Monday, February 28, 2011

sedap nya.....



ada orang kata hidup utk makan....
dan ada pula yg kata makan utk hidup...
anda pilih yang mana satu??
apa pun pilihan..
hakikat nya tetap tidak berubah..
kita perlu makan
kita perlu hidup..

ada orang kata nasi minyak sedap..
ada orang kata nasi beryani lagi sedap..
ada pulak yg kata nasi arab la paling sedap...
anda pula pilih yg mana satu
apa pun pilihan anda..
nasi memang keutamaan..
apa saja menu nya nasi memang tak boleh tinggal...

apa yg di kata sedap?
kenapa kita kata sedap?
benda yg di makan ?
atau selera org yg makan?
masa kita sakit yg sedap menjadi tidak sedap..
masa kita lapar segala nya nampak sedap....

apa pun keadaan nya..
mee goreng di atas memang sedap..
buktinya.....licinnnnnn..

Saturday, February 26, 2011

anak kecil itu...

anak kecil itu..
umpama sehelai kertas putih..
suci dan bersih..
tanpa dosa
tanpa noda..
terpulang kita yg dewasa yg mencorakkan nya..

anak kecil itu
tidak upaya merancang diri
tidak mampu bergerak sendiri
tidak bersedia mencari rezeki..
terpulang kita yg dewasa membantu nya..

anak kecil itu..
belum pandai bergaya
belum tau meminta minta
yg dia tau menangis dan ketawa...
terpulang kita dewasa mengaturkan nya...


anak kecil itu...
pelihara lah dia
sayangi lah dia
bantu lah dia
curahkan segala untuk nya...
hanya kita yg dewasa mampu melakukan nya....


model: Aisyah Fauzana...

Thursday, February 24, 2011

bangku...



kayu tu dah tak di guna lagi..
khidmat asalnya telah lama di tamatkan
dulu dia menanggong beban yg berat..
hujan panas memberi khidmat..
berbulan berganti bulan
bertahun berganti tahun ..
sentiasa memberi keselamatan
teguh menampong beban di galas

akhirnya sampai juga waktu nya
dia di ganti yg baru...
maka terbiar terdampar kaku..
hampir dilupakan..
walaupun masih kuat dan kukuh..

kegunaan di perbaharui....
juga akan menanggong beban..
tapi jauh lebih ringan dari beban asal yg di pikul...
duduk la...
walaupun nampak uzur..
tapi cukup kuat..
cukup kental....

Wednesday, February 23, 2011

gempa bumi...



Ramai lagi terperangkap selepas gegaran 6.3 skala Richter

CHRISTCHURCH: Bandar Christchurch yang terkenal dengan binaan gereja itu mengalami kemusnahan besar selepas gempa bumi 6.3 skala Richter melanda semalam dengan rakaman video mendapati bangunan tinggi runtuh dan jalan raya dipenuhi konkrit dan runtuhan bangunan.

Sekurang-kurangnya 65 maut dan lebih 100 dipercayai terperangkap manakala jalan raya dan laluan pejalan kaki retak pecah, manakala ribuan penduduk menangis, menjerit dan merayau-rayau di jalan sementara siren amaran tanpa henti berbunyi.

kemusnahan akibat gegaran kali ini menjadikan bencana alam itu yang paling besar bagi New Zealand...

marilah kita doakan semua pelajar Malaysia yg berada di sana selamat... seorang anak sedara zino telah pun berada di sana untuk menyambung pelajaran.. dan seorang lagi dalam perjalanan ke sana lepas balik ke Malaysia bercuti selepas gempa sebelum ni..tapi masih berada di Gold coast Australia..Flight masuk ke Christchurch di tutup..walaubagaimanapun mereka sedang di pantau oleh pegawai halehwal pelajar malaysia di sana...

Tuesday, February 22, 2011

hutan bandar









semalam zino berpeluang untuk berjalan jalan di hutan bandar dalam satu lawatan kerja, memang jarang sangat nak berjalan ke tengah kota, tambahan lagi tak ada hal untuk sengaja ke sana.. ada sesuatu yg di rancang.. tapi biar le benda tu menjadi dulu baru cerita hehe.. yg penting peluang berjalan kali di persekitaran tu sempat zino rakamkan...

jelas kelihatan, perkhidmatan pengangkutan awam, terutama nya bas memang menjadi nadi penggerak di kawasan tersebut.. sepatutnya jadi kan saja tempat tu hanya untuk pengangkutan awam .. kereta kereta yg di letak di tepi jalan patut di tarik saja kerana sangat tidak bertimbang rasa.. persekitaran kawasan pasar seni pun telah berubah... gerai gerai diluar bangunan tu nampak nya semakin meriah.. kelihatan pelancong di sana sini..

tapi zino tidak mengikuti rombongan sampai ke akhir terpaksa bergegas pulang takut terlewat menghantar hazwan tusyen.. tapi sempat bisik dengan bos nak balik dulu..tq bos..

