Saturday, March 10, 2018

kayuhan FIT MALAYSIA Johor 10.03.2018

assalamualaikum...

Sekali lagi abah dapat sama memeriahkan kayuhan FIT MALAYSIA kali ini di Muor Johor, sabtu 10.3.2018. Utk makluman KFM ni di anjurkan Kementerian Belia dan Sukan dan di adakan di setiap negeri . Sebelum ni di adakan di Port Dickson NS dan hari ni giliran Johor dan minggu depan kat Temerloh Pahang..

Utk menyertai kayuhan ni tak di kenakan bayaran. (t shirt pun tak ada lah ) semua nya di tanggung KBS.. tapi di sediakan medal kepada peserta yg berjaya menghabiskan kayuhan. Selain kayuhan ada juga di sediakan program larian 5 dan 10 km.

Kebiasaan nya setiap kali program KBS menteri nya YB KJ akan turun padang bersama ratusan peserta berkayuh sama... nasib baik dapatlah berselfie dengan YB... dia cukup spotting melayan setiap permintaan peserta utk bergambar... ok jom tengok gambar yg sempat di rakam sepanjang program kayuhan tadi. saperti biasa abah kayuh makan angin je berlawan dengan diri sendiri.. dan kali pertama berkayuh guna folding je.. 


yg tu basikal YB KJ no plate pun special KJ10


se awal jam 7.00 dah terpacak kat depan tu.. datang awal dapat duduk depan..


YB KJ baru sampai.... nasib baik nanti dapat la bergambar dengan dia...


YB beramah mesra dengan VIP lain dan peserta yg hadir.. abah perati je lah dari jauh.. 


sekali pucuk di cita ulam mendatang YB KJ sekali lagi datang ke tempat kami. sebelum tu dia dah datang bersalam dengan peserta yg berada di depan... dan bila dia datang sekali lagi kami pun tak lepas peluang. ajak bergambar dengan spotting YB melayan pakcik ni.. 


sekali lagi YB di ajak bergambar dengan VIP lain.. termasuk YB Muar


tu tak habis2 lagi berselfie tu.


YB naik ke atas pentas utk dapat view yg lebih menarik utk bergambar dengan ribuan peserta sekali.. 


ini sebahagian peserta di belakang abah.. mamat sebelah tu bomb gambar abah hehe 


memula kayuh tu boleh le ikut YB tapi makin lama makin abah kebelakang.. mana boleh saing dia guna RB abah guna Folding.. elah kalau abah guna RB pun cicir juga hehe

ini di water station.. lebih kurang 15 km dari starting tadi. air 100plus utk sesiapa yg memerlukan. sesambil berehat sebentar. 


sebahagian peserta yg abah terserempak di water station ramai nya dah jauh di depantapi ada juga yg masih di belakang..


jauh nya berkayuh sampai jumpa Parit Jawa. tempat ni mengingatkan abah dengan Rd wan yg bertugas di balai Parit Jawa. dan dia juga bawa abah makan mee Bandung Muar di sini. tapi tadi tinjau tak perasan kat mana gerai kami singgah dulu.


bila nampak masjid ni terus stop utk selfie unik kaler dom masjid ni.. silver.. lupa pulak nak tengok nama masjid ni.. orang muar tolong abah apa nama masjid ni.


akhirnya sampai juga ke garisan penamat orang lain dah lama sampai hehe.. alhamdulilah sampai dengan selamat. 5 km terakhir hujan renyai.. tu yg sampai buka spek .. kalau pakai spek tak nampak jalan sebab spek tak ada viper nak buang air yg melekat hehe.. nasib baik buka spek pandangan masih clear..


minta tolong cik adik manis yg sedang asyik berselfie dengan kawan2 dia ambil kan gambar ni.. jangan salah faham adik manis tu budak2 sekolah yg menyertai program larian.. 


baru lah jumpa semula dengan ezuan hehe.. sebelum tu bersama masa nak starting tadi la bila dah start kayuh makin jauh makin sayup kena tinggalkan hehe


wah rupa nya kat tepi sungai ni telah di perindahkan.. selalu datang sini kawasan ni masih belum secantik sekarang.. siap ada bendera JDT.. tahniah kepada semua pihak yg terlibat utk mengindahkan tempat ni.


spek tak pakai lagi ni


ini lah medal kayuhan hari ni. kalau yg rajin ikuti kayuhan ni di setiap negeri akan dapat koleksi medal yg sama... 


tadi masa kayuh ada seorang peserta menyapa abah.. kata nya cantik basikal.. hehe cantik ke tapi ramai yg pekenan sebab tempat barang tu. 


habis kayuhan tunggu luck.. dengan cabutan no bertuah.. bak kata pepatah untung sabut timbul untung batu tenggelam.. bab nasib baik ni no plat abah dah beberapa kali bernasib baik.. dan yg paling besar menang TV lcd yg besar tu.. sampai tergamam bila no di panggil.. macam tak pecaya je.. hehe


last sebelum balik singgah makan mee bandung muor. ada pulak yg kata ada mee bandung udang lagi best situ... aduhh nak kena datang lagi ni.. hehe

sekian 
di catit utk rekod


4 comments:

Kakcik Nur said...

Akhir sekali nampak gambar mee bandung... alahai teringin rasanya... :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Zino,
Wah.. masih aktif berbelog lagi ye...
Aktif berbasikal juga..
PT Jawa kampung saya tu.. :D

zino said...

kakcik
kena la ke muar utk dapat yg originsl hehe

zino said...

blackpurple

ya masih menulis cuma tak serancak dulu.... ooo kg parit jawa ke...

apa kabar... menulis lagi tak? hehe