Saturday, October 30, 2010

rempit...

tetiba je rasa nak ulas pasal rempit ni.. bukan cerita baru pun cerita lama yg menyakit kan hati.. yg menyusahkan mak bapak, dan yg memening kan pasukan polis.. semua orang tak suka pasal rempit ni kecuali mamat mamat yg merempit tu.. tak payah le nak ulas panjang lebar kenapa mereka suka sangat merempit..dan zino pun tak mau tau....

yg penting mereka hentikan la merempit ni.. sangat tidak bertamadun, rasa nya dalam dunia ni Malaysia je yg ada masaalah pasal rempit ni.. tak payah nak di agong agong kan sampai buat film pasal mamat ammat ni.. di Veitnam sana tu bilangan motosikal jauh lebih banyak dari Malaysia ni.. kalau di jalan jalan raya tu di kabarkan motosikal lah yg mendominasi jalan jalan di mereta corok rantau.. tapi mereka tau menggunakan motosikal tu secara bertimbang rasa, menghormati pejalan kaki dan sebagainya... walaupun nampak mereka bersimpang siur di jalan tapi kes aksiden amat sedikit, kenapa?? kerana mereka patuh kepada undang , kerana mereka telah di didik secara tegas dan keras utk menghormati undang undang.. kesalahan jalan raya boleh di penjara!!!!

zino akan lebih sensitif kalau orang yg zino kenal, terlibat sama merempit.. amat tidak patut dan hentikan segera.. ada seorang kawan bercerita satu hari dulu anak dia kena tangkap dan di masukkan lokap kerana merempit, bila polis beritau supaya dia datang utk menjamin anak sengaja dia tak mau datang dan membiarkan anak dia di lokap, biar anak tu sedar serik nya bila kena tahan, biar anak dia rasa kesusahan, biar dia tanggung apa yg dia lakukan sendiri. bukan sebelum ni mak bapa tak tegur, bukan mak bapa sebelum tak marah, malah sampai nak bakar moto.. tapi anak tak pernah indah , anak tak pernah hirau, anak tak pernah akur, bila kena tangkap pandai pulak minta mak bapak jamin.. dah tidur semalam di lokap baru mak bapa datang jamin.. tak payah le cerita apa yg berlaku.. tapi pengalaman tu membuat dia rasa serik..

kepada anak anak di luar sana.. kalau masih merempit hentikan ... hentikan.. tak ada kalau kalau, tak ada cuba cuba.. hentikan dan hentikan nya sekarang.. pihak polis ada banyak kerja lain yg nak di buat, ada banyak kes jenayah yg memerlukan tumpuan mereka, bukan nak layan awak yg buat kerja yg tak bertemadun tu.. cukup la tu dah terlalu lama benda ni di ceritakan di bincangkan .. buang masa je.. dah berapa ramai anggota polis yg terkorban dengan kerja sia sia ni.. dan berapa ramai pulak anak anak muda yg terkorban dengan kerja yg bodoh ni.. berapa ramai lagi ibu bapa yg hancur lebur hati mereka dengan perangai anak anak yg tak makan saman ni.. hentik kan lah hentikan la..

agaknya kalau di veitnam sana org merempit.. hukuman yg sesuai tembak je kot ...

12 comments:

Mak Su said...

tak perlu nak agung2kan budaya rempit hingga nak nak dihebohkan dlm panggung pula, dahlah ckp penuh kurang keadaban... tak suka ler

ciK LyndaWawa said...

hindari rempit..nanti polis takdak keja...hehe

SoFie NuR said...

tu la uncle..tak bertamadun betul mat-mat rempit ni...hanya membahayakan keselamatan sendiri jerr...

Dee said...

entahlah apa nak jadi dgn budak2 zaman sekarang ni..mcm2 hal..

zino said...

mak su
entah apa yg mereka fikir bila merempit tu..

zino said...

wawa..
polis ada banyak kerja lain yg lebih menguntungkan..

zino said...

sofie nur
perlu ke bersimpati dengan org yg yg sayang nyawa..

zino said...

Dee
merunsingkan mak bapa je dia org ada kisah ke agaknya..

ckLah @xiiinam said...

Ada saudara dari Arab Saudi datang sini...antara perkara paling dia pelik, terkejut, takut dan macam2 lagi di Malaysia ni adalah rempit!

zino said...

cklah
malaysia je boleh..

Zareda Norman said...

anak melayu mudah lupa tu...

Zareda Norman said...

anak melayu mudah lupa tu...