Tuesday, February 21, 2017

kayuhan rentas sempadan Malaysia Thailand episod 2

assalamualaikum....

Pada sebelah mlm kami di rai oleh majlis bandaran Sadao. kami di angkut menggunakan bebeapa buah bas .. bukan mudah nak uruskan 400 orang serentak. Sadao terletak kira2 14km dari Dannok. lama juga la rasa nya duduk dlm bas tu.. bila naik bas tu teringat bas di zaman 70 an dulu.. bas guna kipas.. klasik..

Tuan rumah sediakan kemah besar dan kerusi meja tempat kami semua dinner. sebelah kemah ada pentas dan di sebelah sana kemah VIP.. depan pentas di susun banyak kerusi utk orang awam . menyaksikan persembahan. malam tu kami di jamu dengan pelbagai hidangan dan persembahan kebudayaan di pentas. ada yg boleh di tuntun ada yg kena tutup mata.. hehe..

persembahan berlarutan sampai pukul 11 mlm tapi kami tak tunggu sampai habis.. takut banyak lagi kejutan yg muncul hehe... tengok2 bas dah penuh tapi kami di nasihatkan naik juga bas yg dah penuh tu. apa lagi mcm sardin lah jadi nya. yg penting kami selamat sampai ke Dannok.

esok nya jam 8.00 waktu Thai kami dah bersedia utk meneruskan kayuhan ke Sadao. kata nya tak jauh dalam 14 km je tapi laluan nya sangat mencabar jiwa raga (abah je kot) jalan beralun macam ombak mendaki dan menurun silih berganti.. nasib baik ramai juga yg kayuh perlahan .. akhirnya sampai juga ke Sadao. Sarapan di sediakan utk kami... roti telor kaya dengan necsafee..

sambutan tidak berakhir di situ... mereka telah aturkan beberapa perlawanan persahabatan  antara Thailand dan Malaysia .. wakil Malaysia terdiri dari kakitangan UUM . bola sepak futsall dan takraw manakala tarik tali di sertai pengayuh yg gagah perkasa hehe.. yg best nya bola sepak main kol 11.00 pagi tengah panas terik.. semua game Malaysia mampu jadi naib juara je hehe

selesai game baru lah penyampaian medal dan kayuhan kami balik ke UUM .. ini merupakan medal pertama tahun ini.. dan medal antarabangsa . perjalanan balik sekali lagi kami menempuhi cabaran yg getir kayuh tengah panas terik dan jalan yg berbukit2.. yg laju jalan dulu yg lain follow.. walaupun perlahan akhir nya sampai juga ke UUM.. ezuan offer nak jemput abah.. maklum la dia dah sampai dulu.. tapi biar abah test dulu kalau tak larat abah call la.. hehe.. alhamdulilah sampai juga ke garisan akhir..

siap2 mandi dulu di UUM sebelum bergerak keluar.. distinasi seterusnya Sg Petani. ada yg tanya kenapa tak ke Penang.. sebenar nya ada urusan di sana... lagi pun nak masuk Penang takut sesak.. maklum lah hujung minggu.. 


jom tengok gambar..



Ready utk ke Sadao


Kipas zaman bila ni.. masih guna kipas.. 
bila berdiri kat situ sangkut kepala


meriah macam pegi kenduri kawin pulak. hehe


yg control PA sistem pun di kemah yg sama..


nun kat atas pentas sana persembahan di jalankan utk menghibur tetamu.. kami la tu. ada dua orang MC bertugas bukan yg dua orang tu.. seorang lelaki dan seorang perempuan. yg lelaki tu cakap siam yg pempuan cakap broken melayu cikgu sekolah mana tah.. bertudung.. .. hehe boleh di maafkan asal faham sikit2 apa yg dia sebut.. persembahan pulak ada yg panas ada yg sejuk ada yg tutup mata kot tengok.. ker makin cerah.. hehe


buah2an yg di gaul dengan apa tah...


hidangan makan malam.. datang satu satu.. memula buah2an ni.. 


kemudian sup cendawan


datang pulak fishball dan beberapa pinggan lagi last baru datang nasi.. perut pun hongeh..


la nak post gambar MC keluar yg ni juga hehe


bersiap utk meneruskan kayuhan ke Sadau..


Saja nak tunjuk hotel tempat menginap


Selfie lagi..


Alhamdulilah dah sampai Sadau.. dalam perjalanan tak sempat nak ambik gambar letih melayan bukit bukau hehe


satu lagi kenang2an 


breakfast di Sadao.. memula terfikir juga apa yg di bungkus tu hehe


roti canai telo dengan kaya kot nama dia.. manis 


sambutan di Stadium ni.. ada nama tertulis tu 
boleh baca sendiri hehe


sebahagian dari basikal peserta kayuhan dari Malaysia


penonton setia menyaksikan perlawanan bola sepak  antara bangsa antara Malaysia dan Thailand.


Program VIP dulu..


VIP bergambar dulu,,


acara kemuncak.. tarik tali hehe


lunch


ready utk kayuhan balik... metahari sedang mencarak..


Dah sampai Malaysia


kayuhan menuju UUM


Alhamdulilah sampai ke UUM tanpa bantuan.. 


TAMAT

Monday, February 20, 2017

kayuhan rentas sempadan.. malaysia thailand

assalamualaikum...

rasa bertuah dapat menyertai kayuhan rentas sempadan dari Malaysia ke Thailand.. ini bukan lah kayuhan yg pertama kali di lakukan hehe.. sejak berzaman dulu perkara ini telah di lakukan.. setiap hari pun ada yg berkayuh rentas sempadan ni.. tak jauh mana pun hehe... tapi ia nya menjadi kenangan indah kerana ianya program resmi melibatkan kerjasama kedua negara.. terutama majlis bandaran Sadao dan UUM .


bila Ezuan pelawa abah utk sertai program kayuhan ini abah tak tunggu lama utk bersetuju. bila lagi nak berkayuh di negara orang. nak sertai mereka touring kesana belum cukup kekuatan mental utk berkayuh setiap hari.


majlis taklimat kepada peserta malaysia yg menyertai kayuhan ini nanti.. saya di fahamkan peserta datang dari seluruh malaysia sehingga ke Muar.. wow hebat2 mereka semua ni.. 

wakaf worrior kedah yg di pertanggung jawabkan menjadi marshall sepanjang kayuhan masuk ke negara jiran nanti. di maklumkan anggaran 1300 peserta kayuhan dari Thailand akan sampai ke UUM berkayuh dari Sadao.. wow ramai tu.. mereka juga terdiri dari peserta seluruh thailand.. 


ini lah deretan moto mashall dari Thailand yg mengiringi peserta2 kayuhan dari sana. aspek keselamatan di beri keutamaan. cuma masaalah sikit nak berbual dengan mereka ni ada lah isu bahasa.. rupa paras sama je antara kita dengan mereka ni. 


ratusan basikal di letakkan di tengah padang kawat yg luas. nasib baik UUM ni mempunyai padang kawat pelapes yg luas yg boleh memuatkan beribu2 buah basikal jika perlu.


barisan peserta dan mashall dari Thailand beratur utk menyambut tetamu VIP Malaysia yg bakal meresmikan program kayuhan ini. nanti sebelah petang baru lah beramai2 kayuhan dari UUM ke Dannok Thailand. mereka kayuh balik kami kayuh utk datang kesana


sukan berbasikal ini semakin popular dan menarik minat semua golongan masyarakat . yg muda yg berumur lelaki perempuan dewasa kanak semua suka berkayuh. yg kuat berkayuh laju yg tak berapa kuat kayuh ikut rentak masing2.. yg bertenaga akan menyertai jamboree menguji kekuatan fisikal dan mental.. yg berkayuh kerana beriadah sertai program santai saperti fun ride dan sebagainya. yg penting berkayuh utk sihat insyaallah.


ambil semangat bersama ribuan peserta kayuhan dari seberang. kami dari malaysia ada lebih kurang 400 peserta.


Thailand menyediakan pelbagai program utk menarik pelancong malaysia masuk kesana.. kalau ada yg rajin mengkaji sejarah Dannok itu sendiri asal nya sebahagian dari kedah.. bermakna hubungan sejarah penduduk kedua sempadan telah sekian lama terjalin.


ini sebahagian peserta malaysia yg sebahagian nya terdiri dari student UUM.. ada juga student UUM ni berasal dari Dannok.


masing masing mengadap kamera nun di atas krin hijau tu utk merakam gambar beramai.. masuk tv ke? hehe



kat atas ni kameraman merakam semua aktiviti yg berlangsung di bawah.. pengacara majlis pun tidak berhenti2 memberi penjelasan kepada peserta yg ramai .. tapi dia cakap thailand maka dengaq je lah tak faham dia sebut apa hehe sesekali ada lah tranlation nya hehe


nampak tak yg mana basikal abah.. hehe


ambil peluang bergambar 


ok ini di pintu masuk UUM sempat selfie tu sebelum memulakan kayuhan. jarak kayuhan tidak menjadi masaalah tetapi masa kayuhan merupakan satu cabaran buat abah.. mana tak nya kayuhan bermula jam 2.00 petang . matahari masih tegak di atas kepala. tambahan sekarang ni musim panas di kawasan utara. 


laluan menuju kayu hitam ni tidak kurang cabaran nya berbukit bukit.. bak kata rider macam dragon back.. turun naik . cekal tabah dan sabar.. kayuh je pelan pelan. singgah berselfie jap..


dah dekat dah ni... last datang bukit kayu hitam ni mungkin 30 tahun dulu.. masa tu dengan kereta la.. tak sangka datang kali ni bawa gerek je.. 


alhamdulilah masuk juga akhirnya ke sempadan thailand.. merasa juga lah berkayuh merentas sempadan. bila berkayuh dalam program resmi ni urusan imigration mereka dah atur awal2.. semua pasport peserta malaysia di serah kepada pihak urusetia .mereka akan berurusan dengan pihak kedua2 imigration.. kami ni kayuh lalu je.  tak perlu berenti senyum je kat petugas yg sedia menunggu.. hehe


nah... kami berada di bumi thailand.. utk abah ini firstime berkayuh ke sini utk ezuan dah berkali2.. hehe yg kelakar abah tak tau pun ini lah pekan Dannok.. ingatkan jauh lagi nak sampai Dannok .. kisah ini ada dalan  "drama hari ni" 


bermalam di Dannok bersama basikal2 sekali sebelum sambung kayuhan esok ke Sadao.. semua di nasihatkan jaga basikal masing2.. dan bawa naik ke bilik.. merasa lah basikal tu tidu dlm ekon hehe


kat sebelah hotel menginap ni ada banyak gerai rata2 rakyat thailand muslim yg berniaga so boleh la makan tampa ragu ragu.. sedap pulak tu..


orang lain dah lama merasa makanan di sini buat abah ini yg pertama kali.. maklum la baru firstime masuk sini.. ada juga yg berpesan berhati2 bila masuk Dannok.. hehe 


gerai tepi jalan tu mcm gerai2 tepi jalan kat malaysia je..


my friend pun ada restoren kat sini so tak payah nak risau sangat la hehe..


BERSAMBUNG