Thursday, December 14, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 3

Assalamualaikum....

Sebenarnya kan kita masih di UK lagi ni belum pun jejak kaki ke ICELAND  kesempatan yg ada kita guna utk ronda2 kota LONDON  dulu mlm baru terbang ke ICELAND.  Nak masuk bandar orang kata elok guna pengangkutan awam.. Sebelum keluar kemas dulu siap2 simpan dalam kereta... kemudian baru kluar cari stesyen trem.. jom..!! sebelum kluar semua barang dah kemas simpan dalam beg tinggal nak angkat je..

sebenar ada banyak gambar trem yg abah tangkap guna kamera DSLR.. tapi tak boleh nak selit la sehingga WiFi pulih hehe.. 

ini rupa stesyen trem di pinggir bandar Crydon.. lupa nak bagitau kami sewa apartment tu di bandar crydon ni la.. crydon ni sebuah bandar besar di selatan London salah sebuah commersial district terbesar di London. penduduk bandar ni lebih kurang 500,000 orang. 


ini pertama kali nak try naik pengangkutan awam kat kota besar ni... awal2 pagi gigih kami kluar berjalan kaki dari apartment ke stesyen. tak ada la jauh sangat 10 ke 15 minit berjalan kot.. lepas masing2 tertanya2 macam mana nak beli tiket trem.. baca la kat mesin tu kata nya guna £ dan siling.. bila masuk duit kertas dia tendang balik... masuk dia tendang balik.. ehh macam kat malaysia je ni... ok la guna siling..

tapi sorang pun tak ada siling . kena lah ustaz ke kawasan komersial berhampiran utk tukar siling... dapat la juga tapi ustaz kata peniaga pakistan tu bising2 juga la beli nya tak nak tukar duit je hehe.. dua kali juga la pegi tukar siling.. lain kali ingat ya no siling no travel hehe.. 

naik trem ni tak sampai london lagi kena sambung naik keretapi pulak.. macam mana tau tu ? rajin rajin la tanya pakcik google.. pakcik tu bijak terlebih tanya apa pun dia ada jawapan... dalam trem berdiri je dan memang ramai yg berdiri je kot.. jalan pun tak ada la laju... lepas tu sambung naik keretapi... masih di bandar Crydon. nama stesyen keretapi lupa bila ingat nanti update hehe.. 



ni dah dalam keretapi.. boleh la panggil LRT kot... kat sini abah tengok keretapi baru keretapi lama semua mereka guna tak membazir macam kat satu negara tu... rosak je buang beli tren baru hehe.. 


ada dalam 1/ 2 jam kot baru sampai last stesyen.. last yg kami tuju la . kat stesyen crydon  ni kalau tak silap ada 4 platform utk keretapi distinasi berbeza.. dan di platform yg sama pun ada banyak distinasi. pastikan betul2 arah yg nak di tuju jangan menonong je naik ke laut pegi nya nanti.. pening ustaz dan isteri baca semua arahan tu.. abah ngekor je hehe.. 


akhirnya sampai ke stesyen yg di tuju.. STESYEN LONDON BRIDGE ya la tempat yg nak di tuju pun London bridge.. kata orang sampai LONDON  kalau tak ke LONDON BRIDGE  macam tak sah pegi London. Dari stesyen kena la menapak.. jauh juga berjalan tengok tu halus je..



tak sabar2 nak tangkap gambar jauh nun kat hujung tanjung tu kena berjalan dulu  ikut tepi sungai sebelum sampai ke lokasi yg biasa pelancong tangkap gambar.


berselfie la apa lagi...


matahari dok belakang tu gambar jadi gelap sikit.. sedangkan masa ni dah tengah hari dah.. tengah hari tapi matahari sipi2 je 


lagi..


ini pasangan dua sejoli.. hehe.






lepas tu nak kemana ? 
tentulah nak ke menara jam ... kalau jalan kaki 1/ 2 jam.. naik tube boleh nak naik cruise pun boleh.. so kami pilih cruise la tak payah nak jalan kaki dah sebelah tu je... satu lagi pengangkutan awam yg kami test... best nya..


tak ramai pun dalam tu ramai nya pelancong macam kami juga kot.. asyik2 nak tangkap gambar je.. hehe 


ini keluar kawasan deck.. boleh la berangan ala ala cerita jamesbond sedang kejar bot orang jahat kat depan tu.. lalu bawah london bridge hehe.. sebenar nya sepanjang sungai ni berderet2 jambatan .. yg besar yg kecik yg lama yg moden semua ada ... jambatan gantung pun ado. 


gambar ni mahal hehe berlatar belakangkan EYE OF LONDON. bukan senang nak dapat moment ni.. nanti bila anda kesini pastikan naik cruise ni ya... rugi tak naik.. 


