Showing posts with label famili .. Show all posts
Showing posts with label famili .. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

anivesari..;

bersama anak bongsu yg manja hehe

JJ di I city..

lagi di I city

bersama di time square..

bersama di Mc D Ceras..

lupa pulak kat mana ni hehe

melayan di Hazwan di Sogo..

Semasa zino buat psoting di FB tadi zino tak kira sebenarnya anivesari yg ke berapa tahun.. bila keluar reminder dari HP terus tulis posting anivesari yg ketiga puloh.. cuma bila aimman buat kiraan baru zino perasan.. mungkin jumlah tahun tu ada sedikit kekeliruan.. dan bila angah letak "?" dalam posting perkiraan semula perlu di buat.. tapi rata rata semua dah wish ulangtahun yg ke tiga puloh..tak kisah kan.. hehe

untuk makluman semua, tarikh sebenar perkahwinan kami ialah pada 8hb ogos 1981.. ia itu sama dengan tarikh perkahwinan mendiang puteri Diana.. bermaana kami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 29 bukan 30.. minta maaf kepada semua yg telah terkeliru dengan jumlah tahun yg zino kira.. bukan salah anda semua tapi salah zino sendiri.. terlampau excited dengan tarikh bersejarah tu sehingga silap dalam pengiraan..

29 tahun penuh dengan suka duka.. seperti ombak, ada kala kecil ada kala mengganas menghempas pantai, seperti air laut, ada pasang dan ada surut nya, seperti angin, ada kala bertiup sepoi sepoi bahasa ada kala nya ribut juga.. hehe ..semua itu adalah rencah kehidupan yang perlu di lalui, ujian allah supaya kita lebih matang, lebih kental, lebih bersedia menghadapi apa saja.. apa yang penting perlu ada kerja sama, saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati.. saling bertolak ansur.. dan lebih penting jangan sesekali ada perasan dendam, saling maaf memaafkan walaubagaimana besar sekali pun kekusutan yang berlaku.. walau apa juga keadaan nya keluarga perlu menjadi keutamaan.. anak anak di dahulukan.. jangan benarkan apa juga perkara yg boleh menggugat keharmonian rumah tangga..

alhamdulilah, kami masih bertahan, kami masih komited utk melihat semua anak anak berjaya, kejayaan mereka utk kami tumpang gumbira..kami tidak mpunya harta utk di warisi mereka.. kami tidak punya banyak wang untuk menjamin masa depan mereka.. tapi kami akan tetap membantu dengan apa cara sekali melihat utk mereka berjaya dalam kehidupan, berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya yang mereka pilih....dan kami amat rapat dengan mereka semua..

Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 29 .. semuga kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin..


Tuesday, July 20, 2010

tinggal kenangan..

Masa tu zino ada di surau, ada tazkirah sebelum solat zohor.. talipon memang letak silence.. tetiba talipon berdering.. zino biar je lagi pun tak ada nama yg keluar, siapa lah agaknya.. lepas tu call yg sama masuk lagi.. berulang beberapa kali.. tak lama lepas tu adik zino pulak yg call, sayang nya nak keluar dari surau tu utk jawab call, biar je dulu, tapi sekejap tu sorang lagi adik call.. oops tak boleh jadi mesti ada something , bila zino jawab adik memberitau sambil menangis, abang ipar kami dah tak ada.. aku terkejut .. tetiba sebak dan sedih sangat..

zino decide utk balik kampong, jemput ayah dan mak, adik adik serahkan kepada zino utk beritau mak dan ayah.. mereka tak tau macam mana nak cakap dengan mak, dan takut mak terkejut..aku segera call, mem minta bersiap utk balik kampong sekarang juga.. kebetulan along masih bercuti, dan dia pun nak ikut sama.. bila keadaan tenang aku call ayah utk beritu berita sedih yg mengejutkan kami, ayah agak terkejut dan minta aku cakap dengan mak terus.. mak menerima berita dengan tenang, aku terus beritau dalam perjalanan balik nak jemput mak dan ayah..

aku hanya turun sekejap je utk ke bilik air sebelum drive semula ke KL dan seterusnya menuju ke sg besar, dua sepupu zino pun ikut sama.. satu perjalanan yg jauh.. sepanjang perjalanan sedikit pun zino tidak berasa penat dan mengantuk.. tapi bila sampai di Tanjung Karang kami decide utk berhenti sebentar berehat , azan magrib baru saja berkumandang, sempat berjemaah di masjid tanjung karang bersama masyarakat setempat.. lepas solat kami ke warung berhampiran utk menjamu selera.. masing kepenatan duduk lama dalam kereta.. kebetulan sorang sepupu zino berpuasa..

