Tuesday, March 24, 2015

Pelbagai kisah

Assalamualaikum...

mana pegi cerita saya sebelum ni tetiba dah hilang.. dah jadi deraf semula..tak ingat dah apa yg zino ulas setiap gambar ni dulu hehe.. yg zino ingat zino ada menulis selain perjumpaan utk makan  makan di majlis kenduri ni. pelbagai perjumpaan juga berlaku.. seperti.


perjumpaan bersama staff sedia ada 
dengan ex staff yg dulu sama satu jabatan


berjumpa geng blogger yg glamur hehe


berjumpa juga geng FB dan juga seorang blogger


ini geng JK yang telah lama tenggelam timbul.. 


berjumpa geng FB yg di minati ramai hehe


Dapat juga berjumpa seorang novelist yg di minati ramai dan juga rakan blogger dan pernah berjiran dengan kami..


Rakan FB yg kuat merajuk hehe


ini merupakan rakan rakan siber FUNSER.. dan akhir nya menjadi sahabat yg baik.. dulu selalu buat pertemuan TT setiap bulan.. tapi bila komitmen masing masing yg sentiasa sibuk perjumpaan jarang di buat sehingga akhirnya terpisah dengan haluan masing2 sehingga lah group ini berkumpul semula dalam group whatapps yg di ujudkan.. telah berkawan lebih 12 tahun..

ini rakan sekolah zino sejak sekolah rendah sehingga form 3.. ada yg masih ingat ada yg dah samar2 dan ada juga yg dah lupa.. group ini berjumpa semula dalam whatapps.. terima kasih daun keladi sudi datang sama2 memeriahkan majlis kami.


rakan rakan FB juga membuat reunion di sini hehe


rakan FB yg mula nya tidak mengenali antara satu sama lain.. dan berkenalan di sini hehe


rakan yg dulu pernah berkerja di bawah satu bumbung


bertemu rakan sekolej


rakan sekolah terpisah selepas MCE


Rakan yg ni tak sempat datang ke majlis.. kerja kata nya tapi hendak juga datang berjumpa zino.. so kami sembang di kedai mamak je sambil minum2..



yg ni pertemuan antara murid dengan guru.

Monday, March 23, 2015

Majlis kenduri alang part 2..

Assalamualaikum....

seperti di janjikan jom kita ke lapuran bergambar seterusnya . Majlis di IDB cheras KL. 

Ini majlis ke tiga yg kami buat.. sebelum ni majlis berlangsung di depan rumah dengan memasang kemah. tapi kali ni kami pilih utk di buat di dewan memandangkan jiran2 semakin mewah masing masing ada 4 5 biji kereta.. dah tak sesuai nak pasang kemah dengan rumah hehe..

Majlis di dewan ni pulak ada pelbagai pekej ikut yg mana kita nak.. siapkan je lah RM yg bersesuaian dengan pakej. Cuma sedara mara susah sikit la tak ada tempat nak lepak.. dan baring baring.. 

Satu perkara yg amat susah nak di agak dalam menganjurkan majlis ni ialah bilangan jemputan yg akan hadir.. sebab dalam kad jemputan tidak di sebut penerima kad perlu bagi jawapan.. bagitu juga jemputan melalui whatapps atau mesej SMS.. ada yg menjawab akan hadir dan ada juga yg menjawab tidak dapat hadir dengan alasan tertentu.. di sini kira perlu membuat anggaran sendiri berapa ramai tetamu pada kali ini..

Selain tetamu kita perlu membuat pilihan menu yg mahu di hidangkan kepada tetamu.. biasa kita di saji dengan menu yg standard .. tapi zino sepakat utk buat kelainan .. stail menu kampong masakan NS.. tapi tak mau la podeh sangat macam masak di kampong hehe.. dari komen komen yg zino terima tetamu menyukai nya.. alhamdulilah.. 

Setiap kali majlis kenduri zino cuba mengumpulkan seberapa ramai kawan kawan lama sedara mara rakan sekerja rakan sama belajar sama ada di sekolah rendah dan menengah masa di kolej rakan yg rapat dalam senarai facebook.. dan sebagai nya.. ada juga yg zino jemput tapi dah lupa bagaimana rupa rakan tu sekarang.. maka berlaku lah sesi suai kenal.. ada juga yg saling berkenalan di majlis ini.. dan berjumpa rakan yg telah lama terpisah.. 

yg best nya ada rakan yg selalu zino jumpa tapi tak perasan pulak dulu dia rakan sama sekolah rendah hehe.. 

kepada semua yg dapat hadir.. kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih.. saya sangat hargai tetamu yg datang dari jauh semata mata mau sama meraikan majlis kami. ayu terbang dari JB utk majlis kami di sini. Ada juga sedara yg datang dari singapura . Rakan yg drive dari Batu Pahat semata2 nak hadir majlis kami. saya hargai semua usaha anda.. tanpa kehadiran anda semua majlis ini tidak mencapai matlamat nya.. ada banyak gambar tapi tak dapat nak di masukkan semua.. banyak gambar telah pun di terbitkan dalam FB dalam whatapps dalam sms.. sama ada yg zino tangkap atau rakan2 sendiri yg bergambar sesama mereka.. 

insyaallah jumpa lagi di lain majlis.








































Majlis perkahwinan alang 21.2.15 & 21.3.15

Assalamualaikum...

Part 1
Lama nya blog ni sunyi sepi.. sampai bersawang2 hehe..  ok lah hari ni zino nak merakamkan kisah bergambar majlis kenduri kawin alang yg telah sempurna di langsungkan di dua tempat pertama di Pontian (pengantin perempuan) dan di Bandar Tun Razak..




Majlis akad nikah berlangsung pada malam sabtu 20hb Feb di rumah pengantin perempuan. Rombongan kami bergerak dari Kl awal pagi dan berkumpul di RnR Air keroh sebelum meneruskan perjalanan ke Pontian..

Di Pontian kami di sediakan dua biji rumah homestay utk menginap dan bermalam. rumah yg besar dan selesa utk menempatkan semua ahli rombongan.




selesai acara akad nikah berlangsung sesi bergambar bersama ke dua mempelai... lepas tu makan makan la hehe.. 










esok nya...



 rombongan pengantin lelaki






tol pertama 



tol kedua






Tol ke tiga... yg tak ada kompromi

satu perkara yg membezakan majlis di JB dan di tempat tempat lain ... kat sini ada banyak tol.. tapi bukan la jadi kejutan sebab dah selalu dengar cerita kisah tol ni.. dan pihak pengantin perempuan pun dah bagi banyak tip bila berdepan dengan gate tol ni hehe.. nampak macam ganas je juru tol tu hehe tapi semua tu hanya lakonan utk menambah kemesraan kedua pihak.. hehe

yg best tol di pelamin.. tak mau kompromi.. bertahan sehingga puas hati.. kami dah tau pun tapi acah je dulu hehe... cuma along dulu kawin kat Johor juga tapi tak ada til kecuali tol PLUS.. hehe







lepas selesai acara rundingan tol baru lah boleh bersanding... dalam perkara ni tak perlu ambil hati sangat semua tu gurauan je.. mengeratkan lagi ikatan yg baru terjalin kepada kedua keluarga.. 

bersambung... majlis di KL