Showing posts with label pelbagai cerita. Show all posts
Showing posts with label pelbagai cerita. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

kisah dua



kat sini tak ada Polis tapi ada POLICIA hehe

Cemas di tahan Polis...

sebagaimana di janjikan semalam , kita sambung lagi kisah perjalanan di perantauan.. semasa leka dan asyik mengambil gambar di luar stadium.. tak perasan ada mata memerhati kami.. agaknya dia nampak macam orang kampong masuk bandar agaknya.. dah sah orang asing.. entah siapa lah kami ni dari kaca mata dia... tak semena mena dia merapati kami... dan terus memanggil kawan zino... masa tu zino pun ada di sebelah.. bila dia tengok zino memerhati sama dia pun minta zino berunder ke belakang..

dia memperkenalkan diri sebagai polis pelancong dengan menujukkan kad polis dia sepintas lalu.. zino lihat kawan zino mengosongkan poket kiri dan kanan dan kemudian mengunjukkan dompet duit , yg mencemaskan Polis tu mengambil dompet duit kawan zino sambil membelek2 isi dalam nya.. apa kes ni !!!! kemudian dia minta pasport.. bila selesai dengan kawan zino dia beri isyarat supaya zino pulak datang dekat dia...

soalan pertama yg di tanya, "How much amerikan dollar do you have?" zino kata zino tak ada amerikan dollor yg ada cuma euro je..sejemput.. dia juga minta zino tunjukkan apa yg ada dalam setiap poket.. bukan ada apa pun tisu sapu hingus ada la.. lepas tu dia minta juga pasport.. dia belek2 tapi tak tanya pulak zino datang dari mana.. tau ke dia kalau kata Malaysia .. tapi dia ada tanya datang Madrid ni buat apa... lepas tu dia minta zino tunjukkan beg duit.. tunjuk kat dia berapa euro ada dalam tu.. buat malu komponi je Euro yg ada dalam tu bukan banyak mana pun hehe agaknya dia kesian tengok.. terus lepas kan zino.. nyesal agaknya nak gertak kami.. hehe kawan zino yg sorang lagi pun kena.. bila dah selesai dia boleh kata "have a nice day." . sambil tersenyum.. ciss..

kat KL pun tak pernah lagi kena tahan macam tu dengan Polis.. tapi memang kat Madrid Polis almost ada di mana mana.. sepanjang kami berada di sana .. Polis kelihatan di mana.. dengan kereta peronda dia tu.. kata mamat Madrid , Don't worry about our Polis , they are very professional.. no corruption.. tapi bila tanya biasa ke bila Polis tengok dompet duit .. dia pun tak boleh jawab..

Petang tu jam 4 sorang mamat Madrid datang nak bawa kami jalan jalan.. un offficial.. sambil meronda sambil dia bercerita tentang Madrid.. ada masa melopong juga bila mendengar kisah kemajuan negara orang ni.. rasa macam jauh sangat ketinggalan malaysia ni.. sambil jalan tu kamera bersiap sedia utk merakam setiap benda yg di lihat dan menarik perhatian.. cerita selanjut nya kita tengok gambar2 yg di rakam ya.. boleh tak? hehe

sekarang ni musim luruh..
cantik pulak pokok tu bila daun dia menguning dan akhir nya gugur..

jeles tengok GPS dalam kereta kawan ni hehe
nak cari satu pasang kat UNSER aci ntak?


meronda di kawasan taman... mamat ni lah yg jemput dan bawa kami jalan jalan..

yg ni pun Stadium tapi bukan lawan bola tapi kawan lembu hehe Sepanyol kan terkenal dengan matador nya.. dia pun bercerita kisah orang ramai yg berkejaran dengan lembu di jalan raya tu.. alah yg selalu tunjuk dalam TV tu.. kisah nya satu masa dulu cara nak bawa lembu ke Stadium dengan melepaskan nya di atas jalan raya kemudian di halau sehingga ke stadium.. kata nya jalan kecil lori yg bawa lembu tu susah nak masuk.. tapi bila mereka lepas kan lembu orang ramai ikut sama berlari dengan lembu2 tu.. lama lama jadi budaya dan pesta tahunan .. itu lah kisah nya hehe


saja tangkap gambar bas ni kawan kata nak ambik cop madrid tu je hehe

ikut sejarah nya menument ni dulu Gate sempadan madrid kat sebelah atas tu dulu nya luar Madrid , tapi sekarang dia dah duduk tengah2 Madrid.. kisah nya..

