Pagi ni mem kerja , bukan lah setiap sabtu dia perlu kerja tapi pagi ni mem kerja.. seperti biasa zino kena lah hantar dia.. seperti biasa bersarapan sama di Haslam.. bila balik teringat bill UNIFI belum bayar lagi.. macam mana tak terlupa, bill tak di hantar secara pos.. cuma di maklum melalui email..kalau nak bill print sendiri.. nak bayar bill kena letak no tag.. yg di hantar ke talipon BB, sebab no tu yg di daftar utk urusan bank online..
Bila buka mesej utk dapatkan no tag yg di hantar bank, Ya Allah ada satu mesej yg zino tak peraasan langsung, BB dalam beg sejak semalam lagi.. biasa nya kekal dalam beg sampai Isnin.. BB hanya aktif masa kerja saja. mesej berbunyi
"Assalamualaikum, Alfatihah..Bang long Nordin telah meninggal dunia sebelum subuh hari ini di kampong.."
berita yg mengejutkan.. waktu zino baca mesej tu dah jam 9.30.. kalau zino tak ada urusan pembayaran bill makna nya zino tak baca mesej tu sehingga lah isnin.. lantas zino call adik utk mendapat maklumat lanjut.. terus call mem.. tapi tak ada jawapan.. akhirnya zino buat keputusan utk balik sorang dan mesej mem memaklumkan apa yg berlaku dan zino telah dalam perjalanan pulang ke kampong.. adik dengan alang ikut Angah ke rumah baru angah di Semenyeh..
Setibanya di kampong zino terus mendapatkan kak Long, tiada perkataan yg keluar dari zino untuk menggambarkan kesedihan masa itu.. hanya linangan air mata sambil mendengar penjelasan Kak long , Banglong menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat ambulan sampai.. Bang long baru lepas mengambil air sembahyang utk solat Subuh.....Bang Long tak sakit.. Ajal nya telah sampai tuhan menjemput dia dalam keadaan yg sangat tenang..
Jenazah di sempurnakan setelah semua anak anak arwah balik.. seorang anak arwah yg berada di Langkawi masa tu turun sempat menatap wajah ayahanda tercinta sebelum di sembahyang dan di kebumikan... semoga roh nya di tempatkan di kalangan roh orang orang beriman semoga Allah mengampunkan semua dosa beliau..
Alfatihah....
6 comments:
AlFatihah. Dari Dia kita datang dan kepada Dia lah kita kan pulang..
Al Fatihah..semoga roh arwah tenang di sana. Salam takziah Zino
Al-fatihah..
Moga roh arwah dicucuri RahmatNya..dan ditempat di kalangan mereka yang beriman...Amin
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Saya sentiasa berdoa agar bila tiba saat tu, saya tak susahkan orang & mudah je dijemput bertemu Dia. Aminnn.
alfatihah buat bang Long Nordin
alfatihah untuk arwah,,moge ditempatkan dlm kalangan org2 beriman, amin
Post a Comment