Assalamualaikum..
Hari ni pengalaman berkayuh zino bertambah lagi.. bukan pengalan apa... pengalaman berkayuh OFF ROAD.. dengan kata lain berkayuh di laluan tidak bertar.. masuk ke ladang2 yg mungkin hanya di lalui 4 wheel drive atau motor.. mungkin juga ada laluan yg hanya pernah di teroka dengan berjalan kaki.
Program berkayuh yg zino sertai ini di nama kan BBS MATRIX CHARITY OFF ROAD FUN RIDE.. Bermula dan berakhir di D'TEMPAT COUNTRY CLUB SENDAYAN.. Seramai 500 peserta dari pelbagai kelab berkayuh menyertai kayuhan kali ini.. zino wakil kelab mana ya ? Hehe
Seronok melihat para peserta dengan pelbagai warna jersey dan tertulis pasukan pasukan yg mereka wakili.. sekali imbas zino percaya mereka ni telah biasa menyertai off road ride ni.. dan mereka seronok melayan jalan yg berliku berbukit berlurah berselut dan sebagainya.. rasa kecut pulak nak berkayuh dengan mereka ni.. hehe
Ini sebahagian dari beberapa pasukan yg menyertai.. kayuhan ini. Di kalangan mereka mereka saling kensl memgenali dari satu pasukan ke pasukan yg lain.. msklum lah telah selalu bertembung di acara2 yg berbeza..
Zino sertai off road ni semata2 nak mencari pengalaman.. nak mencari kawan.. nak beriadah.. nak enjoy berkayuh tanpa memperdulikan bila zino boleh sampai ke garisan penamat... qualify ke tak ke bukan sesuatu yg mahu di kejar.. yg penting berkayuh dan terus berkayuh mengikut kemampuan.. tak mampu stop hehe
Menjadi lumrah bila berkayuh mesti melalui jalan berbukit yg gagah terus berkayuh santai.. yg tak berapa gagah kayuh juga separuh jalan kemudian turun tolak.. zino tengok bukit yg macam mana dulu.. yg terlarat layan terus berkayuh dan yg tak larat tu turun tolak...hehe..
Bila penat berenti dulu ambil angin melepas lelah minum air.. bersembang2 dengan rider yg lain .. menjalin ukhwah.. walaupun zino tak kenal.. mereka semua saling bantu membantu.. saling memberi peransang dan kata semangat.. mashall juga sangat membantu... bila berkayuh ni tambah pulak di kawasan yg agak sukar.. macam2 hal berlaku. Ada yg pancit tayar. Ada yg patah pedal.. ada yg terbelit ranting2 pokok.. dan ada juga yg tergolek jatuh bila melalui jalan yg licin dan berlopak..
Beberapa hari sebelum berkayuh hujan lebat.. laluan banyak yg berlopak . Jalan pun licin. Laluan menurun yg curam juga zino rasa cuak nak kayuh.. laluan sempit.. berbatu2.. dan tidak rata. Bila rasa tak konfiden cepat2 turun dan tolak.. tak boleh ikut cara orang professional yg mendaki laju menurun lagi lah laju..
Memang basikal penuh dengan lumpur. Baju pun terpalit lumpur kasut pun berlumpur. Memang itu yg telah di jangka.. memang itu lah yg akan berlaku.. apa nak buat redha je lah hehe.. masa nak balik tu terfikir juga kat mana nak basuh nanti ni.. kalau tak basuh mcm mana nak sumbat dalam kereta.. habis la kereta kotor.
Rupa rupa nya pihak penganjur dah lebih maklum perkara tu dah di sediakan penyelesaian nya.. abam bomba bersedia menanti utk mengeluarkan selut.. lumpur dan segala kekotoran yg melekat kat beskal.. letak je beskal tu dia pun sembuh pressure jet air sekejap je selut2 clear.
Tapi abam bomba tak ada lah nsk bersihkan sampai berkilat.. sekurang2 nya basiksl tu boleh di masukkan dalam kereta bila nak balik nanti.
Dah sampai rumah kena lah basuh sendiri.. sental la sendiri bagi berkilat balik.. baru sedap mata memandang.
Terima kasih kepada Ezuan , Riz Ardy dan kawan2 yg mengajak zino menyertai kayuhan ni.. memula suspen juga.. why not give a try.. kayuh setakat terlarat..
Nak kena banyak lagi berkayuh sebelum dapat bersaing dengan mereka yg lebih mahir dengan selok belok kayuhan ni.. setakat ni layan kayuh ikut kemampuan sendiri.
Sekalung tahniah kepada pihak penganjur . Semoga matlamat penganjuran ini ia itu utk mengutip derma bagi projek pembesaran masjid Sendayan tercapai..
Yg penting dapat medal hehe
Berita terkini.. zino juga menang no bertuah utama iaitu pakej 3hari 2 malam di pangkor .. utk 5 orang sape nak ikut jom !!!
6 comments:
wow..bestnya...selamat ke pangkor...
Waaaaaaa semangat waja :)
Wah.. hebatnya.. lagi mencabor ye, kalau off road ni. Tahniah Encik Zino, dapat medal dan percutian. :)
angah
belum plan lagi bila nak pergi tapi kena pegi sebelum April
Mia
terima kasih hehe
Yati
bila off road sangat memenatkan jiwaraga hehe
Post a Comment