rasanya zino stop kat sini dulu.. penat menunggu gambar2 di upload.. dan zino juga tak mau cerita meleret sehingga keluar dari tajuk.. sebenarnya kami jalan sampai ke malam.. maklumlah jam 5.00 petang dah magrib.. dah golap.. malam tu kami berjalan kaki pulak ke kawasan shopping dalam kesejukan.. sehingga sampai satu masa tu glove dalam beg tu kena kluarkan.. mengokot di buat nya hehe

esok nya program resmi bermula maka kisah menghormati waktu akan menyusul.. nantikan sambungan nya.. terima kasih kerana sudi membaca..


Tuesday, November 29, 2011

kisah satu

Pengalaman baru..

Sebagaimana di janjikan zino akan mulakan dengan kisah pertama... bila saja di maklumkan nama zino di calonkan utk hadir ke forum MEF ( Malaysian Europe Forum) perasaan bercampur baul mula meresap keseluruh badan .. macam angin kus kus masuk hehe.. maklum la.. bukan satu negara pulak tu tetapi dapat menjejak kaki ke tiga negara sekali gus.. satu perkara yg memang di luar jangkauan mimpi selama ni.. berangan tu ada la.. lagi pula utk menghadiri satu forum antarabangsa.. siapa lah zino ni kan.. hehe umpama satu titik dalam sebuah novel yg panjang lebar.... ( pepatah baru..) hehe satu je bos zino cakap.. don't worry you can survive there.. bila bos confident zino pun kata ok bos...

Perjalanan jauh selama 13 jam (betul ke? ) dalam penerbangan juga satu pengalaman.. macam tak caya je pergi sana lepas isyak, sampai sana subuh .. rasa macam beberapa jam je.. tapi berada dalam pesawat dalam tempuh yg lama merupakan satu pengalaman baru buat zino.. kalau dulu travel paling lama pun 4 jam kot (betul ke lupa dah lama sangat hehe) masa ke Osaka..Jepun tidu tak lena berjaga tak kena di buat nya... nasib baik duduk di business class... ok la juga.. duduk sebelah kiri mat salleh perancis agaknya sebelah kanan minah salleh.. oleh kerana waktu landing kat Paris tu baru masuk subuh tak sempat nak sembahyang dalam K Terbang tapi sebaik saja sampai sana perkara pertama yg kami cari ada ruang utk solat.. kena lah bertanya sana sini sebelum berjumpa ruang solat...



papan tanda utk ke surau..

kat dalam ni rupanya ruang meditation utk semua agama.. yahudi, kristian Islam dan satu lagi zino tak perasan agama mana punya.. bilik yg berbeza... alhamdulilah... selesai satu bab sebelum bergegas ke terminal 4 , jauh juga dari terminal utama tapi ada train macam kat KLIA tu.. utk check in penerbangan ke Madrid .. kisah solat di perantauan ni zino akan cerita lagi dalam tajuk menghormati waktu..

Sampai Paris dah tengah hari lebih kurang satu jam lebih je kot.. memang dah set ada orang menunggu utk hantar ke Hotel... kalau nak cari sendiri Hotel tu tentu sosek agaknya hehe.. pengalaman di terminal 4 Paris tu bila minah2 yg comel tu minta kami check in guna mesin ATM tu .. mano lah den geti.. cuba juga lah.. tak kluar pun boarding pas hehe cuma resit yg tak paham bahasa.. je kluar.. hehe buat muka kesian sikit kat minah tu baru lah dia bantu hehe.. kalau hari2 naik kapal terbang mungkin la mudah kot hehe nasib baik kami bertiga.. gagah juga lah bertanya kesana kesini hehe..`


semasa baru sampai ke terminal 4.. kalau zoom kat belakang zino tu mesin utk check in macam kat KLIA tu.. orang kampong macam zino ni mana lah tau hehe..

