Sunday, December 20, 2015

PIPR Putrajaya Inter Park Ride 2015..

Sesi berkenalan dengan rakan2 kayuh ezuan.. wah..semua veteren tu.
Sebelum mula selfie dulu.. kayuh tak laju tak pe gaya tetap kena ada..
Ini dah beratur di garisan permulaan.. book tempat depan.. konon2nya cepat la sampai.. hehe

Masih menunggu di garisan permulaan.. selfie lagi

Nak tunjuk sebahagian dari peserta.. ada ramai lagi yg belum masuk di belakang garisan permulaan.. ada yg terus menunggu kat luar sana.. nak elak bersesak sesak la tu.

Ada kayuhan di jalan yg rata ada kayuhan yg terpaksa mendaki bukit. Bila bukit yg rendah semua laju je naik. Bila bertembung bukit yg agak curam baru kita tau rider sebenar. Mereka terus meluncur naik.. sementara amatur larat sekerat jln je
. Yg selebihnya sorong je lah.. sama yg sedang berselfie tu.

Salah satu matlamat kayuhan santai ini di anjurkan adalah utk membawa peserta ke tempat2 yg menarik di sekitar putrajaya. Katanya sejak pertama kali di anjurkan laluan adalah berbeza... supaya peserta dapat mengetahui corok rantau putrajaya ni dan menikmati keindahan nya.

setelah hampir 2 jam berkayuh akhirnya zino sampai ke garisan penamat. Kalau dulu bila zino sampai ke garisan tak ada lah sesak mcm ni. Tapi kali ni zino sampai bersama kelompok yg ramai. Bermaana tak lah ketinggalan jauh.. tapi masih jauh tertinggal dari rakan kayuh yg veteren.

Bila sampai ke garisan penamat setiap peserta di berikan medal. Ini menandakan peserta berjaya menamatkan kayuhan. Alhamdulilah bertambah satu medal lagi.. sebagai tanda kenangan.. agaknya yg dah lama berkayuh berapa lemari medal yg mereka dah dapat kan...

Ini lah rupa medal nya..
Kalau emas boleh gak gadaikan bilo sosak hehe.. tapi tujuan saya menyertai aktiviti ini bukan utk mengejar hadiah tapi beriadah utk kesihatan.. nak berlari dah tak larat.. kayuh la pelan2


Masa flag off tadi dah perasan dah kawan zino ni.. bila selesai kayuhan baru cari dia di kemah urusetia.. dept dia yg menganjur program kayuhan ni rupanya.. tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program kayuhan yg di sertai ramai warga kota.. ada yg datang sendiri ada datang bersama pasukan.. tak kurang yg datang bersama keluarga. Ada yg bersama kelab berkayuh masing masing..

Insyaallah jika ada lagi program mcm ni pasti saya akan mendaftar dan sertai. Urusan pendaftaran serah dengan ezuan je.. hehe.. 

Ok jom kayuh...

5 comments:

uncle gedek said...

Jaga jaga seluar... jangan sampai koyak macam saya!

haha!

zino said...

Uncle..

Dia orang semua pakai seluar ketat kalau koysk bahaya tu hehe

zino said...

Uncle..

Dia orang semua pakai seluar ketat kalau koysk bahaya tu hehe

makcikkantin said...

Makcik sangat rindu nak kayuh.....dah lamaaaaaaa sangat tak kayuh, basikal dok gantung kat dinding, tayar pun dah lembik...dok tunggu signal pakcik ja..

Sini kalau join kayuh, payah nak nampak muka melayu...dua tiga kerat ja...kadang fedup juga.

zino said...

Tunggu kami datang Penang makcik.. ada kawan nak set kayuh keliling Pulau.. larat ke tak tak tau la.. namti boleh joint sekali hehe