Friday, September 30, 2016

labuan

assalamualaikum..

alhamdulilah... sampai lagi saya ke labuan .. dulu pernah datang sekali sini.. tapi dah lama mungkin 20 tahun dulu.. dulu opis saya ada projek di labuan ni. Dataran labuan tu.. masih lagi kekal sampai sekarang.

satu yg best kat labuan ni makanan laut nya.. segar manis dan enak.. dinner semalam kami di bawa makan di Anjung ketam... apa lagi menu utama nya ketam hehe.. cuma tak ada gambar nak tunjuk..

lunch siang tadi seafood lagi.. ada udang ada sotong ada ikan.. ketam je tak ada hehe..

bila harga minyak merudum katanya.. ekonomi penduduk tempatan juga terjejas.. ada industri mengurangkan pekerja nya .. malah syarikat besar pun turun merasa kesan penguncupan ekonomi. kehadiran pelancong juga berkurangan.. pelbagai usaha di buat utk meningkatkan ekonomi penduduk tempatan..

kami datang utk bermesyuarat... kali ni labuan jadi hos.. selalunya dia yg turun KL.. memang tak sempat sangat la nak ronda2 dan sopping.. kena datang lagi la jawab nya utk menikmati makanan laut di sini..

gambar pun tak banyak...











tamat.

Saturday, September 24, 2016

community safety fun ride 2016

assalamualaikum....

Alhamdulilah sekali lagi saya dapat beriadah sambil berkayuh dengan ratusan... penunggang basikal yg datang dari seluruh pelusuk negara dalam program yg di anjurkan pihak POLIS DIRAJA dengan motto "polis dan masyarakat berpisah tiada" agaknya setiap negeri ada wakil polis..

Sebenar nya saya ada dua program utk hadir . pada perancangan awal.. selepas berkayuh saya akan ke bukit jalil utk satu acara lain... itu perancangan....

kebiasaan nya program kayuh ni bermula se awal jam 7.00 atau 7.30 pagi. tapi program pagi tadi bermula jam 8.30 pagi.. sekejap berkayuh dah panas.. sebelum memulakan kayuhan ada sesi memanas badan... senam robik la dulu... keras je pergerakan bila ikut apa yg dia orang buat... dan belum kayuh dah penat...hehe.. terlebih warmup..

program kayuhan pagi ni di bahagikan kepada 3 kategori.. 35 km 10km dan 5 km.. memula join kayuh dulu berani join 10km je.. itu pun dah rasa tercungap2.. tapi sekarang ni 30 ke 40 km tu masih ok lagi.. nak pergi ke 120km tak berani lagi.. 2 minggu lagi ada program kayuhan sukan malaysia.. 120km 40km dan 10km.. ramai yg nak terai 120km!! tapi zino tetap pilih 40km saja..hehe

biasanya berkayuh dengan geng yg sama..setiap kalinya..  sebahagian besar nya kenal masa berkayuh.. dia orang ni semua spotting dan sangat meminati aktiviti berkayuh .. memang seronok berkayuh beramai2 ni.. bersama masa starting je la.. lepas tu masing2 berdesup ke depan ikut kemampuan masing masing.. dalam group ni saya la yg last sampai kot hehe.. tapi bukan lah last keseluruhan.. ramai lagi yg berkayuh lebih santai di belakang.. sekurang2 nya saya tidak lagi perlu menolak basikal bila berjumpa bukit.. dah jumpa rentak bagaimana nak bertahan setiap kali bila mendaki.. yg penting enjoy masa berkayuh..

ok jom tengok gambar2 sepanjang kayuhan tadi.. ada yg saya ambil ada yg kawan2 lain ambil.. kami share setiap gambar yg di rakam...

tukar rim baru... tapi akhir nya tak sempat juga berkayuh.


di garisan permulaan 


prorider Rosidin... hehe 


segala nya bermula dan berakhir di sini..


prorider jurutera yg hebat.. 
wakil IKATAN


ratusan peserta yg akan kayuh bersama


pitstop pertama selepas 18km berkayuh.. mana yg lain? entak2 dah sampai..hehe


alhamdulilah.. berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 37km selama lebih 2 jam.. prorider mungkin perlukan 
satu jam saja..


prorider Ezuan yg banyak membantu saya berkayuh.. juga sebagai penasihat.. dan pengurus setiap program kayuhan pilih kayuhan yg sesuai yg boleh saya join, tolong book kan, tolong bayarkan dan tolong ambil goodie2 sekali


habis kayuh baru jumpa dan berkumpul semula bersama prorider ni hehe


selfie beramai jadi acara tetap..


pelbagai aksi dan gaya..


sebahagian peserta menunggu tuah..

basikal perbagai jenama dan kelas..


berehat sambil menunggu kot2 bertuah..

kali ni tak ada medal tapi plaque.. 
ok la juga..

ini gambar2 dari karan yg lain.


kandid semasa senam robik... 
keras dan kaku hehe


ini pun kadid.. hehe

ini lah geng kayuh yg sporting


OK JUMPA LAGI DI PROGRAM YG AKAN DATANG.. KALAU SEMUA KAYUH 120 KM ZINO TETAP PILIH 40KM HEHE

nota tambahan
ini ulasan rider lain tentang penganjuran 
1. Flag off lambat sangat 8.30 baru nak.. dah panas..
2.senam robik yg lama
3. water station lambat ready ada yg dah lalu awal water station belum ready.
4. Mashall tak nampak bayang.. 
5. cabutan no bertuah lama sangat.. hadiah kecik2 tu patut cabut awal dan buat senarai
6. buat cabutan utk hadiah yg besar je.. 

kalau pihak penganjur baca ni buat la pembaharuan jika anda ingin event yg anda anjur di sertai ramai pengayuh basikal 

Friday, September 16, 2016

Tumpang Glamur..

assalamualaikum..

semalam berlangsung majlis meraikan pemenang pingat perak sukan olimpik bagi pasangan bergu lelaki badminton negara.. kenapa mereka berdua je ? itu saya kurang pasti.. tak sempat nak bertanya..

bila saya sampai YB menteri wilayah sedang buat PC bersama kedua pemain dan di iringi beberapa pegawai kanan.. saya menyelit je ke dewan makan kat sebelah... rupa2 nya ramai dah tunggu kat situ.. Habis PC YB dan tetamu VIP pun masuk dewan utk lunch bersama..