zino ada sorang rakan FB dari Tanjung karang, mesej kat dia kami ada di sana, dan terus set supaya dia datang ke warung tempat kami menjamu selera kalau nak jumpa, perjumpaan utk pertama kali.. ada ke segan silu pulak dia hehe.. tapi akhir nya dia muncul juga.. kepada hamizan.. jangan segan lagi ya hehe..

perjalanan di teruskan.. berjalan malam di kawasan ni perlu lebih berhati2.. walaupun jalan lebar dan lancar tetapi tidak ada pembahagia jalan ut memisahkan kereta dari arah bertentangan.. lampu jalan pun tak ada kecuali bila berhampiran pekan pekan kecil..atau persimpangan.. adik adik yg pergi terus telah lama sampai, kami pun tidak berkesempatan utk melihat utk kali terakhir .. jenazah selamat di sempurnakan petang itu juga.. bila kami sampai majlis tahlil sedang berlangsung.. kami baru saja menempuh 6 jam perjalanan.. bertemu dan bersalaman dengan setiap seorang anak anak arwah.. dengan lingangan air mata.. tak ada perkataan .. hanya sedu dan sedan.. bagitu juga bila bersalaman dan memeluk kak long.. semuga kak log da anak anak tabah dan reda dengan ujian ini.

Arwah di beritau mengadu sakit perut dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.. dia memang ada sejarah pelbagai penyakit tetapi tak mau mendapatkan rawatan di hospital.. dia seorang yg sangat peramah dan senang bila berbual dengan nya.. walaupun kami jarang dapat berjumpa.. tetapi setiap kali berjumpa kami sangat mesra dan ceria.. last sekali zino berjumpa arwah ada lah semasa majlis perkahwinan dua anak bujang nya yg di adakan di kampong dulu....kami benar benar rasa kehilangan .. semuga roh nya di tempatkan bersama roh2 orang yg beriman,

al fatihah..

Monday, June 21, 2010

hari minggu bersama Evi Qaisara..

gambar masa di kampong

di putrajaya

sesi memujuk hehe

nak cerita sikit pasal Qaisara.. boleh kan?? memang boleh pun sape nak marah kan..? kalau dia marah pun dia tak baca je lah posting ni hehe.. actually sabtu lepas angah balik rumah tidur di BTR,.. apa lagi peluang kami bergurau senda dengan Qaisara.. memula datang tu jangan kan usik, pandang pun tak boleh.. melekat je dengan abah dan mak dia..

tak pe tak pe beri dia peluang melihat alam sekitar dulu.. dah lama sikit tu baru lah boleh usik dan akhir nya boleh di pegang.....saja buat atok denga nenek dia geram je.. masuk hari ke dua dah boleh dukung dan bawa jalan jalan.. hehe.. dia pun dah mula betaktih.. tapi laju je jalan ke depan.. kena lah sedia menyambut.. tak lama lagi steady la tu.. dan mulut pun dah mula becok.. kena lah tunggu kamus cik rina keluar kalau nak paham semua perkataan yg di sebut..hehe.. satu perkataan yg jelas dia sebut papa.. cukup jelas dan nyaring dia sebut.. rasa nak rakam je jadi ring tone hehe..

tapi tak sempat nak tangkap gambar terbaru..selit kan juga lah gambar lama.. kalau dah pernah tengok tu tengok je lah lagi ya hehe


Wednesday, December 23, 2009

jalan jalan lagi....

kali ni kami ke A Famosa Melaka pulak.. ada yg kata kenapa dekat sangat dengan kampong? but why not? jimat belanja kan.. betul ke jimat.. hehe tapi uwang bukan segala nya yg penting dapat bersama famili dan mereka happy dan enjoy , entah bila lagi dapat bersama macam ni.. bila adik dah sekolah, bila kakak dah masuk belajar entah kat mana.. bila alang dah balik kolej.. susah dah dapat nak berkumpul.. jom kita tengok aksi mereka..

cuba memberanikan diri.. eeeee

elahhhh tak takut pun hehe



adik naik.. alang tolak tau..


gaya bebas..

cepat la bah.. adik sejuk ni..

tiga jam lagi adik naik...

tak puas di sun way sambung kat sini..

tetap juara.. kasi can tu..

abah yg sporting..layan je..

adik tak mau ketinggalan..