Assalamualaikum...
Alhamdulilah memanjatkan rasa syukur kepada ilahi kerana akhir nya zino di jemput untuk menerima bintang dan pingat kebesaran sempena hari wilayah 2016. Nama zino di calonkan setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Tapi jika belum ada rezeki nama tak akan naik naik..
Ini ada lah sesuatu peristiwa yg bakal terpahat dalam sejarah ingatan.. pertama kali masuk ke istana.. dan entah ada rezeki lagi ke nak masuk ke istana di masa2 akan datang. Bila dah berpeluang masuk apa lagi rakam seberapa banyak boleh gambar2 utk kenangan.
RAPTAI
Ini gambar pertama di dalam istana negara. Bergambar di ruang legar pintu utama masuk ke istana. Ehh masuk ikut gate 2 . Adakah ini laluan utama atau laluan masuk kedua..
Gambar ini pulak bila berada di balai rong seri mendengar taklimat dan menyertai raptai sempena majlis penganugerahan esok. Pelbagai peraturan dan syarat di huraikan satu persatu supaya majlis esok akan berjalan lancar.
Para penerima di susun mengikut jenis dan taraf pingat yg di terima. Utk kes wilayah persekutuan pingat dan darjah kebesaran di kurnikan oleh Duli yg maha mulia seri paduka baginda yg di pertuan agong sempena hari wilayah persekutuan setiap 1 Feb setiap tahun.
Melihat ke indahan dan kecantikan istana membuat hati terpegun dan bangga. Sudah semesti nya istana mempunyai reka bentuk unit dan gah bila di lihat orang rakyat jelata. Institusi istana merupakan lambang kedaulatan negara malaysia dan memang sepatutnya di beri kedudukan yg tertinggi.
Tempat duduk di susun mengikut jenis darjah kebesaran yg di terima. Pingat tertinggi di Wilayah Persekutuan bergelar Datuk Seri Utama.. di ikuti dengan Datuk Seri dan Datuk..lain lain pingat tidak membawa sebarang gelaran.
Berpeluang utk duduk makan di dewan santapan juga merupakan satu ke istimewaan dan kebanggaan . Teringat masa lawatan ke Brunei satu ketika dulu.. di hidangkan dalam pinggan bersalut emas. Sudu garpu juga bersalut emas..rasa nak masuk poket je ..
Makan apa pun sedap.. hehe
Dulu zino selalu mendengar tazkirah dari peguam ni. Sekarang dah bergelar Datuk Seri . Tapi bila dia berpindah "camp" surau di tempat kami tidak lagi menjemput dia. Malang nya tidak berpeluang utk mendengar kisah sejarah perjuangan islam yg di sampaikan bagitu detail dengan kupasan ilmiah.
Ini baju yg akan di pakai semasa majlis sebenar..
Berjumpa kawan lama apa lagi berselfie la dulu.
HARI ANUGERAH
Hari ini merupakan hari penyampaian anugerah bintang dan pingat kepada mereka yg bertuah dan terpilih. Tahniah kepada semua penerima. Ada yg dapat Datuk Seri ada yg dapat Datuk.. zino punya tak ada gelaran.
Ada yg kata macam Datuk dan Datin hehe mana lah tau kan rezeki kot kot ada satu masa nanti... aminn
Bergambar bersama pengarah esekutif pengurusan dan ex bos zino..
Selfie bersama pegawai kementerian
Berselfie dengan Datuk...
Juga Datuk
Penerima anugerah Datuk Seri Utama.. pingat tertinggi Wilayah Persekutuan. Datuk Bandar yg paling lama berkhidmat dan yg paling menonjol setakat ni la..
Bersama jiran
Ini semasa menunggu giliran utk mengadap Duli Yg Maha Mulia Tuanku.. hampir nak pitam di buat nya kerana lama sangat duduk.. dah le pagi tu sarapan makan roti dua keping je..nasib baik tak tumbang depan agong
Buku cendera hati senarai penerima
Ini dahasuk dewan makan.. masa terima anugerah mem duduk bersama tetamu lain.. masa makan boleh geder2 semula.
Sementara tunggu Agong masuk utk santap sempat lagi.. hehe
Semua nampak mewah..
Sempat bergambar di dalam balai rong seri sebelum datang larangan..
Senyap2 selfie semasa menunggu giliran utk
Ini selfie di luar balai rong sri
Tahniah MB Salleh..
Ini lah pingat nya..