Saturday, September 24, 2016

community safety fun ride 2016

assalamualaikum....

Alhamdulilah sekali lagi saya dapat beriadah sambil berkayuh dengan ratusan... penunggang basikal yg datang dari seluruh pelusuk negara dalam program yg di anjurkan pihak POLIS DIRAJA dengan motto "polis dan masyarakat berpisah tiada" agaknya setiap negeri ada wakil polis..

Sebenar nya saya ada dua program utk hadir . pada perancangan awal.. selepas berkayuh saya akan ke bukit jalil utk satu acara lain... itu perancangan....

kebiasaan nya program kayuh ni bermula se awal jam 7.00 atau 7.30 pagi. tapi program pagi tadi bermula jam 8.30 pagi.. sekejap berkayuh dah panas.. sebelum memulakan kayuhan ada sesi memanas badan... senam robik la dulu... keras je pergerakan bila ikut apa yg dia orang buat... dan belum kayuh dah penat...hehe.. terlebih warmup..

program kayuhan pagi ni di bahagikan kepada 3 kategori.. 35 km 10km dan 5 km.. memula join kayuh dulu berani join 10km je.. itu pun dah rasa tercungap2.. tapi sekarang ni 30 ke 40 km tu masih ok lagi.. nak pergi ke 120km tak berani lagi.. 2 minggu lagi ada program kayuhan sukan malaysia.. 120km 40km dan 10km.. ramai yg nak terai 120km!! tapi zino tetap pilih 40km saja..hehe

biasanya berkayuh dengan geng yg sama..setiap kalinya..  sebahagian besar nya kenal masa berkayuh.. dia orang ni semua spotting dan sangat meminati aktiviti berkayuh .. memang seronok berkayuh beramai2 ni.. bersama masa starting je la.. lepas tu masing2 berdesup ke depan ikut kemampuan masing masing.. dalam group ni saya la yg last sampai kot hehe.. tapi bukan lah last keseluruhan.. ramai lagi yg berkayuh lebih santai di belakang.. sekurang2 nya saya tidak lagi perlu menolak basikal bila berjumpa bukit.. dah jumpa rentak bagaimana nak bertahan setiap kali bila mendaki.. yg penting enjoy masa berkayuh..

ok jom tengok gambar2 sepanjang kayuhan tadi.. ada yg saya ambil ada yg kawan2 lain ambil.. kami share setiap gambar yg di rakam...

tukar rim baru... tapi akhir nya tak sempat juga berkayuh.


di garisan permulaan 


prorider Rosidin... hehe 


segala nya bermula dan berakhir di sini..


prorider jurutera yg hebat.. 
wakil IKATAN


ratusan peserta yg akan kayuh bersama


pitstop pertama selepas 18km berkayuh.. mana yg lain? entak2 dah sampai..hehe


alhamdulilah.. berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 37km selama lebih 2 jam.. prorider mungkin perlukan 
satu jam saja..


prorider Ezuan yg banyak membantu saya berkayuh.. juga sebagai penasihat.. dan pengurus setiap program kayuhan pilih kayuhan yg sesuai yg boleh saya join, tolong book kan, tolong bayarkan dan tolong ambil goodie2 sekali


habis kayuh baru jumpa dan berkumpul semula bersama prorider ni hehe


selfie beramai jadi acara tetap..


pelbagai aksi dan gaya..


sebahagian peserta menunggu tuah..

basikal perbagai jenama dan kelas..


berehat sambil menunggu kot2 bertuah..

kali ni tak ada medal tapi plaque.. 
ok la juga..

ini gambar2 dari karan yg lain.


kandid semasa senam robik... 
keras dan kaku hehe


ini pun kadid.. hehe

ini lah geng kayuh yg sporting


OK JUMPA LAGI DI PROGRAM YG AKAN DATANG.. KALAU SEMUA KAYUH 120 KM ZINO TETAP PILIH 40KM HEHE

nota tambahan
ini ulasan rider lain tentang penganjuran 
1. Flag off lambat sangat 8.30 baru nak.. dah panas..
2.senam robik yg lama
3. water station lambat ready ada yg dah lalu awal water station belum ready.
4. Mashall tak nampak bayang.. 
5. cabutan no bertuah lama sangat.. hadiah kecik2 tu patut cabut awal dan buat senarai
6. buat cabutan utk hadiah yg besar je.. 

kalau pihak penganjur baca ni buat la pembaharuan jika anda ingin event yg anda anjur di sertai ramai pengayuh basikal 

1 comment:

makcikkantin said...

Saya pun rindu nak kayuh tapi sparing partner ni sibukkkk ja