Monday, February 21, 2011

tasik perdana..







Selain gambar gambar pokok yg besar besar... zino juga cuba merakam gambar gambar bunga dan lain2 yg ada di persekitar, tapi malang nya tak banyak bunga di taman bunga.. satu masa dulu tasik perdana sangat terkenal dan selalu di kunjungi warga kota.. tapi sekarang rasa nya taman tasik perdana ni macam telah di lupakan.. walaupun tempat ni sangat sesuai utk beriadah tapi sangat sedikit orang kesini berbanding tasik titiwangsa , tasik permaisuri dan sebagainya..

sekarang kerajaan telah menambah kemudahan di sini dengan menukar nya sebagai taman botanical .. dengan kelainan ini di harap akan meningkatkan kembali bilangan penginjung ke sini.. panggung anivesari juga telah di naik taraf.. maka selepas ini akan banyak aktiviti riadah / hiburan akan di adakan supaya minat utk keluarga beriadah memilih tasik perdana sebagai distinasi.. telah banyak pertanyaan dari badan kerajaan dan swasta utk menyewa panggung aniverasi bagi menjalankan aktiviti masing masing.. di samping itu juga di sini juga terdapat nya taman burung, taman kancil dan rusa, taman rama rama, dan sebagainya...

dan yang penting di sini juga ada nasi lemak tang ling yg menjadi sebutan ramai...

Sunday, February 20, 2011

kawan lama...

Semalam
zino ke Pinggiran Batu Caves.. ada jemputan kawin.. kalau ikut plan yg di beri macam dekat je dengan Taman Sri Gombak.. kawasan tu dah lama kami tak masuk.. dulu Ipar ada duduk sana masa baru2 kawin kot.. lepas dia pindah ke Subang Jaya dan sekarang shah Alam.. tak ada alasan nak masuk ke Sri Gombak lagi.. tak tau pulak kawasan tu telah jauh berubah .. nasib baik sebelum keluar zino google dulu.. lukis plan atas kertas.. bila masuk je simpang ke Sri Gombak terasa amat asing sekali.. dah le malam.. memang jauh sangat berubah.. Pinggiran Batu Caves rupanya nun jauh di hujung sana.. tapi akhirnya berjumpa juga..

bila sampai ke tempat kenduri, nampak dari jauh sorang kawan lama melambai.. kami panggil dia pakya.. macam mana pulak dia ada kat sana, majlis yg kami datang tu anak office mate mem, kawan yg melambai tu sama belajar di UTM dulu.. rupanya dia bersaudara dengan keluarga pengantin.. sambil kami duduk sembang sembang datang sorang sedara keluarga pengantin, kiranya penanggah lah malam tu dengan berbaju melayu.. kawan zino tanya kenal ke dia ni? Hamid, sama belajar dengan kita dulu.. bersusah payah zino recall , memori dah lemah kot.. memang zino tak ingat dia dan dia pun tak ingat zino.. betul ke dia ni sama kelas?? muskil betul, puas la bertanya masa lecture duduk kat mana, group tutorial , lab dan sebagainya.. batch kami dulu ramai 170 orang.. memang tak boleh nak ingat semua.. tambah pulak bila dah lebih 30 tahun hehe wawa sure tak lahir lagi hehe

itu kisah semalam petang tadi ,

selepas kenduri di LC kami ke Alor Gajah lagi.. kunjungan balas sebab tak dapat cucur udang sebelum ni.. semasa sedang menikmati cucur udang yg enak.. tu zino perasan sesaorang tu keluar kereta dan terus ke gerai cucur udang untuk beli bungkus .. memula tu tak perasan le siapa, tapi bila lama sikit, rasa macam kenal,

tanya mem, "ehh itu tasha ke? " sambil jeling kat kereta yg berhenti kat sebelah gerai.. mem pun bangun melihat ke kereta, sah dalam kereta di Malik menunggu.. mem terus melambai, zino pun bangun menjengok.. memang tak salah lagi.. terus melambai dia utk turun, malik pun nampak dan terus mencari tempat utk meletak kereta.. masa tu Tasha masih tak perasan apa yg berlaku.. bila dah dapat apa yg di bungkus terus ke kereta.. kemudian mereka datang sembang dengan kami....alor gajah ni kg malik..

