Sunday, January 5, 2014

Cuti setahun buat apa?

Assalamualaikum...

memula bila saya sebut nak cuti setahun ada juga yg terkejut.. macam tak caya je.. macam lama sangat ,,macam zino nak merantau jauh.. macam nak round the world.. hehe.. tapi bila dah perasan setahun tu beberapa hari je... mungkin ada yg tersenyum.. hehe.. itu semua joke hujung tahun tak kan dah lupa.. bila cuti hujung tahun mesti akan menjangkau ketahun berikut nya sebab 1hb mesti cuti hehe.. 

Banyak la urusan yg dapat di selesaikan bila dah cuti tu urusan anak anak urusan di rumah urusan di luar rumah semua nya dapat di selesaikan dengan jaya nya.. dan bila cuti juga mem pun buat perancangan.. makan di mana nak sopping di mana dan tengok Movie di mana.. macam kemaruk 3 kali berturut2 kami tengok movie jangan tak caya... kali yg ketiga tu.. bila sampai panggung tak tau nak tengok cerita apa.. mem talipon alang tanya patut tengok cerita apa hehe.. 

Banyak masa berkualiti di habiskan bersama.. sama ada adik ikut atau adik tinggal.. macam balas dendam la kan.. kalau dah kerja nanti pergi gelap balik gelap.. bila balik dah penat nak bercerita pun dah tak ada mood hehe.. tapi bila di imbas balik tahun 2013 ni asyik berjalan je zino rupanya.. awal tahun pergi ke Bandung.. lepas tu ke USS Singapore.. hujung tahun pergi pulak ke Vietnam dan masuk Singapore lagi.. dalam Malaysia pun merayap juga.. ke Trengganu dua kali, ke kemaman ke Penang , ke Lumut Ke Johor .. rezeki tahun lepas la kan..

Tahun 2014 ni tak berjalan ke??  Insyaallah ada.. semoga segala perancangan di permudahkan Nya.. 

8 comments:

Acik Erna said...

Awal2 perancangan 2014 poi ngan omak ngan ayah ko

zino said...

Acik Erna

Insyaallah itu yg pertama.. bos ajak ke Hongkong saya tolak..

Unknown said...

oo bagus tu.. lama tak singgah sini.

Juhariah Johari said...

Dah seminggu th 2014!
Seronoknya ke sana sini!Ada duit semua jadikan...
Selamat berziarah melihat keindahan ciptaan Allah.

izan mama mia said...

tahun ni..try g belah utara laa pula.. camping kat hutan belum... gerik nun..ehe..promot kg sendiri lak

zino said...

siapa unknown ni ya ? hehe

zino said...

Juhariah
terima kasih

zino said...

izan mama mia...

saya pun dah sampai Penang dan Lumut kira utara juga tu kan hehe