Wednesday, April 2, 2014

Ini kata zino

Salam semua...

Lama nya zino tak update blog.. Entah kenapa terlebih "rajin" pulak sampai tak ada masa nak update blog... Banyak peristiwa berlaku dalam malaysia yg hangat di perkatakan tapi tak satu pun sempat di rakam dalam blog ni... Macam sibuk je .. Macam dia sorang je yg sibuk... 

Zino tak bercadang nak bercerita tentang kisah yg telah di ketahui umum.. Atau mencipta satu lagi teori dan andaian sehingga membuat orang lain pening dan bertambah keliru.. Tapi memang ramai yg bijak mencipta andaian dan menulis seolah olah mereka tahu segalanya dan kerajaan di katakan menyembunyikan fakta.. Sehingga sekarang beberapa soalan masih belum terjawab... Ehh apa kisah yg zino nak cerita ni ? Kisah mana lagi tentu lah kisah yg paling mendapat perhatian di seluruh dunia.. Iaitu kehilangan pesawat MH370.. Sehingga sekarang masih tiada jawapan.. 

Tapi yg paling sedih dalam semua episod ialah rakyat Malaysia memburukkan negara sendiri dan di petik oleh negara luar utk menokok tambah sehingga memburukkan lagi keadaan.. Itu kah yg di manakan kebebasan bersuara? Kerajaan di lihat lemah utk mengambil tindakan atau memang tak akan ambil tindakan.. Memburukkan negara sendiri adalah satu perbuatan yg tidak boleh di maafkan di mana mana saja negara di dunia ini.. Hukuman nya hanya satu patut di keluarkan je dari negara ni.. Kalau tidak boleh menunjukkan kesetiaan sila keluar cari negara pilihan anda.. 

Tak boleh di kritik ke? Siapa kata tak boleh .. Sekarang ni kebebasan di beri sepenuhnya utk anda mengkritik atau menghentam apa saja yg di kata perkara yg tidak adil.. Penyalahgunakuasa rasuah dan sebagainya.. Tapi bila beb mepertahankan maruah negara kita sepatutnya tiada kompromi.. Ketepikan perselisihan dan sama sama menjaga maruah negara.. Itu pun kalau cintakan negara la.. Ini tidak dia bagitu seronok menghentam dan memburukkan negara sendiri.. 

Kadang kadang tertanya tanya juga sekira nya negara kita di serang oleh musuh luar.. Agak agak apa tindakan pengkritik tak bertauliah ni.. Akan lakukan.. Ada kemungkinan mereka ni akan cabut dulu.. 
Tidak bersedia utk mempertahankan negara..

What say you..





5 comments:

roserose said...

Saya nak komen tapi tak tau nak mula mana..


hahah..

dah malam2 ni kdg2 idea hilang.

zino said...

Roserose
Ini kira komen juga ni..lain kali boleh sambung haha

MOKCIK AZWA said...

Apapun alasannya tindakan memburukkan negara amat ttidak digalakkan. kalau dibandingkan negara kita ini dan kerajaan di negara berbanding negara lain..negara kita jauh masih lebih baik berbanding sesetengah negara lain.

zino said...

Azwa betul tu

nyanyisunyi said...

Saya pun sgt sibuk sampaikan tk sempat nk update blog..hehe
Sebenarnya mood merudom..pdhal macam2 benda boleh nk dishare..