tempat menunggu sebelum masuk ke kapal terbang ke Madrid..

sesampai di Madrid kami tak tunggu lama, kawan zino kata jom kita pegi stadium Bernaubeu... masa tu hujan.. dengan berpayung kami redah la juga hehe zino ni mana lah tau pasal bola sepak ni.. kata nya Stadium ni utk team Real Madrid.. ada ke peminat real Madrid yg baca posting ni..? hehe.. ada satu kedai yg jual baju real madrid ni.. ingat nak beli la selai dua.. bila tengok harga murah je 75 inggit.. oops bukan 75 euro.. bila di kali 4.5 terus ilang semangat nak beli hehe.. bila mesej alang, dia kata tak payah beli lah beli kat KL lagi murah hehe..


sebagai bukti dah sampai stadium.. nak masuk dalam kena bayar dan ada pemandu pelancong.. kami tak ada banyak masa nak masuk dapat kat luar pun jadi la hehe
siap berpayung dan berselubong lagi..
sejuk meresap ke dalam jiwa terutama bila ada angin hehe


Stadium di tengah bandar.. kalau ada game entah macam mana keadaan sekitar kawasan ni..

ok rasa nya zino stop kat sini dulu... ada banyak lagi cerita menyusul.. kisah cemas di tahan polis akan di ceritakan dulu sebab berlaku kat sini.. jam 4.00 ada kawan yg datang ( mamat madrid) yg bawa kami jalan jalan.. akan zino ceritakan selepas kisah di tahan polis tu... cerita tu mungkin banyak gambar dari tulis..

terima kasih kerana sudi membaca (ada ke? hehe) dan tak lupa terima kasih kepada Ct Noarizah Aris yg dah jadi follower...




jauh berjalan banyak pengalaman....

hello malaysia..


Kata orang bila kita jauh berjalan banyak yg kita boleh belajar... terutama melihat negara orang... melihat kemajuan mereka , persamaan dan perbezaan dengan kita.. bagaimana kita nak ikut maju.. belajar dari kesilapan mereka.. meniru apa yg baik meninggalkan apa yg buruk..tammadun mereka jauh lebih lama , sejarah mereka jauh lebih hebat.. tetapi tak mustahil kita juga boleh hebat mengikut acuan kita.. bukan cuba meniru .. tapi kita juga boleh berjaya dengan cara kita...

selama 7 hari di perantauan ada banyak yg mau zino kongsikan.. entah yg mana satu nak di mulakan.. perbagai pengalaman dan cerita dapat zino petik dari lawatan ni.. ada kisah suka ada kisah sedih ada kisah cemas dan ada kisah kagum dengan apa yg di lihat... apa yg di dengar apa yg di ceritakan....

sebagai catatan dan renungan kita bersama..( ada ke yg nak baca..) zino akan bercerita dari satu kisah ke satu kisah.. kalau di campur rojakkan tentu zino tidak fokus bercerita dan anda juga tidak mendapat apa apa.. (macam best je hehe) .. dan zino akan letak sub sub tajuk dengan setiap episod yg nak di ceritakan.. bila selesai nanti boleh di jadikan satu novel kot hehe (berangan..)

beberapa tajuk telah di fikirkan....antara nya..

1. pengalaman baru
2. menghormati waktu
3. kacang lupakan kulit
4. mari berbasikal...
5. pengangkutan awam kita dan mereka..
6. bila last anda naik bas..(soalan ni utk zino sebenarnya)
7. kalau nak diet duduk sana..
8. bangunan bersejarah..
9. Cemas di tahan polis.. !!
10. lain lain hal... (hehe dah tak tau tajuk apa lagi.. akan di fikirkan kemudian..)

macam best nya nak cerita kan.... kita sama sama tunggu ...
jumpa lagi esok....