Saturday, January 13, 2018

salji turun di Rembau ???


ini kisah salji yg di viralkan 


dan ini gambar asal mem di ambil di Iceland baru baru ni...

mula mula nampak cerita pasal salji tu dari posting dalam fb menunjukkan dua lokasi di NS konon2 nya turun salji.. kena pulak sekarang ni cuaca agak sejuk. macam2 idea yg  kluar hehe.. so memang tak ambik kisah sangat la... itu semua jenaka musim sejuk.. siapa yg mulakan tak tau la.. benda tu cepat je merebak 

kemudian ternampak pulak  satu kisah salji yg turun kat kg kaklong pos dalam whatapps group famili.. dapat kat mana tak tau la.. dia hanya sebut pasal kisah salji kat kampong hehe tapi tak perasan pasal gambar sebelah sesaorang berdiri di kelilingi salji. gambar tu saja nak menguatkan berita yg konon nya dari HARIAN METRO .. hehe dan bila abah tengok ehh itu gambar mem sapo pulak punyo kojo tu.. hehe...  

cepat cepat abah buat satu posting berkaitan gambar.. nak tau siapa yg buat cerita dan letak gambar mem situ hehe.. bermacam2 komen abah dapat tapi tak ada pulak yg muncul mengaku itu hasil kreativiti dia ... lepas tu satu satu maklumat abah terima benda tu dah viral dalam banyak group whatapps .. termasuk group geng sekolah abah... amboi cepat nya benda ni merebak... kemudian terima pulak makkuman ianya juga telah di viralkan  dalam facebook dan di share.. 

berita yg di tulis menjadi lebih menyakinkan bila ada gambar salji... yang tak kenal tak kisah pun siapa dalam gambar tu hanya yg kenal akan tersenyum sendiri. dan mereka pun tau gambar asal tu di ambil bila dan di mana.. agaknya joke ni tersebar luas di NS .. dan yg pelik nya ada pulak yg percaya. ini kelakar ada kawan abah bagi tau ada yg sampai call kawan di kampong bertanya betul ko ado salji kek kampong... hahaha

perasan tak... ? bagaimana satu satu cerita atau isu menjadi bagitu cepat tersebar dan viral di media sosial? mereka tak kisah pun sama ada berita itu benar atau salah.. yg penting sebarkan dulu. masing masing nak menjadi orang pertama yg menyebarkan nya.. seronok kot dapat share berita sensasi ni. betul atau salah menjadi perkara no dua atau tiga.. sejak kebelakangan ni terlalu banyak fitnah yg di tulis dengan bagitu tersusun dan menyakinkan di selitkan pulak dengan gambar gambar disebarkan menjadi satu berita "benar" yg di percayai umum.. dengan tujuan tertentu.. fitnah2 ini juga tersebar luas.. sehingga sukar utk menidakkan kebenaran nya.. yg penting matlamat utk menjatuhkan utk mengaibkan utk memburuk2kan sesaorang tercapai. akhirnya ada insan insan yg terinyanya.. dan menjadi korban. yg fitnah di anggap benar yg benar tidak di percayai lagi... 

dalang yg suka mencipta fitnah dan mereka yg suka menyebarkan nya insaf lah bertaubat lah sudah2 lah tu dan ingat lah jika pun anda terlepas di dunia ini pasti nya anda tidak terlepas di akhirat nanti. itu janji Allah.. SEJARAH KEAGONGAN PEMERINTAHAN ISLAM SELAMA 500 TAHUN MUSNAH AKIBAT GEJALA FITNAH . SATU DEMI SATU NEGARA ISLAM BERGOLAK DAN HANCUR SEKARANG JUGA AKIBAT FITNAH FITNAH YG DI CIPTA OLEH MUSUH ISLAM SI SEBARKAN SECARA SISTEMATIK  DAN TERSUSUN DALAM MEDIA SOSIAL SEHINGGA RAKYAT SENDIRI TERPENGARUH DAN BANGKIT MEMBERONTAK.. HASILNYA ANDA BOLEH NILAI SENDIRI.

so dalam kes abah ni abah nak buat apa ? abah tak akan buat apa apa pun ini cuma satu gurauan musim sejuk.. hehe dan rasa2nya abah dah kenal pasti siapa yg memulahan nya.. terima kasih je lah tolong viralkan mem kita hehe.. 

SEKIAN

Friday, January 12, 2018

mandi air perigi....

assalamualaikum..

siapa ada pengalaman mandi air perigi? 


masa tu gelap2 lagi mak dah kejutkan kami adik beradik supaya cepat cepat bangun dan pergi mandi... zaman tu nak mandi merupakan satu cabaran besar. tapi kami tak pernah merungut.. itu lah satu2 pilihan yg ada.. berbekalkan pelita dan lampu suluh kami ke perigi.

perigi bukan terletak di sebelah rumah atau di belakang rumah... kami kena berjalan jauh kira kira 200 meter melintasi beberapa rumah jiran (sedara mara) kemudian lorong kecil di tepi sawah padi . perigi nun terletak di hujung sana yg hanya di pasang dinding di laluan masuk ke perigi sahaja. pintu perigi pun tidak berselak hanya perlu di angkat dan di rapatkan. kawasan yg menghala ke sawah tidak di hadang , terbentang luas seluas2nya.. tapi tak ada siapa yg nak meninjau dari sana. kalau ada pun sama2 nampak hehe.. manakala di sebelah atas nya juga tidak berdinding tetapi di penuhi semak samun.. sapa yg berani dkodeng dalam semak tu kira bonus la.. hehe.. pernah juga dengan cerita kecik2 dulu ada yg mengadu kena intai ..hehe

nak sampai ke perigi itu juga merupakan satu cabaran.... tambahan lagi bila berjalan di lorong kecik yg penuh rumput dan pokok2 kecil di kiri kanan laluan. sambil berjalan sambil menyuluh dengan touch light  tempat yg hendak di pijak.. yg paling di takuti semut kepala besar hitam yg kuat menggigit tu. dulu kami panggil kelingtiak.. entah apa nama sebenarnya semut ni kalau menggigit melekat kepala dia kat kaki... sakit dan gatal...mau terjerit2 dan terlompat2 di buat nya... 

bila sampai ke perigi dan terus boleh mandi itu dah kira bernasib baik. tapi selalu nya bila sampai hampir ke perigi dah ada sedara lain yg sampai lebih awal..sama ada lelaki dan perempuan sedang menunggu giliran utk masuk ke perigi.. melanguk la kat luar tu sementara menunggu turn utk mandi.. jadi umpan nyamuk la jawabnya. sebijik macam cerita P Ramlee hehe.. kalau kena sorang sedara ni yg mandi berjam2.. alamat lama lah menunggu.. 

bila tiba turn kami .. kami masuk beramai2 hehe.. masing2 ada kain basahan.. tak ada masa nak malu2... yg kecik tu selamba je berbogel.. hehe.. air perigi tu jernih tapi sejuk mencengkam jiwa... selamba je masing2 menyiram gedebak gedebuk.. sampai melonda2 air kata orang tu.. mandi sepuas2nya walau pun tergigil2 kesejukan... semua sihat semua segar.. tak ada pun yg bersin sebab sejuk... semua tahan lasak.. hehe

bila mandi sorang2 kena buat bising sebagai isyarat kepada yg datang nak mandi . itu yg mandi gedebak gedebuk tu biar orang kat luar tau kat dalam ada orang.. atau mandi sambil menyanyi2.. kalau senyap je.. ada kemungkinan nanti terserempat dengan orang tengah bersiram kat dalam tu hehe.. kalau dia tak perasan cepat2 lah beredar.. kalau dia perasan sama2 la terjerit.. perigi tu tak ada utk male and female... faham kan hehe perigi unisex utk semua  hehe..

pergi mandi gelap2 tu tak takut ke ? ehh nak takut apa ? hantu? entah2  takut hantu yg takut dengan kami masa tu.. hehe.. 

SEKIAN 

 




Sunday, January 7, 2018

PERLAWANAN YANG TELAH "DITENTUKAN" PEMENANGNYA..

Assalamualaikum...

Perlawanan yang telah di tentukan pemenang nya ?? pelik benar bunyinya, kalau dah di tentukan kan tak payah lah berkojar lolah ateh padang tu lae.. terus yo lah istiharkan pemonang tu kek topi padang.. tak ado lah peminat tepokek pokek memberi sokongan kepado pasukan yg mereko sokong.. buek ponek yo.. 

ni apo cerito ni tetibo yo kluar tajuk perlawanan yg telah di tentukan pemenangnya ni.. sebenar nya abah terbaco satu berito di portal BH ni pengurus dan jurulatih di tahan kerana di syakki terlibat dalam mengatur perlawanan supaya pasukan mereka KALAH dalam perlawanan tersebut.. kan polik tu ?? 

Yang abah tau la ( macam mana tak minat pasal bola nak cerito pasal bola ni ?).. sepatutnya tugas pengurus dan jurulatih ada lah utk melatih pasukkan nya sebaik mungkin supaya boleh memenangi satu2 perlawanan.. dan akhirnya menjuarai satu2 pertandingan. agak e dia beritau pemain, "ekau  jang, jangan main betul2 yo, main2 yo lah ateh padang tu.. tapi pandai2 la belakon nampak macam main betul2.. abih tu penonton yg bersorak menyokong tu semua kono tipu bulat2.. kesian.

ehh ontah la poning den.. peminat bola mungkin boleh tau satu2 perlawanan tu betul2 belawan atau belakon yo berlawan..  hehe cerito ni abah dapek kek senia.. portal berita harian 7hb Jan.2018. KLIK SINI  pengurus-bola-sepak-ditahan-sprm

macam macam kan? 


Friday, January 5, 2018

KES PENIPUAN AGEN PELANCONGAN ?

Assalamualaikum..

Baru baru ni kecoh kes penipuan agen pelancongan atau wakil agen pelancongan yang menipu  mangsa menyebabkan mangsa hampir tersadai di negara orang.. susah juga macam ni.. Kes penipuan seumpama ini bukan kali pertama berlaku dah galak kali di lapur kan.. tapi penipuan masih juga berlaku. masih ramai yg menjadi mangsa. dan yg paling sadis agen pelancongan yg menguruskan umrah pun ada yg menipu.. ini saya petik dari satu lapuran dari berita harian bertarikh 5hb Jan.2018.

"Sejumlah RM515,825 kerugian dicatat membabitkan 22 kes penipuan pakej umrah di seluruh negara dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pegawai Turus Siasatan Kes Fail/Soal Siasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Deputi Superintendan Azhar Ahmad, berkata tiga modus operandi dikenal pasti digunakan untuk menipu mangsa.
"Pertama pakej umrah ditawarkan oleh individu persendirian yang mendakwa mampu menguruskan segala hal ehwal berkenaan ibadat umrah, namun apabila bayaran dibuat, dia menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.
"Kedua, pakej ditawarkan syarikat pelancongan, namun selepas bayaran dibuat pelbagai alasan diberikan manakala pakej dijanjikan tiada.
"Ketiga, pakej ditawarkan individu yang mendakwa wakil syarikat pengendali umrah terkemuka, tetapi apabila selesai bayaran didapati individu itu bukan wakil syarikat terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah Program Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan kepada orang awam peringkat negeri di Gong Kemuntong, di sini, hari ini."
berita penuh di sini.. KLIK SINI
Kepada kawan kawan yg ingin melancong berhati2 lah memilih agen yg boleh di percayai. Dalam FB tu setiap hari ada je agen pelancongan yg menawarkan pelbagai pakej lalu lalang di wall.. Tapi macam mana kita nak tau yg mana jujur dan ikhlas dan yg mana penyangak.. 
Alhamdulilah kawan yg abah ikut pergi melancong sebelum ni sangat sangat boleh di percayai.. dan bila ada peluang lagi di masa depan abah tidak ragu2 utk bersama mereka lagi.. sediakan je RM yg mencukupi hehe.. Kalau ikutkan hati semua tempat nak melancong tapi mana nak cekau RM utk tampung semua kos tu? hehe Kalau ada yg nak ikut abah boleh je jom.. hehe 
Semua kisah pelancongan abah sebelum ni semua tercatit di sini, boleh je cari antara nya ke Bandung, Bukit Tinggi , Vietnam, Bali, Turki dan yang terkini ke ICELAND dan UK. itu tak termasuk ke Langkawi, KK , Penang , melaka ,JB , Trengganu, Singapore dll. 
Melancong bukan kerana kita membanggakan negara orang tapi utk membuka minda kita utk menjadi insan yg lebih baik melalui pengalaman yg kita dapat semasa berada di negara orang. Hujan emas di negara orang dan hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri. ini tidak dapat di nafikan.. 



kalau ada yg nak ikut abah melancong boleh email abah di zino2020@gmail.com tapi abah bukan agen pelancongan ya.. hehe
SEKIAN




Thursday, January 4, 2018

LALUAN KHAS BASIKAL


assalamualaikum...

Semalam bila kluar bersarapan di pusat penjaja jalan Cenderasari perasan ada garisan biru di cat di atas jalan raya sedia ada di sebelah kiri. Sekali pandang boleh perasan cat biru itu untuk menandakan satu laluan utk penunggang basikal. Ianya bukan lah satu lane khas tapi berkongsi dengan laluan kenderaan lain . Sekurang2 nya untk memberitau pengguna kenderaan lain sila berhari2 dan beri laluan kepada penunggang basikal.

Laluan basikal ini pertama kali abah tengok semasa lawatan ke Eropah pada tahun 2011 dulu lagi. Makna nya di negara maju laluan seumpama ini  telah sekian lama di laksanakan. SYABAS KUALA LUMPUR  akhirnya apa yg di perjuangkan selama ini telah mula nampak di laksanakan. Dan abah harap laluan basikal ini akan dibuat ke atas lebih banyak jalan di KL ni. Katanya sedang di buat di Jalan Sultan Ismail.


Tapi tolong la sediakan satu master plan keutamaan jalan yg hendak di buat garisan ni dan SOP berkaitan  perlaksanaannya supaya kerja membuat garisan ni berterusan dan boleh di guna pakai. Jangan ulang kesilapan PBT lain yg telah melaksanakan nya tetapi saperti melepas batuk di tangga dan di tertawakan orang ramai.. asal buat sudah..

cuma yg muskil sikit kenapa kaler biru ? ada peruntukan undang2 ke mesti biru? dah buat kajian ke kalau sebelah malam boleh nampak ke garisan biru ni ? selamat ke utk pengguna basikal ? program kesedaran dan pemberitahuan kepada semua pengguna jalan raya akan ujud nya laluan ini merupakan satu cabaran besar dan selalu terlepas pandang. Nanti bila orang ramai mula pertikaikan kita tak boleh nak pertahankan dan akhirnya program di batalkan dan berkubur. ( merujuk kes2 lampau)  juga perlu di lakukan kan secara berterusan sapertimana di rancang dan boleh di pertahankan.


jangan buat macam ni.. laluan di buat tanpa perancangan tanpa SOP janji buat. Walaupun ini bukan di KL tapi kitapun pernah lalukan kesilapan yg sama. laluan basikal di buat supaya orang ramai dapat menggunakan nya dengan selesa dan selamat. dan bukan utk di tertawakan



ini contoh di KL semua pihak yg buat laluan ni tidak menjiwai keperluan sebenar OKU, Walaupun perkara ini telah menjadi syarat wajib kepada pemaju utk laksanakan di hadapan premis masing masing tapi lihat apa hasil nya.. Fikir2kan lah.. Kesian OKU terpaksa buat kona baring, sedangkan pejalan kaki lain boleh jalan menonong je.. DIMANA SILAP NYA KITA?? 



ini laluan basikal yg abah jumpa semasa lawatan ke Paris dulu. 

artikal berkaitan pernah di terbitkan dalam blog abah pada tahun 2011







Tuesday, January 2, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018..






ini adik di zaman kanak2 dulu hehe

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2018 , wah dua tahun lagi negara maju lah kita ya.. dan selamat kembali sibuk menguruskan anak anak ke sekolah.. anak anak sekarang mungkin tak saperti anak zaman dolu dolu.. Sekarang ni seawal 5 tahun anak anak telah di dedahkan dengan alam persekolahan dengan memasuki program pra sekolah di pelbagai jenis TADIKA yang ada di pasaran..  Jarang sangat la ada anak anak yg tidak melalui program pra sekolah ni. Malah di kampong2 pun ada tadika. malang sungguh anak2 yg tidak berpeluang melalui alam pra persekolahan dan tentu dia sukar bergaul dan bersaing dengan kanak2 lain.

Ada TADIKA yg di kendalikan badan2 kerajaan dan banyak juga TADIKA swasta dengan pelbagai nama dan kemudahan utk menarik minat ibubapa menghantar anak2 ke sekolah mereka. Yuran pembelajaran yang di kenakan setiap sekolah juga berbeza2.. Malah kementerian pendidikkan sendiripun ada juga menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah. Ke TADIKA mana anda menghantar anak anda sebelum masuk ke sekolah biasa??.. 

Tentulah kita mahukan yg terbaik untuk anak kita masing dan memilih tempat yg bersesuaian untuk mereka menimba ilmu dan membiasakan diri di alam persekolahan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar nanti. Antara kreteria pemilihan yg sepatutnya telah kita ambil kira sebelum membuat pilihan mungkin lah saperti berikut atau anda ada kaedah yg berbeza sebelum membuat keputusan. 

MATLAMAT UTAMA

Hanya kita yg tau apa maklamat yg hendak kita capai atau anak kita dapat apabila dia masuk kemana mana tadika pilihan kita nanti. Apakah hasil yg kita mahu mereka capai utk bekalan bila mereka apabila dewasa nanti. 

PEMIKIRAN DAN NILAI

Kanak kanak pada usia yg masih muda ini sangat mudah menerima apa saja yang di ajarkan kepada mereka. Dan kita sebagai ibubapa bertanggungjawab utk menentukan arah pemikiran dan nilai yang macam mana perlu di terapkan kepada anak2 yg masih muda ini. lain tadika lain kaedah dan konsep pembelajaran nya dan lain nilai yang di terapkan.

ISU PEMAKANAN

Bila dah kanak kanak tu mesti tak lari dengan isu makan dan pemakanan. Tentu kita mahu kan anak anak kita mendapat pemakanan yg seimbang dan berkhasiat ketika berada di sekolah. Tambahan lagi bila anak anak yg sangat memilih dan cerewet pasal makan ni banyak sangat pantang nya hehe.. ini macam kes anak abah dulu lah... 

PERGAULAN 

Kanak2 ini perlu di didik dari kecil batas pergaulan antara lelaki dan perempuan apabila mereka berada bersama rakan rakan sekolah yang lain. Adakah perkara2 ini di ambil berat pihak pengurusan sekolah supaya kanak ini belajar adab betul semasa bersama rakan rakan. Menjaga batas aurat dan sebagainya.

KONSEP PEMBELAJARAN

Ada yg kata masuk tadika ni masuk sekolah makan, atau masuk sekolah main. Ibubapa perlu tau apa kah konsep pembelajaran yg akan di sogokkan kepada anak anak kita nanti, berapa % bermain berapa % pulak belajar. Nama pun kanak2 kalau nak di tumpukan belajar 100 % pun tak boleh juga  . mereka akan cepat bosan sebab naluri kanak yg lincah dan aktif lebih cenderung bergerak kesana kemari tak boleh duduk diam hehe..

BILANGAN GURU 

Bila seorang guru perlu mengajar terlalu ramai murid dalam satu2 kelas, keberkesanan pembelajaran akan menurun. Mereka tentu sukar utk memberi tumpuan bila berdepan dengan seribu satu macam kerenah anak anak kecil ini. Maka nisbah guru dengan murid juga perlu kita ambil kira supaya tidak ada murid yg terabai atau keadaan menjadi di luar kawalan. Kanak kanak sekarang ni bukan nya takut dengan cikgu.. hehe 

TASKA YG SAH

Tadika ni tumbuh macam cendawan busut selepas hujan. Masing masing mendakwa tadika mereka ada lah yg terbaik dan harus menjadi pilihan ibubapa utk memastikan anak anak mendapat pendidikan pra sekolah yg moden dan terkini dan akan memudahkan  mereka bersaing apabila masuk ke alam persekolahan sebenar nanti. Dan penting utk kita semak berdaftar ke tadika tu ?? takut nanti ada ajaran songsang yg di terapkan tanpa kita sedar. 

LAIN LAIN KRETIRIA

Mungkin tuan puan ada kreteria tambahan sebelum membuat pilihan. Mungkin nak yg dekat dengan rumah, Mungkin nak tempat yg ada ramai kawan setaman yg belajar di tempat sama atau mungkin nak cari tadika elit.. bayar mahal pun tak kisah.. semua nya terpulang kepada kebijaksanaan  dan kebijaksinian anda sebagai ibu bapa... yang penting anak tak mengacau adik kecik kalau duduk kat rumah (ada juga guna alasan ni..hehe) 

SESAORANG YG BIJAK TENTU TELAH MEMBUAT PILIHAN YG BIJAK JUGA. 
SEKIAN.

NOTA
bahan rujukan Pakcik google...