Lepas lunch sesi bergambar YB dan VIP lain bersama dua bintang tu.. dalam hati berkata2 juga ada peluang ke utk saya bergambar dengan kedua bintang tu.. nak tumpang glamur.. hehe

lepas selesai VIP bergambar YB pun kata.. now terbuka kepada pengarah2 jabatan utk bergambar.. apa lagi mcm orang mengantuk di sorong bantal.. hehe saya pun join sekali bersama2 rakan lain utk bergambar . tapi bergambar ni biasa la kalau dapat selfie lagi best.. abis sesi bergambar saya bisik dan dua bintang ni anak ber selfie dengan mereka... dia orang berdua ni sangat  sporting ok je..

selesai sesi di dewan makan mereka ada sesi bertemu peminat di lobby.. saya dan rakan masih di atas berbual2 sambil melihat gambar2 yg di ambil.. lepas solat baru turun ke lobby... kelihatan bintang2 tu di kerumuni peminat badminton.. mendapatkan tanda tangan sebagainya..

sambil2 berbual dengan rakan pihak penganjur sedang mengagihkan reket badminton kepada VVIP.. terdetik juga kalau dapat satu kan best.. macam la nak main badminton balik.. tetiba Datuk tu kata siapa lagi nak reket.. apa lagi bagai pucuk di pinta ulam mendatang.. saya yg berdiri berhampiran terus menghulur tangan.. dua kali rezeki hari ni.. dapat berselfie dan dapat reket yg ada tt kedua pemain.


YB menteri dalam sidang akhbar bersama kedua pemain


YB menteri bersama bintang


bersama VIP


tumpang glamur bergambar sama


sempat berselfie..


ini gambar google


gambar semasa beraksi..


reket free


tanda tangan bintang.. 

SEKIAN

Wednesday, September 14, 2016

malang tak berbau..

assalamualaikum...

sebenar hari ni sepatutnya saya masih cuti tapi di sebabkan panggilan tugas.. saya gigih juga ke pejabat.. sebelum sampai ke bilik tengok ada miss call dari Angah.. saya pun call balik apa hal nya pagi2 dah call. Angah tanya
"dah call kakak ke? "
" kenapa?"
" kakak xsiden ada post dalam group"
" ok ok sat abah tengok"

bila buka whatapps famili.. Ya Allah remuk kereta Axia kakak!! .. kereta panjat divider langgar pokok renek dan langgar tiang lampu... mcm2 pesanan angah along alang dengan kakak.. terus call kakak..

"kakak ok ke?"
"ok kita tak ada apa apa, kawan kita cedera patah gigi dan bibir luka.. terantuk kat dashboard"
" ya Allah mcm mana jadi mcm tu?"
"kita terlelap sedar2 kereta sedang langgar pokok"

dia kata tow truck panel produa dah sampai utk bantu. saya rasa tak sedap hati kalau tak tengok sendiri.. call mem dah tau ke kisah kakak.. ? rupa2nya mem tak buka whatapps lagi.. bila tau je terus suggest utk ke Muar..

sampai di Muar saya terus ke Hospital Muar.. kakak ada kat situ lepas buat lapuran di Balai Tangkak.. X ray kaki yg bengkak... ok tak ada apa. Dr hanya bagi ubat tahan sakit dan ubat sapu.. lega hati bila dah jumpa kakak.. dengan wajah selamba dia tu seolah2 tak ada yg serious berlaku.. kental betul hati dia.. kami ni sangat risau bila terima berita tu..

Alhamdulilah.. tak ada apa yg nak di risaukan.. kakak ok.. kereta tu biar insuran dan produa yg urus.. tiang lampu? minta2 covered juga dalam claim insuran...

selamat hari raya Qurban

Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidil adha...

ini kali pertama dalam sejarah saya tak balik kampong beraya.. anak2 kata nak beraya di Cheras.. dan kakak kata kawan dia nak datang beraya kat rumah..so kami pun decide beraya di KL je lah..

awal pagi hujan.. memula lebat tapi menjelang nak ke surau solat aidil adha hujan renyai je..surau pun belakang rumah je.. habis solat hujan lagi. kecuali along yg beraya di Johor.. semua ada di Cheras.. Angah dan famili Alang dan isteri Kakak dan Hazwan.. kami masak2 dan makan di rumah.. biasa lah mem yg paling sibuk di dapur.. masak lontong masak mee sup masak nasi impit masak rendang...cuma lemang kami oder je.. 5 batang 80 inggit.. meriah.. 

Selain kawan kakak abang dan adik mem dan anak je tetamu yg datang hehe.. jadi lah kan.. 

dan baru tadi saya sempat balik kampong.. sempat juga berjumpa ayahbonda.. "yg lain semua balik semalam hanya ekau je yg tak balik ".. sedih pulak bila mak kata macam tu.. alhamdulilah dapat cium mak dan ayah tadi.. 

sekian... 

gambar pun tak banyak.. hehe



selfie dengan cucu


puas pujuk baru la nak dekat hehe


kakngah yg comel..


kenal tak apa ni?


setelah di edit


merdekaraya


ni je gambar famili 
yg sempat ambil 

the end