Thursday, January 4, 2018

LALUAN KHAS BASIKAL


assalamualaikum...

Semalam bila kluar bersarapan di pusat penjaja jalan Cenderasari perasan ada garisan biru di cat di atas jalan raya sedia ada di sebelah kiri. Sekali pandang boleh perasan cat biru itu untuk menandakan satu laluan utk penunggang basikal. Ianya bukan lah satu lane khas tapi berkongsi dengan laluan kenderaan lain . Sekurang2 nya untk memberitau pengguna kenderaan lain sila berhari2 dan beri laluan kepada penunggang basikal.

Laluan basikal ini pertama kali abah tengok semasa lawatan ke Eropah pada tahun 2011 dulu lagi. Makna nya di negara maju laluan seumpama ini  telah sekian lama di laksanakan. SYABAS KUALA LUMPUR  akhirnya apa yg di perjuangkan selama ini telah mula nampak di laksanakan. Dan abah harap laluan basikal ini akan dibuat ke atas lebih banyak jalan di KL ni. Katanya sedang di buat di Jalan Sultan Ismail.


Tapi tolong la sediakan satu master plan keutamaan jalan yg hendak di buat garisan ni dan SOP berkaitan  perlaksanaannya supaya kerja membuat garisan ni berterusan dan boleh di guna pakai. Jangan ulang kesilapan PBT lain yg telah melaksanakan nya tetapi saperti melepas batuk di tangga dan di tertawakan orang ramai.. asal buat sudah..

cuma yg muskil sikit kenapa kaler biru ? ada peruntukan undang2 ke mesti biru? dah buat kajian ke kalau sebelah malam boleh nampak ke garisan biru ni ? selamat ke utk pengguna basikal ? program kesedaran dan pemberitahuan kepada semua pengguna jalan raya akan ujud nya laluan ini merupakan satu cabaran besar dan selalu terlepas pandang. Nanti bila orang ramai mula pertikaikan kita tak boleh nak pertahankan dan akhirnya program di batalkan dan berkubur. ( merujuk kes2 lampau)  juga perlu di lakukan kan secara berterusan sapertimana di rancang dan boleh di pertahankan.


jangan buat macam ni.. laluan di buat tanpa perancangan tanpa SOP janji buat. Walaupun ini bukan di KL tapi kitapun pernah lalukan kesilapan yg sama. laluan basikal di buat supaya orang ramai dapat menggunakan nya dengan selesa dan selamat. dan bukan utk di tertawakan



ini contoh di KL semua pihak yg buat laluan ni tidak menjiwai keperluan sebenar OKU, Walaupun perkara ini telah menjadi syarat wajib kepada pemaju utk laksanakan di hadapan premis masing masing tapi lihat apa hasil nya.. Fikir2kan lah.. Kesian OKU terpaksa buat kona baring, sedangkan pejalan kaki lain boleh jalan menonong je.. DIMANA SILAP NYA KITA?? 



ini laluan basikal yg abah jumpa semasa lawatan ke Paris dulu. 

artikal berkaitan pernah di terbitkan dalam blog abah pada tahun 2011







1 comment:

aizamia3 said...

Setuju tu uncle, buat rugi duit je bila buat, akhirnya senyap sunyi tak jadi apa.