Monday, November 13, 2017

Fun Ride Tangkak 7.0

Assalamualaikum...

Alhamdulilah.. 

sekali lagi dapat bersama kawan kawan utk menyertai kayuhan Kali ini kayuhan Tangkak 7.0 . Penyertaan abah pun di saat2 akhir kerana tak register sebelum ni. itu pun Fadli kata ada no plate extra utk abah.. Program kayuhan Tangkak ni merupakan kayuhan tahunan dan ini kali ke tujuh.. melibatkan dua kategori 30km dan 84km.. tentu lah abah pilih yg dekat.. hehe..

8
dari homestay kami kayuh je ke dataran tempat bermula kayuhan. lepas register dan dapatkan no plate kami cari kedai utk bersarapan dulu. sebelum kayuh kena lah sarapan terutama yg nak kayuh jauh.. 

selfie sebelum kayuh tu penting.. bila dah start kayuh nanti dah tak jumpa dah hehe masing masing berdesup ke depan.. tambahan kali ni kayuh dengan kategori berbeza abah 30km yg lain kayuh 84 km. dia  orang start 1/ jam awal.. baru yg 30km di lepaskan. so nampak gaya nya abah kayuh sorang je lah ni... alah biasa pun sorang juga.. hehe.. nak kayuh 84 belum berani lagi... 

ini sebahagian kawan2 yg akan berkayuh 84km.. semua ni power ranjers.. kayuh pun laju .. av. 50km/ hr.. bedebut kata orang tu.. 

dah tinggal sorang tu kita selfie dulu.. perasan tak menara jam tu ? banyak tempat yg guna design menara jam yg sama.. kat mana2 dataran pun ada menara seumpana ni.. copy paste ke? 


bukan la abah sorang yg kayuh 30km ni ada ramai kat belakang tu... mungkin 3 kali ganda lebih ramai dari yg kayuh 84 tadi. kayuh 84 tu kira group elit la hehe.. yg lain semua berlonggok kat sini.. 

kat depan tu pun ramai.. abah follow je.. ramai kawan baru kat sini.. kena ringan mulut la bertegur sapa.. semua mereka ni sangat spotting.. yg sombong tak boleh kayuh beskal hehe.. ada masa kita perlukan bantuan kawan rider yg lain atau kita beri bantuan kepada mereka yg perlukan bantuan....



ini dah sampai water station.. kira nya tempat berehat sekejap la.. ada minum ada pisang dan yg best tu cendol pun ada.. 

memang tepat la abah pilih utk berkayuh 30km je. tak ada lah seteruk yg berkayuh 84km.. katanya mereka berjumpa gunung ganang silih berganti... hehe kesian .. tapi yg gagah tu selamba je kayuh .. yg tak kuat tu berungut sepanjang jalan hehe
masih di water station.. minum sikit je.. banyak2 kang tak larat nak kayuh dah..berehat sekejap lepas tu sambung kayuh.

dah tamat... teringat mula2 join program kayuh dulu nak habis kan 10km pun perit.. hehe.. sekarang dah mampu habiskan 30km. biasa nya pingat di serah kat garisan penamat bawah gerbang tu.. tapi kat sini pingat kena ambil di bawah kemah nun.. 


bertambah koleksi medal. ini medal terakhir kot utk tahun ni.. koleksi tahun ni merosot sikit berbanding tahun lepas.. kurang sikit join program kayuh ni.. 

lepas kayuh pi mana pulak?  
kami tak guna pun baucer makanan 5 inggit yg di berikan.. masing masing pakat nak makan mee bandung muar .. so kami pun berkonvoi ke muar .. Tangkak Muar tak jauh pun 

mee bandung central ni memang terbaik.. dah beberapa kali makan kat sini bila2 datang ke Muar.. Tahun lepas kan kakak di Manipal Muar ni.. Kalau nak tau mee bandung Muar ni tak jauh dari sekolah sain muar.. sekolah along dulu. 
lepas makan masing2 ikut haluan yg berbeza.. abah dan Ezuan meneruskan perjalanan ke Melaka ikut lebuhraya AMJ

sebelum tu singgah dulu di Masjid Selat Pulau Melaka ni utk solat.. biasanya bila datang sini tak ramai orang.. tapi kali ni macam ada aktiviti yg berlangsung di sini. ramai murid sekolah ada jualan dan macam2.. kabarnya ada perhimpunan jamaah haji 2017 yg lalu.

masjid ni unik.. mesti nak selfi..

seolah2 terapong kan.. 

i like

minerat..

lagi pandangan masjid..

selesai urusan di masjid singgah pulak di pantai Klebang.. tanah di Klebang ni dah semakin luas.. kalau dulu jalan Klebang ni betul2 di gigi air.. sekarang laut nun jauh di sana.. projek tambakkan laut telah berjaya menambah keluasan tanah di Klebang.. Bangunan mula di dirikan.. bila siap sepenuh nya nanti Klebang bakal menjadi sebuah bandar baru. 

bermacam xtiviti berlaku di sini. rasanya kalau datang malam pun meriah kot. banyak food truck menjual pelbagai juadah.. 

kami datang nak cari coconut shake je.. membasahkan tekak katanya... ada lagi satu misi tapi kami tangguhkan . masuk semula ke hiway di simpang ampat dan terus balik KL. 

....SEKIAN....

ini gambar terkini dari juruphoto yg di lantik pihak penganjur.. di petik dari fb MD Tangkak.. tq


.



terima kasih

No comments: