Monday, November 21, 2016

Bentayan..

assalamualaikum...

Bila kawan kawan cadangkan saya mencari makan kan Bentayan saya terus tertarik dengan nama tu.. bunyi dia pelik sikit.. tentu ada cerita di sebalik nama.. sedikit maklumat sejarah lama Muar.. satu ketika dulu ada di bina sebuah kubu Bentayan oleh sultan Melaka utk mengekang kemaraan tentera Portugis dari laut pada tahun 1511.

pagi sebelum balik.. ipar ajak sarapan bersama.. saya pun follow je lah kereta mereka. walaupun dah beberapa kali sampai Muar tapi saya masih tercari2 kat mana nak cari tempat makan best di muar ni. akhirnya kami sampai berhampiran terminal bas Muar. tepi sungai tu.. lepas parkir di sebelah terminal kami pun berjalan kaki ke jejantas utk menyeberang.  di situ saya ternampak nama Bentayan.. ooo sini ke Bentayan.. baru tau.. terus la berselfie  hehe.


terminal bas
baru perasan nama terminal ni TERMINAL BENTAYAN MUAR

kedai yg kami tuju terletak betul betul di hujung jejantas di seberang jalan. 

sedih pulak bila tengok bumbung jejantas ni.. dah naik mereput kenapa tak di ganti ? 

kalau kat KL kes mcm ni dah tentu masuk surat kabar dan pelbagai tuduhan negatif akan di lemparkan. baik betul orang muar ni. terima se adanya. 


kat luar gerai ada bakar satay..!!! katanya hanya ada di muar.


wah.. sarapan pagi dengan satay.. tak pernah jumpa kat KL macam ni.. kat sini nak satay tunggu mlm je baru ada.. 

restoren kat Bentayan ni satay adalah menu utama.. belum minta dia dah letak satay kat meja kami duduk..hehe campur daging ayam dan perut..
 
meriah sungguh tempat ni . bila kami sampai hampir semua tempat penuh.. tercari2 juga kat mana nak duduk. kami datang tiga kereta terpaksa berpisah tempat . duduk di mana kosong. 

selain satay saya oder lontong dan tauhu bakar.. gambar tauhu bakar tak mau kluar pulak.. hehe.. sedappp.. ada mcm2 menu kat sini... oder sampai pun cepat.. sekejap oder dah sampai walaupun orang ramai.. mungkin kelebihan restoren ni. 

ini gerbang di bahagian belakang kedai.. kawasan lorong belakang di buat tambahan tempat duduk..

selesai makan sempat selfie dulu tu.. 


terminal bas Bentayan ni terletak di tepi sungai Muar. di sini juga ada jetty nelayan.. apa lagi berselfie dulu kat jetty tu.

suka tengok boat2 nelayan ni 


selfie lagi.. .



ok sekian... 

lain kali boleh datang sarapan sini lagi nanti nak test menu lain pulak..hehe


2 comments:

Kakcik Seroja said...

Harga makanan ok tak?

Tiba-tiba rasa teringin nak makan satay perut... :)

zino said...

harga mesra pengguna kakcik nur..