EYE OF LONDON ni setinggi 135 m di bina pada tahun 1998 dan di buka pada 31 Dis 1999. ferry wheel ke 4 terbesar di dunia.. yg tertinggi di Las Vagas 167.6 m . Dulu Malaysia pun ada tapi tak berdaya maju kedudukan tak sesuai di taman tasik Titiwangsa sana . mendapat bantahan . kontrak pembinaan nya juga menimbulkan kontrovesi.. lepas tu lari ke Melaka itu pun sekejap tak bertahan lama juga.. dengar2 nya ada ura ura nak bawa masuk balik dengan design baru lebih besar lebih tinggi.. kita tunggu je lah..


turun je cruise dah ada kat depan clock tower ni.. tapi malang nya menara jam tu under renovation... penuh dengan peranca dan jam nya pun tak nampak.. bila berbual dengan mat Salleh yg berniaga sebelah tu kena tunggu setahun lebih lagi baru siap.. mat salleh tu pandai cakap melayu !!








selfie tetap selfie dah sampai kan.. nak ambil yg penuh dan ada jam kena la balik kampong LONDON ni lagi lain kali hehe...

lepas ni kemana pulak..? jom kita ke buckingham palace ... tak jauh tapi rasanya 20 minit juga berjalan.. hehe.. sampai naik melecet kaki mak... kesian


nampak polis naik kuda pun gigih tunggu nak selfie... macam2 benda yg kami jumpa sepanjang jalan tu bila nampak menarik tembak guna DSLR.. bila patut selfie berenti jap selfie.. mak sampai mengeloh... abah ni asyik nak ajak selfie je hehe... abis tu tak kan nak ajak minah salleh tu selfie hehe..


pokok tak berdaun pun nampak cantik dan nak 
selfie juga hehe..




Buckingham palace merupakan tempat bersemayam dan pusat pentadbiran Queen . bangunan asal di bina pada tahun 1850 dan di ubahsuai pada tahun 1913. terletak di bandar WESTMINSTER tak sempat nak semak fakta.. ada panjang sejarah palace ni.. 



ramai juga pelancong kat sini... dulu masa firstime saya datang LONDON tak sempat nak bergambar sangat kat sini. bila sampai dah gelap..dulu datang pun masa winter juga rasanya siang nya pendek. kol 4.00 dah golap gulita... hehe.. 



gambar last ambil kat gate ni.. mak dah penat bergambar kaki pun dah letih berjalan.. sayang nya tak on kan strava.. kalau tak ada juga tracking berapa jauh berjalan kaki. lepas ni nak cari stesyen VICTORIA nak balik ke crydon.

habis sesi lawatan kami bergegas balik ke rumah tumpangan .. naik keretapi lagi naik trem lagi.. dah terlewat masa utk check out. nasib boleh runding dengan management apartment tu. kalau perlu mereka boleh kluarkan beg kami dari bilik.. kot2 la ada penyewa baru nak masuk.. hehe

sebelum ke airport kami cari pusat Islam di bandar crydon . Kalau di UK ni tak perlu bimbang masyarakat Islam ada di mana mana.. biasanya masyarakat bangladesh pakistan India dan arab..


akhirnya jumpa masjid Crydon.


besar juga bangunan masjid ni.. mungkin di guna utk pelbagai kegiatan keagamaan di sini.

fasa pertama percutian di UK berakhir di sini . lepas ni kami terus ke airport utk fly ke ICELAND.  Wah dah tak sabar dah ni.. utk ke Iceland kami guna ICELAND AIR.. penerbangan selama 3 jam. 

     ok kita tangguh dulu.... sampai ICELAND nanti kita sambung ya.. tidur dulu.. di jangka sampai jam 3.00 pagi hehe..


BERSAMBUNG


2 comments:

Nieda Ramly said...

bestnya abah,terujanya saya

Mak Su said...

ese di sini (maksu)