Monday, November 13, 2017

Jalan jalan ke Trengganu kita episod akhir

Assalamualaikum...

Ok nak sambung cerita ... episod dua dan akhir... alaaa pendek je..  ya pendek sebab berjalan nya pun sekejap hehe...

esoknya pagi2 kami kluar ambik angin kat RIVER SIDE dekat je dari hotel menginap... jalan kaki je..


ini no bertuah bilik yg kami tempah
..
menghirup udara pagi katanya..

mata kecik.. mengantuk lagi ke tu hehe.. seronok berjalan2 bila ada lanskap menarik di sepanjang jalan.. berkilo2 meter pun sanggup...

parit besar seberang sana dah sungai dah..

mengabadikan cinta di bumi Kuala Trengganu katanya.. hehe

pemandangan yg menyejukkan mata di pagi hari.. 

agaknya apa lah yg dua orang ni bincangkan.. macam pakat2 pulak pakai baju merah.. spiderman ajak selfie kot.. kok ia pun turun la ke tanah.. hehe

kat KT pun ada O Bike ? tapi kenapa signage tu ada tulis Kuala Lumpur.. gunasama ke ? 

cinatown katanya..

mem kata abah ni asyik nak ambik gambar je.. nak buat cam mana kan dah jadi hobby .. layan je lah.. hehe


balik dari bercanda di tepi sungai tengok2 kat kereta dah ada hadiah MBKT bagi.. wah awal nya mulakan tugas.. baru 8.00 pagi bang..  tapi tak pe kita beri tepukan gemuruh kepada pegawai bertugas.. CEPAT CEKAP PEKA BERDIDIKASI .. yg best tu kat notis kompaun tu ada di tulis 3 tempuh bayaran dengan kadar yg berbeza.. bayar awal 1 3 hari cuma 5.00 inggit 4 7 hari 10.00 inggit lepas 7 hari jadi 40 inggit.. pilih bila nak bayar.. 

agenda pertama pagi tu sarapan di rumah mama.. daerah mana lupa pulak tapi on the way dalam perjalanan balik. sebenar nya tak terbaca mesej yg Farhan hantar.. mama dah sediakan sarapan awal.. bila Farhan call baru perasan.. Terima kasih mama sediakan breakfast yg enak utk kami. Che Da pun ada utk bersarapan sama. insyaallah lain kali kami singgah lagi .

sempat bergambar depan rumah mama.. alamak plastik apa yg mem pegang tu.. hehe..


selfie lagi sebelum berpisah..lawa t shirt Farhan hehe.  saya akan bergerak menuju KERTIH ezuan katanya masih nak ronda2 di KT.. sebelum ke Kuantan . Terima kasih daun keladi di lain kesempatan kita jumpa lagi.

Kertih tu nak jumpa siapa? 

Setiap kali bila balik dari Trengganu mesti nak singgah KERTIH rumah MAKLANG.. kali pertama singgah dulu satu famili balik dari Kota Bahru selepas majlis kenduri kawin Angah. Lepas tu bila ke Trengganu balik singgah lagi. dan ini kali ke empat kami singgah tanpa segan silu.. hehe.. 

terima kasih banyak2 Paklang dan Maklang yg masih sudi menerima kunjungan ke empat kami. hehe.. makanan pun enak.. alhamdulilah.

lepas tu kemana pulak..



Dari Kertih kami meneruskan perjalanan ke KEMAMAN. ok sebelum tu si Mariam anak sedara abah ni kata dia ada di Kemaman rumah abang dia Muhammad . balik nanti pakngah singgah la..

Pendekkan cerita sampai la ke rumah Muhammad .. ini firstime singgah rumah dia.. anak buah yg lama menghilang diri.. terima kasih Facebook yg temukan abah dengan Mariam beberapa tahun lepas.. sehingga siratulrahim erat semula... ehh panjang cerita ni kalau nak di ceritakan.. hehe

oops sebelum terlupa bila masuk kawasan perumahan ni terus teringat ehh dulu kan dah pernah masuk sini . rumah   FA Atip.. tanya Muhammad kenal ke Pak Atip.. jiran sesurau katanya.. hantar juga mesej kot2 ada rezeki nak jumpa sekejap.. tapi tak ada rezeki..

lepas tu kami teruskan perjalanan pulang .. nak singgah kuantan tak jadi dah lewat. mesej kat Zetty abah tak jadi singgah nak terus balik... singgah RnR dua kali.. satu Temerloh satu Genting sempah.. sekejap nak gerak dari Genting Sempah tetiba Ezuan muncul... ehh kata nak tidu kuantan hehe.. ??


SEKIAN .. 
.

No comments: