Assalamualaikumm...
1.0 Alhamdulilah sekali lagi dapat berkayuh di luar kawasan.. kali ini kami menyertai kayuhan Tanjung Bidara fun ride yg di anjurkan lion club melaka bersama JPJ Melaka.. kami ni datang atas jemputan JPJ Melaka.. Kawan kami ada rakan FB di JPJ Melaka.. hehehe
2.0 Bila berkayuh di luar kawasan perlu la menginap di sana. saperti biasa urusan penginapan Ezuan yg tolong settlekan . Tak sangka di book hotel betul betul di hadapan tempat bermula.. tak kayuh susah2 nak drive dan cari parking. Kami datang pun tak sekali masing2 ada urusan.. tempat tinggal pun tak sekali.. yg penting sekali berkayuh hehe.. saya sampai pun dah hampir 12.00 mlm sebab sebelum tu hadir kenduri di rumah adik di Seremban.
3.0 Kayuhan kali ni mem dan adik ikut sama.. bukan sebagai peserta tapi menjadi penyokong setia hehe.. dah la ari tu kayuh ke utara dia tinggal.. kali ni kayuh ke melaka jom ikut.. lagi pun kami ada plan kedua datang melaka..
4.0 Apabila saya turun jam 6.45 kat bawah tengok peserta telah ramai bersedia utk berlepas.. wow.. jam berapa mereka datang sini?.. kelam kabut saya di buat nya .. nak bersiap lagi nak sarapan lagi.. sarapan pun ala kadar je minum nescafe tin tu dan jamah sebuku roti krim yg kecil tu.. sementara adik tolong keluarkan basikal.. memula ingat nak guna si merah yg kacak tu tapi seram juga nak bawa dia berjalan jauh.. akhir nya guna MTB yg dah banyak berjasa tu.. merah tunggu dulu ya..!!!
5.0 Beberapa minit sebelum bermula gerimis turun oops macam mana ni.. semua peserta pun beredar dari tempat bermula masuk semula ke dalam kemah.. tapi sekejap je keadaan kembali normal.. jadual flag off jam 7.00 tapi terlewat beberapa minit tapi masih awal berbanding program2 lain yg pernah saya sertai.. lama menunggu VIP datang..
6.0 Oleh kerana ianya fun ride sepanjang perjalanan di kawal oleh marshall supaya rider tidak berlumba dan berkayuh secara kumpulan.. Di Melaka ni tambahan lagi di pusat bandar jalan raya sentiasa sibuk dengan kenderaan . mashall yg berkawal tak boleh nak tutup.jslan terlalu lama.. dan memang saya puji usaha JPJ Polis dan RELA dan lain2 mashall yg telah menyediakan kawalan trafik yg sangat baik sepanjang kayuhan.. tanpa mereka kami tak mungkin dapat berkayuh dengan selesa.
7.0 Setiap 10 km berkayuh ada check point dan tempat berkumpul.. berehat dan makan pisang hehe.. (cuma nak komplain pisang yg di sediakan tu tak berapa sesuai.. hehe..) dan menunggu rider yg tertinggal sampai.. dan pihak penganjur akan minta ksmi berkumpul utk ambil gambar.. hehe dan kami pun tak lepas peluang utk berselfie.. tak sabar tak tunggu gambar2 yg pihak penganjur tangkap ada ke gambar kami terselit sama.. pihak penganjur juga mendapat banyak penaja dari pelbagai pihak.. dan penaja utama ialah ISUZU... syarikat pengeluar kereta..
8.0 Tempat bermula dan berakhir adalah bersebelahan sebuah gedung perniagaan tepi sungai THE SHORE . dalam jam 10.00 pagi kami menghabiskan kayuhan sejauh 38km saperti yg di rancang ( rekod strava mencatitkan 41.9 km) Alhamdulilah masih mampu berkayuh sejauh itu.. dan cabutan no bertuah juga di buat di dalam the shore.. cuma dari group kami tak ada yg bertuah.. hehe. selesai kami berpisah kerana kami ada agenda berasingan.. kami dah plan utk belanja kakak makan yg kebetulan hari ini dia dan rakan2 beriadah ke Pulau Besar Melaka..
9.0 Kakak kata nak makan sushi kat Aeon Air Keroh.. so kami pun berkumpul kat sana.. meraikan kakak bersama dia kawan dia.. (juga housmate) . saya sushi ni kalau pegi sendiri kekok sikit apa nak makan hehe .. kakak ambik apa apa pun saya makan je la.. makan makan ini juga senpena kakak dan kawan2 dia lulus peperiksaan dan layak masuk ke tahun akhir di Manipal Melaka .. syukur alhamdulilah..
10.0 Alhamdulilah saya berjaya mendapat medal dan sijil kayuhan kedua utk tahun ini.. tahun lepas ada 12 medal kalau tak salah . ada program kayuhan di sediakan medal kepada peserta yg berjaya menghabiskan kayuhan dan ada program tak bermedal..
11.0 jom tengok gambar2 meriah sepanjang kayuhan kami...
berselfie sebelum bermula.. yg ni wajib hehe
sampai di check poin pertama.. selfie lagi
Rakan rakan kayuhan dari SSC
sebahagian dari peserta kayuhan.. ada yg datang secara berkumpulan seperti kami..
Yg berkemeja itu pun bersama SSC tapi dia memilih utk bersetail hehe dengan berkamu kemeja.. dulu pun pernah lihat satu group berkayuh berbaju kemeja.. lain dari yg lain.. ittu pilihan masing masing..
ini dah sampai check poin ke dua.. berwehat lagi minum lagi makan pisang lagi.. kata nya pisang merupakan sumber tenaga segera .. dan kebiasaan nya ada di sediakan setiap kali ada event kayuhan.
Dah sampai check point ke tiga.. di sebuah hospital swasta.. mungkin pihak Hospital ini juga merupakan salah satu penaja kayuhan..
sebahagian dari peserta.. berapa ramai peserta kali ni ? entah tak dengar pulak pengumuman pihak penganjur.. tapi beratus juga rasa nya
dah sampai Check point ke empat.. cantik bangunan lama kat belakang tu..
nak tau bangunan apa tu cuba baca apa yg di tulis kat atas tu hehe
alhamdulilah akhirnya sampai ke garisan penamat.. berkayuh selama 3 jam sejauh 38 km..
ini lah the shore.. shopping compleks yg tersergam indah.. menara tu condominium kot
penyokong setia..
alhamdulilah medal kedua tahun ini..
team gagah perkasa dari SSC hehe
bersama IDOLA
ini gambar dari mamarock.
bersama penyokong setia..
selesai kayuh dan cabutan no bertuah dah pukul 1.00 minta izin hotel utk berkemas dan mandi dulu sebelum check out.. (dah terlebih masa) kemudian singgah di masjid ini utk solat Zohur..
bersama kakak dan rakan rakan di restoren sushi king di AEON MELAKA
alhamdulilah dah sempai semula di KL..
selesai