Monday, February 20, 2017

kayuhan rentas sempadan.. malaysia thailand

assalamualaikum...

rasa bertuah dapat menyertai kayuhan rentas sempadan dari Malaysia ke Thailand.. ini bukan lah kayuhan yg pertama kali di lakukan hehe.. sejak berzaman dulu perkara ini telah di lakukan.. setiap hari pun ada yg berkayuh rentas sempadan ni.. tak jauh mana pun hehe... tapi ia nya menjadi kenangan indah kerana ianya program resmi melibatkan kerjasama kedua negara.. terutama majlis bandaran Sadao dan UUM .


bila Ezuan pelawa abah utk sertai program kayuhan ini abah tak tunggu lama utk bersetuju. bila lagi nak berkayuh di negara orang. nak sertai mereka touring kesana belum cukup kekuatan mental utk berkayuh setiap hari.


majlis taklimat kepada peserta malaysia yg menyertai kayuhan ini nanti.. saya di fahamkan peserta datang dari seluruh malaysia sehingga ke Muar.. wow hebat2 mereka semua ni.. 

wakaf worrior kedah yg di pertanggung jawabkan menjadi marshall sepanjang kayuhan masuk ke negara jiran nanti. di maklumkan anggaran 1300 peserta kayuhan dari Thailand akan sampai ke UUM berkayuh dari Sadao.. wow ramai tu.. mereka juga terdiri dari peserta seluruh thailand.. 


ini lah deretan moto mashall dari Thailand yg mengiringi peserta2 kayuhan dari sana. aspek keselamatan di beri keutamaan. cuma masaalah sikit nak berbual dengan mereka ni ada lah isu bahasa.. rupa paras sama je antara kita dengan mereka ni. 


ratusan basikal di letakkan di tengah padang kawat yg luas. nasib baik UUM ni mempunyai padang kawat pelapes yg luas yg boleh memuatkan beribu2 buah basikal jika perlu.


barisan peserta dan mashall dari Thailand beratur utk menyambut tetamu VIP Malaysia yg bakal meresmikan program kayuhan ini. nanti sebelah petang baru lah beramai2 kayuhan dari UUM ke Dannok Thailand. mereka kayuh balik kami kayuh utk datang kesana


sukan berbasikal ini semakin popular dan menarik minat semua golongan masyarakat . yg muda yg berumur lelaki perempuan dewasa kanak semua suka berkayuh. yg kuat berkayuh laju yg tak berapa kuat kayuh ikut rentak masing2.. yg bertenaga akan menyertai jamboree menguji kekuatan fisikal dan mental.. yg berkayuh kerana beriadah sertai program santai saperti fun ride dan sebagainya. yg penting berkayuh utk sihat insyaallah.


ambil semangat bersama ribuan peserta kayuhan dari seberang. kami dari malaysia ada lebih kurang 400 peserta.


Thailand menyediakan pelbagai program utk menarik pelancong malaysia masuk kesana.. kalau ada yg rajin mengkaji sejarah Dannok itu sendiri asal nya sebahagian dari kedah.. bermakna hubungan sejarah penduduk kedua sempadan telah sekian lama terjalin.


ini sebahagian peserta malaysia yg sebahagian nya terdiri dari student UUM.. ada juga student UUM ni berasal dari Dannok.


masing masing mengadap kamera nun di atas krin hijau tu utk merakam gambar beramai.. masuk tv ke? hehe



kat atas ni kameraman merakam semua aktiviti yg berlangsung di bawah.. pengacara majlis pun tidak berhenti2 memberi penjelasan kepada peserta yg ramai .. tapi dia cakap thailand maka dengaq je lah tak faham dia sebut apa hehe sesekali ada lah tranlation nya hehe


nampak tak yg mana basikal abah.. hehe


ambil peluang bergambar 


ok ini di pintu masuk UUM sempat selfie tu sebelum memulakan kayuhan. jarak kayuhan tidak menjadi masaalah tetapi masa kayuhan merupakan satu cabaran buat abah.. mana tak nya kayuhan bermula jam 2.00 petang . matahari masih tegak di atas kepala. tambahan sekarang ni musim panas di kawasan utara. 


laluan menuju kayu hitam ni tidak kurang cabaran nya berbukit bukit.. bak kata rider macam dragon back.. turun naik . cekal tabah dan sabar.. kayuh je pelan pelan. singgah berselfie jap..


dah dekat dah ni... last datang bukit kayu hitam ni mungkin 30 tahun dulu.. masa tu dengan kereta la.. tak sangka datang kali ni bawa gerek je.. 


alhamdulilah masuk juga akhirnya ke sempadan thailand.. merasa juga lah berkayuh merentas sempadan. bila berkayuh dalam program resmi ni urusan imigration mereka dah atur awal2.. semua pasport peserta malaysia di serah kepada pihak urusetia .mereka akan berurusan dengan pihak kedua2 imigration.. kami ni kayuh lalu je.  tak perlu berenti senyum je kat petugas yg sedia menunggu.. hehe


nah... kami berada di bumi thailand.. utk abah ini firstime berkayuh ke sini utk ezuan dah berkali2.. hehe yg kelakar abah tak tau pun ini lah pekan Dannok.. ingatkan jauh lagi nak sampai Dannok .. kisah ini ada dalan  "drama hari ni" 


bermalam di Dannok bersama basikal2 sekali sebelum sambung kayuhan esok ke Sadao.. semua di nasihatkan jaga basikal masing2.. dan bawa naik ke bilik.. merasa lah basikal tu tidu dlm ekon hehe


kat sebelah hotel menginap ni ada banyak gerai rata2 rakyat thailand muslim yg berniaga so boleh la makan tampa ragu ragu.. sedap pulak tu..


orang lain dah lama merasa makanan di sini buat abah ini yg pertama kali.. maklum la baru firstime masuk sini.. ada juga yg berpesan berhati2 bila masuk Dannok.. hehe 


gerai tepi jalan tu mcm gerai2 tepi jalan kat malaysia je..


my friend pun ada restoren kat sini so tak payah nak risau sangat la hehe..


BERSAMBUNG


3 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah...perjalanan yang dipermudahkanNya...

zino said...

terima kasih kak cik nur

Anonymous said...

Assalam...terima kasih menyertai program feb 2017 itu...april 2018 akan di adakan lagi kayuhan seperti ini.kayuhan bermula di Dannok akan ke Songkhla..Bermalam di Songkhla dan keesokan kayuh pulang ke Dannok dan bersurai...rujuk FB Bikeridesadao songkhla atau fb page Discover Songkhla Ride 2018..byk tempat menarik di wilayah Songkhla.