tasha kami kenal di zaman kemeriahan JK dulu, umur persahabatan kami sebaya dengan si hazwan.. masa tu kami selalu jumpa malah kerap mengadakan trip bersama sama.. bila JK di bubarkan tiada lagi tempat utk kami berkumpul di alam maya, saya dan beberapa lagi kawan JK dulu berpindah ke blog dan sekarang FB.. yang lain dah senyap sunyi.. termasuk penghulu kami hehe... tapi setahun sekali bila mana mana ahli membuat rumah terbuka atau apa apa majlis.. kawan JK tetap tidak di lupakan .. sekurang2nya dapat lah berjumpa setahun sekali hehe..

comel je anak dara tasha ni kan... hehe







Saturday, February 19, 2011

Botanical Garden..






keindahan alam semula jadi
pegi lah beriadah...
segala nya ada
di sana...
ok tak??

Wednesday, February 16, 2011

selamat belajar...


dua sepupu...
seorang terbang malam ini...
seorang bagi bakal terbang tahun depan..inshaAllah..
selamat belajar semuga kembali dengan kejayaan.. Azreen..
terima kasih kepada Mekdi yg menaja entri ini hehe..
terbitan pertama dari DSLR..
komen??

Tuesday, February 15, 2011

akhirnya menjadi kenyataan...

setelah sekian lama berhajat..
akhirnya dia jadi hak milik kekal...
penerokaan bermula.....


Sunday, February 13, 2011

bekomeh..

rumah mem kek LC memang selalu di landa banjir.. kedudukan nya berada di kawasan lembah dan landai dan sungai nya juga macam ular di palu...menjadi kan nya mudah di limpahai air setiap kali hujan lebat di hulu..kalau kita ingat subjek geografi mungkin boleh membayangkan bagaimana keadaan ini berlaku....dan tak perlu tunggu musim tengkujuh.. bila berlaku hujan lebat beberapa jam di hulu sungai..di Rembau dan kawasan sekitar nya.. beberapa jam kemudian air sungai LC akan melimpah dan kawasan depan rumah tu akan menjadi mangsa banjir.. kadang kala dalam kadang kala cetek.. tapi banjir tetap banjir... setahun entah berapa kali ....teringat dulu beberapa kali zino terpaksa bangun di tengah malam masa di kampong bila terdengar bunyi deruan air.. bangun utk menyelamatkan kereta yg di letak di bawah rumah.. kalau lewat harus berenang kereta tu..

keadaan banjir bertambah teruk bila pembangunan di buat di atas tapak bekas sawah terbiar berhampiran pekan tu.. tanah terbiar tu telah di majukan sebagai tapak perumahan dan kedai2 perniagaan.. maka tiada lagi kawasan takungan banjir bila air sungai melimpah.. maka melimpah lah air tu ke kawasan perumahan sekitar kawasan tu.. ada juga usaha kerajaan meninggi kan jambatan sedia ada konon nya jambatan yg rendah menjadi punca limpahan air, usaha mendalamkan sungai juga giat di lakukan tapi segala usaha itu tidak dapat mengatasi kuasaNya.. banjir tetap juga berlaku...penduduk kawasan tu pasrah... dan ada juga yg dah berpindah ke tempat lain..

sekarang rumah mem ni kosong tiada yg menghuni.. kalau di jadikan homestay ok tak agaknya.. hehe sesekali kami balik mengemas... bila berlaku banjir kami akan mendapat maklum dari sedara yg tinggal di kampong.. dan bila keadaan reda kami balik mengemas... apa lagi yg dapat kami lakukan...

cerita seterusnya gambar di bawah ada kisah nya tersendiri....


lantai dapur tengah di selaputi lumpur...

terapung2g agaknya mesin basuh ni.....

tunggang langgang...

kat dapur paras ni je...
tapi kalau berdiri kat bawah tu bluuppp

pelik macam mana boleh tong gas ni kembalikkan diri nya sendiri..
tak mungkin tak mungkin!!!

sampai kek sini lah banjir tu..
<>
<>
<>
<>
<>

setelah beberapa jammmmmmm

tangga pun dah nampak ok..
walaupun kesan tepi tu masih ada..

baru lah nampak cerah...kaler sebenar..

perlu di lupuskan...

pinggan mangkuk kena lah duduk
atas kabinet bukan dalam kabinet..

alahai sian nya sampai melecet tangan
tolong mengemeh hehe

Saturday, February 12, 2011

sangat releven...

