Friday, February 15, 2013

Ole ole Bandung .. kisah 4

Assalamualaikum...

jom kita teruskan pengembaraan ke Bandung... Kali ni mari kita panjat gunung... bukan jalan kaki tapi naik kereta sehingga ke puncak gunung.. sesiapa yg datang ke Bandung mesti datang ke sini kalau tak macam lawatan yg tak berapa lengkap la...

1.0 Gunung yang zino maksudkan ialah Tangkuban Perahu.. kenapa di panggil Tangkuban perahu?? gunung tu kalau di lihat dari jauh seolah olah sebuah perahu yg terbalik.. 

2.0 Utk sampai ke Tangkuban perahu kita perlu keluar awal utk mengelakkan kesesakkan, maklum la jalan raya ke tangkuban perahu ni tak ada hiway hanya melalui jalan raya biasa yg memang dah selalu sesak.. perjalanan lebih kurang satu jam..

3.0 Sepanjang jalan ke Tangkuban perahu, kita akan mendaki sedikit demi sedikit.. maklum la nak naik gunung la katakan.. sepanjang jalan tu kita akan lihat banyak gerai gerai penjaja dan terdapat juga banyak rumah rehat dan hotel.. ada sebiji dua yg besar tetapi kebanyakkan nya sederhana je.. makna nya kalau nak duduk di hotel tanah tinggi boleh la tinggal di situ.

4.0 kereta , MPV dan Van boleh sampai ke puncak gunung tapi kalau datang dengan bas terpaksa park di kawasan yg di sediakan dan meneruskan perjalanan dengan van yg di sediakan.. tak cukup ruang kalau bas naik sampai ke puncak.

5.0 Untuk masuk ke kawasan tersebut di kenakan bayaran satu kepala 50,000.00 dan sebuah kenderaan di kenakan caj parking 25,000.00 Bayaran di buat di pintu gerbang kedua sebelum di benarkan meneruskan perjalanan.

6.0 Pak US memandu terus MPV sehingga ke tempat kereta paling hujung iaiatu paling hampir ke kawasan melihat kawah gunung berapi..

7.0 Sebaik turun dari kereta kita akan di terpa dengan peniaga yg membawa pelbagai cenderahati utk kita beli.. sepanjang masa mereka akan mengekori kita sama ada kita beli atau sebalik nya... kenalah banyak bersabar hehe

8.0 Kawah gunung berapi ada lah sesuatu yg tak pernah zino lihat sebelum ni.. kalau ada pun melalui buku2 geography atau rencana dalam national discovery atau seumpama nya.. tapi kali ini dapat melihat sendiri secara life.. 

9.0 Kelihatan asap masih keluar dari gunung berapi tu.. dan bau belerang yg kadang2 kuat apabila di bawa angin.. katanya gunung berapi ni pernah aktif dalam tahun 1959 dulu... nak tau kisah nya tanya cik google

10. terdapat banyak gerai menjual pelbagai cenderahati utk di beli pengunjung yg datang kesana.. singgah la dan beli la yg mana pekenan.. rata rata yg zino jumpa di atas tu rombongan dari Malaysia, (tengok dari rupa paras la) tak ada la nak pegi tanya sorang sorang hehe

11. suhu kat atas tu agak nyaman.. lebih kurang tinggi Genting Highland je.. kalau cuaca sejuk suhu boleh mencecah 17C dan malam di katakan lagi sejuk... boleh turun sehingga 2C..(maklumat google)

12. Berbalik kepada mamat yg menjual tadi... mereka akan berusaha utk menyakinkan kita utk membeli dengan pelbagai tektik dan teknik.. menggunakan ayat ayat yg kadangkala merudum perasaan kita hehe.. menagih simpati dan sebagai nya.. maka terpulang kepada kita utk membeli apa dan dengan siapa.. 


gerbang selamat datang


bayar di sini



ini nama sebenar Taman tu


melalui jalan yg sempit utk ke puncak


pemandangan pertama 
yg menarik perhatian


Peserta pertama yg interframe



ini lah dia


kawah gunung berapi yg masih mengeluarkan asap bercampur sulfer


kena juga interframe utk kenang2an


gerai gerai peniaga dengan pelbagai jualan..
beli jangan tak beli bukan senang 
nak sampai sana lagi hehe


adik tak tahan bau sulfer


sebahagian dari pengunjung dan peniaga 
yg bersedia mengekor anda hehe


Mcgyver Zino hehe


kat sini hanya 1830 m je dari aras laut
Genting Highland 1860 m
Cameron Highland 1500 m 


gambar ni tak perlu cerita la kan..


antara produk yg banyak di jual..
rasanya sesuai di musim salji ni hehe

11 comments:

mrmr said...

tak turun ke bawah ke ?

Unknown said...

tak kena paw ke ngan penjual kat sini... tak cuba ke kunyah daun pokok MANIRASA kat bawah tu

azieazah said...

Warna kuning baju Abah tu sungguh “menangkap” mata...!

Nieda Ramly said...

naik kuda tak?

zino said...

roslan
tak di benarkan lagi..

zino said...

mystorypic
macam2 cara dia orang pujuk rayu hehe

zino said...

azieazah..
cerah sangat ya hehe

zino said...

Nieda
tak naik pun tengok je hehe

Irfa said...

suka bca kisah org ke bndung
citer lucu.citer sakit hati.semua ada
tp ramai kta pemndgan mmg super cantik
saya x penah kesana

norh said...

sesuai pakai baju terang mcm warna kuning ni ye.. baru menyerlah :)

Sewa kereta murah Bandung said...

Mohd ReihanAugust 12, 2017 at 3:03 AM
Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang REIHAN BANDUNG TRANSPORT selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Reihan Bandung transport hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Reihan, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Reihan Bandung Transport menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta.

JOM JOM ke Bandung bersama Reihan, dijamin Muraaaah dan puas ^_^

Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Reihan… ;-)

Dijamin Reihan bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..



Harga Sewa Kereta ;



Rate Kereta per Day :

# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)

Rate: IDR 380.000 or RM 115

# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)

Rate: IDR 520.000 or RM 157



# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)

Rate: IDR 620.000 or RM 182



# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)

Rate: IDR 840.000 or RM 242



# Toyota Hiace commuter (12 seat)

Rate: IDR 850.000 or RM 245



*Masa sewa : 14 jam (8AM to 10 PM)

*Include : Kereta,sopir,minyak,parking & Tol



Contact Person :

Mobile Phone : +6285723129752/+6281323761223

WhatsApp : +6281323761223

Email : mohdreihan98@gmail.com



Reihan Bandung Transpor tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..

Wassalam..wr.wb..

Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tp kami jamin yg terbaek tetap REIHAN BANDUNG TRANSPORT (insha allah) jom jom bercuti di bandung murah jer TERIMAKASIH :)



Regard



(REIHAN BANDUNG TRANSPORT)