Wednesday, December 26, 2012

Satu situasi

Assalamualaikum,

Semalam semasa dalam perjalanan ke majlis kenduri kawin , kami di hampiri sesaorang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Mamat tu mengetuk pintu minta bantuan , minta 50 inggit nak repair kereta yg rosak katanya nak tukar starter, tapi zino tak turunkan cermin pun kerana tak berapa yakin cerita mamat tu , kerana:
1. kenapa di trafik light kerana ia tidak memberi ruang utk saya menilai keadaan sebenar,
2. macam tak lojik sesaorang yg ada kenderaan langsung tak ada duit dalam poket,
3. Tak kan tak ada kad bank ke utk kluar duit

Sehingga trafik light hijau dia masih mengetuk2 pintu walaupun zino dah tunjuk isyarat tak dapat bantu

Kalau anda berhadapan dalam situasi macam tu apa tindakan anda??

16 comments:

Angah said...

angah biasa jugak kena, tapi ngan bebudak kecik, mintak singgit nak beli air...

Kakcik Seroja said...

Macam2 cara orang nak dapatkan duit, kan?

Kakcik sangat kasihan dengan budak2 yang dipergunakan untuk menjual produk TAHFIZ AMAL tu...

Dee said...

dee pun takkan bantu..bahaya skrg ni uncle..berhati-hati ye..

zino said...

Kat trafik light ke Angah ? Bahaya budak2 tu

Mulan said...

byk dengar citer insiden yg tak elok kat traffic light.. tapi kalo mintak duit sbb lapar memang lah kesian betol kan..

zino said...

kakcik
yg tu ramai jumpa di RnR

zino said...

Dee
itu la banyak kes yg tak baik berlaku jadi kita serba salah..

zino said...

mulan
kalau dia minta duit di tempat makan saya minta dia duduk terus dan makan kat situ..

Tie HT said...

berhati-hati..mustahil dia takleh call orang terdekat kan..adekah ini cara mengemis terbaru yek ??

azieazah said...

Kalu saya pun, kompom la cuak...!

gadisBunga™ said...

saya rasa abah buat benda yang betul. tak berani la nak amik risiko....

zino said...

Tihara
Itu yg muskil sangat

zino said...

Aziezah
Zino pun dalam keadaan tak boleh nak buat dia betul2 rapat kat sebelah tu hanya cermin yg memisahkan dan kereta tak boleh nak bergerak kemana

zino said...

GadisBunga
Mem dah nak kluarkan duit , dia kata mungkin orang tu betul2 dalam kesusahan , tapi zino tak mau ambil risiko dalam keadaan mcm tu

Dr K said...

Terlampau ramai org jahat, terlampau banyak modus operandi mereka..Maka saya memang tidak akan buka tingkap dan tidak akan menolong. Itu pendirian saya. Kalau nak menolong/buat amal, banyak lagi cara lain yang tidak suspicious, malahan potentially merbahaya.

zino said...

Daddy Ziyyad
betul tu kalau betul2 dia dalam kesusahan pun kira dia bernasib malang kerana meminta di tempat yg salah