Monday, June 24, 2013

nak cakap apa lagi.... jerebu...

JAKARTA 23 Jun - 

Kerajaan Indonesia semalam mendakwa sebanyak lapan buah syarikat yang dinaungi rakyat Malaysia menjadi punca kepada fenomena jerebu luar biasa yang melanda negara-negara jiran termasuk Singapura. Menteri Alam Sekitarnya, Balthasar Kambuaya berkata, lapan syarikat tersebut kini disiasat atas dakwaan menyebabkan kebakaran hutan di wilayah Riau dan Jambi.

Lapan syarikat tersebut ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari. "Jika terdapat bukti kukuh, kami akan membawa kes ini ke mahkamah. Siasatan masih berada di peringkat awal," katanya. Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu hari ini, Indonesia akan terus melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan untuk memadamkan kebakaran di Sumatera yang menjadi punca jerebu di Singapura dan Malaysia.

Agensi Pengurusan Bencana Alam, Agus Wibowo berkata, sebuah pesawat yang menjalankan pembenihan awan semalam berjaya menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, Sumatera yang merupakan antara kawasan kebakaran paling besar. ''Kami akan melaksanakan operasi pembenihan awan dengan menggunakan dua buah pesawat.
''Kami harap situasi jerebu akan pulih dan memberikan kelegaan kepada mereka yang tidak sihat dan berharap semua akan kembali normal tidak lama lagi,'' katanya kepada AFP hari ini. Agus berkata, wilayah Riau yang mana antara kawasan berlakunya kebakaran, diletakkan dalam keadaan darurat selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap berbahaya iaitu 400 di beberapa lokasi.

Tiga buah helikopter juga dikerahkan bagi membantu memadam kebakaran hutan di kawasan yang terbakar.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130624/lu_03/Lapan-syarikat-Malaysia-disiasat#ixzz2X874h4Rd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

Ayah Zain said...

ha tu deh. indon dah bersuara

Angah said...

gitu ropenye...