Tuesday, March 27, 2018

Perjumpaan EX JPPK

Alhamdulilah....

Akhirnya usaha rakan rakan yg satu masa dulu pernah kerja bersama2 di satu jabatan utk menganjurkan reunion menjadi kenyataan..

Terima kasih di atas idea dan kerja keras anda semua dalam usaha mengumpul semua rakan rakan lama dalam satu whatapps group akhirnya menjadi kenyataan... semakin hari semakin ramai rakan2 yg telah sekian lama lost contact dapat di hubongi semula..

Perjumpaan yg di jadualkan pada 24hb Mac 2018 yang lalu berjaya menarik lebih 60 penyertaan.. rakan2 JPPK/JAPK semua sangat teruja untuk hadir dalam perjumpaan pertama ini setelah sekian lama terpisah kerana memilih haluan berbeza utk meneruskan kerjaya atau terpaksa berpisah kerana sampai had umur utk bersara..

Ada yg datang dari jauh semata2 utk bertemu semula rakan yg telah lama tidak berjumpa. ada yg sangguh menangguhkan perjalan jauh semata2 kerana pertemuan ini. ada yg baru touch down dari lawatan keluar negara turut hadir..

Rata rata rakan rakan seperjuangan dulu sudah memasuki kategori warga mas.. tetapi masing masing masih sihat dan amat ceria bila dapat berkumpul semula.. mantan pengarah akitek jurutera jurukur tanah pembantu teknik jututeknik pegawai takbir kerani dari pelbagai bangsa semua hadir dengan satu matlamat mengerat semula siratulrahim yg terputus , saling bertanya kabar , saling kenal mengenali semula rakan2 yg dah ingat2 lupa.. hehe..

Terima kasih kepada rakan2 yg telah menyediakan program terbaik di majlis pertemuan ini. kita semua terhibur. kita semua gumbira.. semoga pertemuan ini bukan untuk yg terakhir.. usaha mengumpul rakan2 lama perlu di teruskan.. perjumpaan2 spontan boleh saja di atur .. jika ada rakan yg mengadakan majlis kenduri ke apa ke.. boleh juga di panjangkan di group ini...

ok lah jom. kita saksikan kemeriahan atuk2 dan uwan2 hehe


























the end


1 comment:

Infoloverz said...

https://www.infoloverz.com/2018/03/kaki-berbentuk-o-atau-genu-varum-dan.html