assalamualaikum
Alhamdulilah.. pagi tadi berkesempatan utk menyertai program car free morning Shah Alam.. selama ni kayuh CFM di KL je .. so pagi ni bagi sokongan kepada CFM Shah Alam.. ianya di adakan pada hari ahad minggu kedua setiap bulan.. so tak adalah bertembung dengan CFM di KL.. semuga banyak lagi bandar bandar lain di Malaysia ni akan mengikut jejak langkah KL dan Shah Alam. Program ini merupakan kali kedua di anjur majlis bandaraya Shah Alam..
Tujuan utama CFM adalah utk mengurangkan pelepasan carbon di udara terutama dalam kawasan bandar. Setiap kenderaan yg bergerak mengeluarkan sekian banyak karbon setiap hari yg boleh mencemarkan udara dan memudaratkan kesihatan awam. salah satu kaedah mencegah atau mengawal pelepasan karbon adalah dengan mengurangkan penggunaan kenderaan . Walau pun tak banyak tetapi ini merupakan satu langkah kehadapan utk mendidik masyarakat menjaga alam sekitar.
Aktiviti berbasikal di selang selikan dengan beberapa acara lain. cuma utk kali pertama ni kami belum lagi dapat menikmati sepenuhnya aktiviti yg di adakan. Selfie pun belum banyak lagi hehe.. tempat orang la katakan.. masih bersopan santun lagi hehe..
tapi yang penting kayuhan kami pagi tadi di rekodkan oleh juruphoto professional pihak penganjur hehe
saperti biasa rakan kayuhan yg selalu menemani .. tapi kalau dia pergi kayuh yg lebih mencabar abah tak ikut la..
kayuhan bermula dan berakhir di dataran kemerdekaan.. abah baru tau ada dataran seumpama ini di shah alam hehe
sambil berkayuh sambil mendengar celoteh dua DJ di depan tu..
kayuh guna folding je..
hensom je si merah tu kan hehe
bermula dan berakhir di sini..
Good job MBSA panjang umur murah rezeki bulan depan kita jumpa lagi... tapi nak bagi tau cabutan no bertuah tu jangan la cepat sangat .. kawan tak habis kayuh lagi cabutan dah bermula.. hehe..
SEKIAN
3 comments:
dah lama tak berbasikal, dah tak pandai dah sekarang ni
boleh belajar balik Darling Pya hehe
Baru nak join Shah Alam CFM, kat mana park kereta ye klu semua Persiaran2 dah ditutup?
Post a Comment