Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

tak tengok bola ke??


semasa dalam kereta bersama sorang kawan petang tadi dia kata nak pegi tengok bola... nak kena balik awal, takut nanti stadium penuh sesak... tak tau la nak kata sesak ke tak.. tadi masa ke shah alam zino tengok kereta berderet park kat hiway kesas tu kedua2 hala sikit punya panjang... parking stadium dah penuh ke.. ? atau saja dia org parking kat luar supaya nanti boleh balik awal.. entah la.. kalau zino memang tak sanggup la nak datang ke tempat yg sesak macam tu.. kereta tu parking dari stadium sampai ke tol.. jauh tu hehe..

so kawan zino tanya bos tak nak pegi tengok ke?? so saya pun cerita bila last zino masuk stadium.... ingat lagi masa tu Pasukan malaysia lawan Korea dalam pesta bola merdeka.... hehe..dah lama kan... masa tu zino masih belajar di Jalam Semarak tu.... kawan ber iya iya mengajak teman dia ke stadium... dia tau zino tak berapa minat pun tapi dia sanggup support asal teman dia masuk stadium hehe.. kalau tak salah zino naik motor dia la... sampai stadium merdeka masa tu... hiruk pikok dengan jeritan manusia...

lama tu!!!!!... memang dah lama pun zaman retro lagi tu hehe... suka je tapi tak ada le minat melampau pasal bola ni... kat rumah tu alang dengan angah je yg minat... yg lain tengok gitu gitu je lah.. tak ada lah sanggup berjaga malam semata2 nak tengok bola... kalau ada kelapangan dan kebetulan tak ada cerita lain tengok je lah...tapi jangan la tanya siapa pemain pasukan itu ini... fail la jawab nya.. hehe..

malam sabtu ni kena pakai retro dalam satu majlis di Taman.... hehe..

Thursday, June 10, 2010

cerita benda yg sama...



mulai esok semua orang akan bercerita benda yg sama.. bola bola bola.. sebelum miting bola, masa miting bola selepas miting pun bola.. masing masing akan bercerita dengan penuh semangat pasal bola, pemain macam itu , pengadil pulak macam ini.. lebih lebih lagi bila melibatkan team kegemaran.. malah ustaz yg bagi ceramah kat surau juga tidak ketinggalan membuat kiasan mengaitkan bola..

jangan ada sesiapa sebut pasal bola pasti dengan pantas di sambut sorang lagi dan lagi dan lagi. lepas tu meleret2 la cerita bola nya.. hafal semua pasukan , hafal semua pemain.. tadi masa meeting dah mula. pengerusi sentuh sikit je cepat je dia org menyampuk.hehe.. itu dia org la.. zino yg tak berapa minat bola ni susah nak joint apa yg dia org sembangkan..

nak kena tengok juga ke? hehe