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun M

12/02/2011 12:35pm

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan. Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka. ''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan


sangat setuju dengan statement ini.. bangsa lain telah semakin berani mempertkaikan hak melayu.. dan membuat tuntutan yg bukan bukan.. dan org melayu seolah2 takut utk mempertahankan nya.. kerana terlampau nak menjaga hati orang lain....

di persimpangan.....


kadang kala kita menghadapi satu situasi...
kita berada di persimpangan..
terpaksa membuat pilihan..
dan ada banyak pilihan...
kita kena memilih
salah satu
dari nya..

bagaimana
anda

melakukan nya..??

Thursday, February 10, 2011

penyelamat...


biasa nya pagi pagi singgah sarapan di Haslam ....
pagi semalam tu terlewat sikit ..
tak sempat nak singgah..
maka sandwich je lah....
mem punya..
hehe

Tuesday, February 8, 2011

hapus kira....

Dalam satu perbincangan tadi , salah sorang ketua jabatan tu mencadangkan dengan big bos supaya di hapuskira hutang hutang kepada beberapa kategori... pertama kepada sipiutang yg telah meninggal dunia, kedua kepada si piutang yg telah bersara.. ketiga kepada si piutang yg tidak dapat di kesan... kira hutang lapuk la ni.. dan ke empat .........ai say man dah lupa kategori mana.. tapi tak apa lah pokok nya hutang...

Terus big bos cantas.. hutang tetap hutang walaupun si piutang hidup atau pun telah meninggal dunia.. walaupun dah pencen.. dan berhenti kerja dan seumpama nya... baru ingat kategori lagi satu tu dah berhenti kerja..

big bos kata jangan main main pasal hutang ni, kalau dia dah meninggal hutang perlu di tuntut dari waris si mati.. kalau yg nak pencen atau bersara awal, kena pastikan hutang dia selesaikan dahulu baru lepas kan dia.. dan kalau dah tau dia nak pencen kenapa di bagi lagi berhutang?? pendek kata bila berhutang patut di bayar balik.. no play play.. kalau perlu ambik tindakan undang2 , teruskan.. jumlah hutang tidak bagitu banyak tapi ia macam menjadi duri dalam daging.... sentiasa ada dan tidak dapat di selesaikan... dan perkara ni telah berlarutan sekian lama.. ada yg di katakan melebihi tempuh yg munasabah..

saya sangat bersetuju dengan ketegasan bos membuat keputusan.. kalau dengan bank.. sampai ke lubang cacing pun dia org tetap akan cari.. kalau si pemiutang dia tak dapat penjamin akan di seret sama..kalau berhutang dengan along lagi teruk silap hari bulan nyawa melayang... kalau dengan chetty.. pokok tak usik tak apa tapi bunga kalu tetap mau kira.. kalau di biarkan bunga akan berkembang jadi pokok....hehe..

so pastikan hutang anda di lunas kan apabila tiba waktu nya... jangan hutang membelenggu hidup kita.. jangan sampai hutang keliling pinggang hidup kita jadi sengsara.. kawal perbelanjaan kawal nafsu berbelanja...

lega nya bulan depan hutang kenderaan akan lansai.. yes...
hayati lah hadis di di bawah ni.. yg di petik dari satu lama blog...

Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Monday, February 7, 2011

penat

ingat nak buat posting pasal peresmian
Jejantas pejalan kaki oleh menteri tadi..
tapi rasa macam tak larat pulak..
so kita cerita esok je lah ya...


ingat nak tidu dulu..
jumpa lagi..

Sunday, February 6, 2011

Tasik Bera..pergi lah melancong

laluan ke Tasik Bera... sangat menarik..

resort di pintu masuk ke tasik...
menggamit pelancong...

singgah di sini sebelum memulakan expedisi..

jetty di Tasik Bera ..
tapi tak nampak aktiviti boat atau kapal..

nak honeymoon.. resort di sediakan..
axtiviti memancing dan jungle tracking...

di lihat dari bawah jetty..

pandangan dari jetty..

banyak tumbuhan di tengah tasik...

mempesonakan...

pokok Balau...

tetiba sekor ikan kelisa melompat
sempat kami rakam dengan lensa.. hehe


pergi lah melancong....banyak yg ada di sana....