Saturday, December 5, 2015

Berkayuh..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah sampai juga hajat nak joint program berkayuh... sebelum ni beberapa kali program berkayuh car free morning.. itu pun pinjam basikal orang... semakin hari semakin seronok berkayuh dan sudah sampai masa utk memiliki basikal sendiri... harga basikal ni pelbagai.. dari beberapa ratus hingga beberapa ribu...dengan bantuan kawan yg pakar pasal basikal akhirnya saya dah ada beskal sendiri mengikut bajet mampu beli.

Pagi ni zino menyertai ribuan peminat sukan berbasikal berkayuh dalam KBS JAMBOREE RIDE 2015. ada kayuhan 30km dan ada 10km. Sebagai amatur saya pilih 10km shj.. walaupun dalam sejarah belum pernah lagi berkayuh sehingga 10km. Ada yg berkayuh laju ada yg berkayuh santai dan ada yg berkayuh perlahan... (saya la tu ) . Yg penting sampai ke garisan penamat..hehe

Memang seronok berada di kalangan mereka yg memang professional dalam sukan berbasikal.. dengan gaya pakaian yg pelbagai dan beranika warna. Jenis basikal juga pelbagai.. lelaki wanita semua turut serta..kanak2 orang dewasa dan warga emas juga tidak ketinggalan turut serta... saya pun dah nak masuk ketegori tu.. ada yg berkayuh dengan anak kecil.. ada yg berkayuh secara kumpulan .

Dalam program tadi juga saya berjumpa seorang kawan siber yg dah bertahun kenal tapi ini firstime berjumpa..  dia juga seorang yg pro berkayuh datang dari jauh... Penang. Esok katanya nak berkayuh naik bukit Freazer.

Lepas ni nak joint lagi ke? Ehh tentu lah nak tapi tak berani yg jauh jauh lagi. Setakat 10 km rasa dah boleh dah.. hehe

Ok dah jom tengok gambar je 



Ini lah basikal nya

Get ready...

Adik pun ikut.. jadi geng abah
Menunggu masa utk berlepas

Sebahagian dari 2000 peserta utk 30km

Ramainya peminat beskal

Masa sebelum kayuh tak jumpa dah selesai baru jumpa.. geng opis

Firstime berjumpa schumi dari Penang.

Tengok orang bergambar di pentas kami pun nak juga...

Adik berselfie..

Kenang2an bergambar di pentas

Di akhir sesi menunggu cabutan no bertuah..

Mengharap tuah...

Tuah orang nampak di hamper..

Juga ada yg dapat beskal.... kami tak bertuah kali ni.

Hotel pullmall katanya 

Banyak nya beskal

Beskal ni tak ada tongkat mcm2 cara nak park.. hehe

Lagi beskal

Ada yg cari dinding atau tembuk utk sandar beskal.

Sesi lepas ride.. rehat2 hilangkan penat

Ini merupakan medal pertama dalam program kayuhan.. membuktikan peserta sampsi ke garisan penamat...tahniah kepada semua peserta

Sekian

No comments: