Saturday, January 13, 2018

salji turun di Rembau ???


ini kisah salji yg di viralkan 


dan ini gambar asal mem di ambil di Iceland baru baru ni...

mula mula nampak cerita pasal salji tu dari posting dalam fb menunjukkan dua lokasi di NS konon2 nya turun salji.. kena pulak sekarang ni cuaca agak sejuk. macam2 idea yg  kluar hehe.. so memang tak ambik kisah sangat la... itu semua jenaka musim sejuk.. siapa yg mulakan tak tau la.. benda tu cepat je merebak 

kemudian ternampak pulak  satu kisah salji yg turun kat kg kaklong pos dalam whatapps group famili.. dapat kat mana tak tau la.. dia hanya sebut pasal kisah salji kat kampong hehe tapi tak perasan pasal gambar sebelah sesaorang berdiri di kelilingi salji. gambar tu saja nak menguatkan berita yg konon nya dari HARIAN METRO .. hehe dan bila abah tengok ehh itu gambar mem sapo pulak punyo kojo tu.. hehe...  

cepat cepat abah buat satu posting berkaitan gambar.. nak tau siapa yg buat cerita dan letak gambar mem situ hehe.. bermacam2 komen abah dapat tapi tak ada pulak yg muncul mengaku itu hasil kreativiti dia ... lepas tu satu satu maklumat abah terima benda tu dah viral dalam banyak group whatapps .. termasuk group geng sekolah abah... amboi cepat nya benda ni merebak... kemudian terima pulak makkuman ianya juga telah di viralkan  dalam facebook dan di share.. 

berita yg di tulis menjadi lebih menyakinkan bila ada gambar salji... yang tak kenal tak kisah pun siapa dalam gambar tu hanya yg kenal akan tersenyum sendiri. dan mereka pun tau gambar asal tu di ambil bila dan di mana.. agaknya joke ni tersebar luas di NS .. dan yg pelik nya ada pulak yg percaya. ini kelakar ada kawan abah bagi tau ada yg sampai call kawan di kampong bertanya betul ko ado salji kek kampong... hahaha

perasan tak... ? bagaimana satu satu cerita atau isu menjadi bagitu cepat tersebar dan viral di media sosial? mereka tak kisah pun sama ada berita itu benar atau salah.. yg penting sebarkan dulu. masing masing nak menjadi orang pertama yg menyebarkan nya.. seronok kot dapat share berita sensasi ni. betul atau salah menjadi perkara no dua atau tiga.. sejak kebelakangan ni terlalu banyak fitnah yg di tulis dengan bagitu tersusun dan menyakinkan di selitkan pulak dengan gambar gambar disebarkan menjadi satu berita "benar" yg di percayai umum.. dengan tujuan tertentu.. fitnah2 ini juga tersebar luas.. sehingga sukar utk menidakkan kebenaran nya.. yg penting matlamat utk menjatuhkan utk mengaibkan utk memburuk2kan sesaorang tercapai. akhirnya ada insan insan yg terinyanya.. dan menjadi korban. yg fitnah di anggap benar yg benar tidak di percayai lagi... 

dalang yg suka mencipta fitnah dan mereka yg suka menyebarkan nya insaf lah bertaubat lah sudah2 lah tu dan ingat lah jika pun anda terlepas di dunia ini pasti nya anda tidak terlepas di akhirat nanti. itu janji Allah.. SEJARAH KEAGONGAN PEMERINTAHAN ISLAM SELAMA 500 TAHUN MUSNAH AKIBAT GEJALA FITNAH . SATU DEMI SATU NEGARA ISLAM BERGOLAK DAN HANCUR SEKARANG JUGA AKIBAT FITNAH FITNAH YG DI CIPTA OLEH MUSUH ISLAM SI SEBARKAN SECARA SISTEMATIK  DAN TERSUSUN DALAM MEDIA SOSIAL SEHINGGA RAKYAT SENDIRI TERPENGARUH DAN BANGKIT MEMBERONTAK.. HASILNYA ANDA BOLEH NILAI SENDIRI.

so dalam kes abah ni abah nak buat apa ? abah tak akan buat apa apa pun ini cuma satu gurauan musim sejuk.. hehe dan rasa2nya abah dah kenal pasti siapa yg memulahan nya.. terima kasih je lah tolong viralkan mem kita hehe.. 

SEKIAN

16 comments:

aizamia 3 said...

Itulah abah.. sampai ke dalam group WA saya pun ada pasal ni..

zino said...

tersebar di seentero dunia dah aizamie3

m.u.l.a.n said...

penangan media sosial pantas sungguh ya abah.. tapi comel je mak posing tu sweet sangat walopon tau sejuk beku masa tu..

Kakcik Nur said...

Saya tak ada terima gambar ni di mana2 kecuali bila Abah letak di fb..😊

galaksi viral said...

Salam perkenalan. GV follow blog ni ya. Oh, salji turun kat negeri sembilan. Terbaru ada turun kat perak. Hihi. Cuaca semakin berubah sekarang ini. huhu. :)

Azian Elias said...

akibat media social lah ni.
mungkin jugak satu hari nanti salji di rembau.

Ahmad Huzaifah said...

Terima kasih atas perkongsian. Klu anda tak share, sy pon xtahu nak google info yg betul mcmn...

Anonymous said...

Ada kebenaran ke gunakan nama/Icon METRO untuk buat cerita ni dan edarkan melalui Whatsapp? Salah tahu dibawah Akta Maltimedia dan Akta Percetakan dan boleh kena saman ganti rugi nanti.��

Angah said...

wah..glamer la mem

zino said...

Mulan
terima kasih.. memang masa tu sejuk beku tapi bukan di rembau hehe

zino said...

Kakcik Nue

ada yg saya share dalam whatapps kawan2 sekolah kot.

zino said...

Galaksi Viral..
terima kasih sudi follow hehe.. salji dah merata turun di Malaysia hehe

zino said...

Azian
aminn senang nak bercuti tak payah pegi jauh2 balik kampong dah ada salji hehe

zino said...

Ahmad Zihaifah

terima kasih sudi singgah di blog saya hehe

zino said...

anon..
itu kena tanya si penulis dan saya bukan yg menulis nya saya hanya nak membetulkan fakta bila gambar itu terlibat hehe

zino said...

angah
itu la kan hehe