Sunday, November 22, 2015

Kursus di trengganu

Assalamualaikum...

Wah lama nya tak update blog.. bila lah agak nya nak rajin balik ni.. tunggu tahun 2016 kot hehe.. entah lah semangat nak menulis sekarang ni merudum betul.. tapi di facebook rancak la pulak.. hehe

Cuti sekolah dah bermula... tak ada plan nak kemana mana ke ?? adik dah tanya abah bila start cuti..? dia ingat abah dia ikut cuti sekolah agak nya.. atau sebelum ni bila cuti sekolah abah pun ikut cuti.. bila kata abah tak cuti dia macam heran je.. 

Sekarang pun musim hujan.. pagi hujan petang hujan malam pun hujan.. kepada sesiapa yg nak bercuti tu fikir2kan lah tempat yg sesuai utk bercuti jangan sampai sangkut tak boleh meneruskan perjalanan atau tak boleh nak kemana2 bila hujan sepanjang hari.. kalau hujan renyai masih boleh lagi merayap kesana sini.. kalau hujan lebat? duduk dlam hotel je lah nanti.. boleh spoil mood hehe..

ok... ingat tadi nak cerita pasal gambar gambar kat bawah ni.. melalut ke lain pulak. hehe gambar gambar ni kisah dah berlalu. masa tu saya berkursus di Kuala Trengganu.. tak lama pun tiga hari dua malam je.. nasib baik fly.. kalau naik kereta memang tak berbaloi langsung.. penat pun tak habis nanti.. saja lah tu bagi kami travel jauh sesekali.. 

Gambar gambar tu menceritakan persekitaran tempat kami berkursus.. kalau nak tau di situ la Monsoon Cup Berlangsung setiap tahun.. chalet ni nampak agak sunyi sikit.. kepada yg nak bersunyi2 sesuai la.. terletak di Pulau Duyung.. tapi tak perlu naik boat pun nak kesana.. dah bersambung pun dengan mainland.. ada hiway lagi.. memula tu seram juga bila sebut di Pulau maklum lah hujung2 tahun ni..

yg lain lain tu tengok gambar je lah ya... kepafa yg dah plan utk bercuti.. selamat bercuti tak kisah la kemana saja percutian anda.. yg penting bonding bersama keluarga dan enjoy.. 































2 comments:

Nieda ramly said...

Assalamualaikum
untung pula dapat fly tak letih memandu.
macam budak2 muda sekarang walaupun masih study tapi balik kampung naik kapal terbang terutama di sebelah pantai timur. tak berbaloi nak naik bas kadang2 lagi mahal tiket bas dari kapal terbang.
Eh! terpanjang pula komen saya ni..hehehhe

zino said...

tq Nieda ramly sudi singgah blog zino yg dah lama bersawang ni... sekarang ni tambahng K Terbang pun dah berpatutan.. tu yg lebih mudah FLY skrg ni