Thursday, March 29, 2018

Himpunan Basikal Malaysia..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah satu lagi kayuhan luar kawasan abah sertai.. kali ni di Melaka Bandaraya Bersejarah.. Ada kayuhan 60km dan ada 20km.. abah pilih 20km je.. cepat habis hehe

Kayuhan bermula di a Famosa dan berakhir di tempat yg sama.. satu masa dulu A famosa ni satu benteng kuat di kota melaka utk menghalang dari serangan musuh di zaman penjajahan portugis dulu.  itu cerita dolu dolu .. zaman keagongan itu telah berlalu lama.. sekarang Melaka bangkit semula menjadi sebuah distinasi pelancongan yg menarik.. yg tidak jemu2 di kunjungi berulang kali..

eh sebelum posting ni menjadi posting hari ini dalam sejarah jom kita tengok gambar2 yg sempat di rakam semasa kayuhan HBM.. hehe



sebelum kayuh dah naik podium hehe


teman sekayuhan.. Fazli dengan fat bike nya


tertarik dengan penampilan pengayuh ni..


sebahagian dari peserta utk kayuhan 20km.. yg kayuh 60km dah bergerak dulu.. kat sebelah tu kata nya dari Rawang dan kerana ada tugas di Melaka bila tau ada kayuh datang dengan basikal sekali.. sambil menyelam minum air katanya.. nama lupa lak nak tanya..


ini peserta di depan..


bila berkayuh santai macam ni la.. bila nampak sesuatu yg menarik singgah dulu berswafoto..


setiap yg bermula akan berakhir.. so kayuhan 20km rasa macam sekejap je hehe


satu lagi sempat di rakam di garisan penamat


satu lagi koleksi medal utk tahun 2018.. ramai yg bertanya tak sediakan lemari utk simpan dan pamir semua pingat ni ke.. mmm memang tak ada lagi pun.. tergantung je dalam lemari baju tu hehe


akhirnya sampai juga hajat nak berswafoto di gerbang farmosa ni.. 


alamak ada pulak yg berselfie di sebelah tu hehe..


ehh macam tak puas hati je datang semula ke sini utk berselfie hehe


sementara menunggu peserta 60km sampai sempat la melawat kawasan sekitar


jumpa keretapi di tengah bandar


ehh kapal terbang pun ada.. 


baru tau ada hard rock kat Melaka ni.. lain kali datang boleh la beli T shirt selai.


best..


sebenar nya belum pernah jalan jalan lagi di Jonker walk ni.. kata nya malam baru happening..


kata nya di zaman kegemilangan Melaka dulu sungai kat belakang tu penuh sesak dengan kapal pedagang dari serata dunia keluar masuk..


lupa nak selit gambar ni tadi.. basikal tu bukan abah yg punya tumpang bergambar je malas nak heret basikal situ hehe


ini firstime jumpa pot ni.. kalau ambil dari seberang sungai baru nampak jelas tulisan tu..


selfie dalam selfie


berselfie sebelum balik di lobby hotel.. alah malu2 pulak.. hehe 


ada gaya tak? hehe


daging tetel asam pedas


ikan tenggiri masak asam pedas


sotong...

Dah sampai Melaka asam pedas tetap menjadi menu utama bila lunch.. tak habis makan kita bungkus bawa balik.. hehe


on the way balik KL sempat singgah kampong berjumpa ayah bonda.. bila sampai di kampong ayah dan mak tak ada di rumah.. gate pun berkunci.. pergi tanya dengan jiran (acik) sebelah.. kata nya mak ayah dan adik keluar pergi mesyuarat di satu tempat.. terkejut dengar kata mak pergi mesyuarat.. terus call adik.. dan minta location tempat mesyuarat nak pergi kesana.. bila sampai sana mak kata nak balik . adik dan ayah akan tunggu sehingga mesyuarat selesai.. 

SEKIAN


2 comments:

m.u.l.a.n said...

Wooowww abah bagus sangat aktiviti berbasikal ni..

zino said...

tq mulan..
abah kayuh janji habis je tak laju mana pun hehe..