Thursday, December 13, 2012

naik pangkat tu biasa.. tapi turun pangkat !!!!

Assalamualaikum...

dua tiga hari ni gempar dengan satu berita ni.. ada yg di turunkan pangkat gara gara berlaku masaalah dalaman yg agak serious.. zino tak tahu butir terpeinci apa sebenar nya berlaku.. tapi kata nya keputusan telah di buat dan orang lain akan meneraju jabatan tersebut dan yg berkenaan kena berpindah ke jabatan lain ..

macam mana boleh jadi macam ni..?? macam mana dia nak bekerja lepas ni kena pulak nanti perlu berhubung dengan jabatan yg dia pernah teraju.. tapi itu la hakikat yg bakal berlaku.. kata nya arahan telah pun di keluarkan.. tarikh pun telah di tetapkan dan kata sumber tu lagi tiada sebarang rayuan boleh di buat..

bukan nya se orang malah dua orang... kalau anda yg kena apa yg anda akan buat... 

ikut perintah..?
cari cable mana2 utk bertahan?
atau anda letak jawatan? 




13 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Susah nak jawab persoalan tu tapi "berani kerana benar" walaupun banyak kes orang yang benar itu tetap terpenyek kena hentak.

Kalau berdiri di pihak yg benar & keyakinan tinggi, teruskanlah kerja walaupun cabaran akan banyak, sebab kalau berhenti atau pindah tempat lain, lagi orang kata dia salah.

Kalau dia betul2 salah mcm mana?

Ishhhh! tak pepasal pening dok memikirkannya...




gadisBunga™ said...

gaji turun jugak tak?

Kakcik Seroja said...

Kalau benar2 bersalah dan nak jaga airmuka, elok juga kalau letak jawatan je...

Granny Hani said...

hmm..Kalau saya, saya pilih untuk letak jawatan saja..bukan senang nak 'stand tall' after the fall..Apa2 pun semoga empunya diri redha dan sentiasa ingat bahawa Tuhan tahu apa yg terbaik untuk kita..

Kengkawan said...

setuju dgn komen anyss.
berani kerana benar - isi lain sama je ngan anyss.

isi tambahan
tapi kalau mmg dh diri sendiri yang kurang cekap, kurang berusaha, kurang efisien pendek kata segalanya kurangla termasuk kurang hensem (?) maka terimalah kenyataan...
itu lebih bagus untuk semua orang termasuk juga pembayar cukai.

sekian

Unknown said...

En. Zino... pendapat saya, ini semua politik dalaman.. masing2 nak berebut keluarkan kuku, org bawah yg jadi mangsa. Siapa yg masuk 'DI SITU' seperti terkena BADI.

Kalau org bawah yg terkena... bos akan ckp 'awak kenalah belajar ditempat baru, kena terima hakikat apabila ditukarkan'. Bila terkena batang hidung sendiri.. tahu lah nasib. Apa yg org bawah blh cakap wait n c

zino said...

Anyss
Saya setuju pandangan tu hanya dia yg tau apa yg terbaik utk masa depan kita tak yah fikir la kab

zino said...

Gadisbunga
Gaji macam tak turun tanggungjawab di tarik balik

zino said...

Kakcik
Kita tengok apa yg berlaku selepas ini

zino said...

Hani
Maruah diri tiada kompromi kan

zino said...

Andak
Hensen tu penting juga ke nak jadi bos ? Hehe

zino said...

MSP
Betul tu dimana2 pun ada politik

Irfa said...

mmg ada kes turun pangkat tp jarang berlaku.kalau ada pun mgkin sbb kes teruk yg tak boleh diselamatkan