ke 70.. Syukur ya Allah.. Doktor kata esok dah boleh balik.. Nak balik hari ni pun boleh tapi biar la di awasi sehari lagi.. Boleh la meneruskan agenda hujung minggu... Amin


Sunday, January 12, 2014

ber angan angan..

Assalamualaikum...


Saja lah borak borak dengan mem kata nak beli 2nd car senang nak jalan jalan... mem terus sebut.. cer tengok mini cooper..!! wow.. terkejut zino ingat dia nak sebut Myvie ke Daihatsu atau produa Kancil ke.. hehe.. so zino pun survey la.. memang dah agak dah kereta ni mahal.. tak padan kecik. hehe

Zino pun suka kereta ni sebenarnya tapi memandangkan harga nya melampaui batas hasrat nak miliki kereta idaman tu di biar jadi angan angan je lah.. tak tau la kalau ada yg nak sponser.. (ini pun angan angan..) kereta yg memula zino  beli kereta di awal tahun 80 an.. ialah HONDA CIVIC.. zaman tu honda civic ni kecik je harga pun murah je.. masa tu kereta baru berharga RM13,500.00 .. loan masa tu baru 7,000.00 jenuh juga nak simpan duit baru boleh beli kereta.. tiga tahun zino menyimpan sebelum dapat beli.. Aircond pun tak ada masa tu.. kalau kereta ada aircond tu kira nya dah mewah la.. lepas tu harga kereta tak pernah turun malah bertambah tahun demi tahun.. lebih 10 tahun zino guna honda civic tu sebeleum bertukar ke kereta yg lebih besar.. ( anak dah ramai) 

Sebelum mini cooper.. zaman tu ada kereta mini clubman.. kereta yg kecil dan sangat simple.. tapi berdesup bila di jalan raya.. lama kelamaan kereta tu hilang di pasaran.. tetiba muncul mini cooper.. jenerasi baru dari mini clubman. 

Mini cooper ini juga mengingat kan zino kepada satu kisah.. ada seorang kawan siber zino dulu.. anak kepada seorang CEO di salah sebuah Syarikat gergasi di Malaysia.. Dua beradik yg hidup dalam kemewahan .. Walaupun dah habis belajar tapi tak berminat nak bekerja.. apa tak nya duduk rumah pun ayah beri dia elaun sara hidup yg lumayan dan lebih tinggi dari gaji kalau bekerja biasa.. selain duit poket ayah dia juga hadiahkan dia sebuah kereta mini cooper. pendek kata apa yg dia nak boleh dapat.. tetapi selalu bersendirian kerana ibu bapa kerap ke luar negara dengan urusan business..  dia bebas pergi kemana dia suka berkawan dengan siapa dia mahu.. Tapi sekarang dia tidak lagi menjadi kawan zino.. dan zino pun tak tau apa jadi dengan dia.. Harap dia mendapat bimbingan yg sempurna utk menjadi insan yg lebih baik ..

Berbalik kepada cerita mini cooper ni.. angan2 nak beli setakat ni masih tinggal angan2 je la.. ada sesiapa nak sponser RM 189,999 hehe.. 




tak salah ber angan angan kan ? hehe



Friday, January 10, 2014

berwajah baru...

tahun baru 
berwajah baru..
make up sikit2 je..

Sunday, January 5, 2014

Cuti setahun buat apa?

Assalamualaikum...

memula bila saya sebut nak cuti setahun ada juga yg terkejut.. macam tak caya je.. macam lama sangat ,,macam zino nak merantau jauh.. macam nak round the world.. hehe.. tapi bila dah perasan setahun tu beberapa hari je... mungkin ada yg tersenyum.. hehe.. itu semua joke hujung tahun tak kan dah lupa.. bila cuti hujung tahun mesti akan menjangkau ketahun berikut nya sebab 1hb mesti cuti hehe.. 

Banyak la urusan yg dapat di selesaikan bila dah cuti tu urusan anak anak urusan di rumah urusan di luar rumah semua nya dapat di selesaikan dengan jaya nya.. dan bila cuti juga mem pun buat perancangan.. makan di mana nak sopping di mana dan tengok Movie di mana.. macam kemaruk 3 kali berturut2 kami tengok movie jangan tak caya... kali yg ketiga tu.. bila sampai panggung tak tau nak tengok cerita apa.. mem talipon alang tanya patut tengok cerita apa hehe.. 

Banyak masa berkualiti di habiskan bersama.. sama ada adik ikut atau adik tinggal.. macam balas dendam la kan.. kalau dah kerja nanti pergi gelap balik gelap.. bila balik dah penat nak bercerita pun dah tak ada mood hehe.. tapi bila di imbas balik tahun 2013 ni asyik berjalan je zino rupanya.. awal tahun pergi ke Bandung.. lepas tu ke USS Singapore.. hujung tahun pergi pulak ke Vietnam dan masuk Singapore lagi.. dalam Malaysia pun merayap juga.. ke Trengganu dua kali, ke kemaman ke Penang , ke Lumut Ke Johor .. rezeki tahun lepas la kan..

Tahun 2014 ni tak berjalan ke??  Insyaallah ada.. semoga segala perancangan di permudahkan Nya.. 

Wednesday, January 1, 2014

kesenian orang Vietnam...

Assalamualaikum..

ada lagi kisah orang Vietnam ni yg patut kita tau... kisah nya masa perang dengan Amerika dulu.. Askar amerika jadi bingung apabila gagal mencari di mana askar vietkong bersembunyi di dalam hutan tu.. bila malam askar vietkong keluar menyerang askar amerika dan bila siang semua nya hilang entah kemana.. di di buru ke dalam hutan mereka tak boleh nak kesan di mana askar tu bersembunyi.. maka askar amerika mengambil keputusan utk meracun semua hutan di Vietnam dengan bahan kimia yg di panggil "agent orange"..  agent orange ini bukan saja memusnahkan hutan belantara di Vietnam tapi turut mencemari sungai sungai Vietnam dengan bahan kimia agent orang ini.. dan bila rakyat Vietnam menggunakan air sungai ini utk makan minum mereka terdedah kepada pelbagai penyakit.. dan yg paling tragis anak anak yg lahir selepas itu mengalami kecacatan kekal.. maka ramai lah rakyat Vietnam yg cacat akibat dari terdedah dari agent orange..

oleh kerana ramai rakyat nya yg cacat kerajaan Vietnam mengajar mereka kemahiran seni utk menampong kehidupan mereka dan rakan rakan yg lain.. maka terhasil la karya seni halus oleh rakyat yang tidak berupaya utk membuat kerja kerja seperti orang biasa.. tetapi mereka tetap boleh berdikari utk menampong kelangsungan kehidupan  . apabila tuan puan membeli barang kraf dan seni di Vietnam sebenarnya tuan puan juga telah sama sama membantu dan memberi sumbangan kepada sebahagian rakyat yg tidak berdosa tetapi menjadi cacat akibat keghairahan perang .. 

jom kita tengok hasil kerja seni orang Vietnam...































SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2014

SEMOGA DI TAHUN INI 
ANDA LEBIH BAHAGIA LEBIH CERIA 
LEBIH KAYARAYA 
LEBIH AMAL IBADAT 
DAN 
LEBIH SEGALA GALANYA