Friday, January 12, 2018

mandi air perigi....

assalamualaikum..

siapa ada pengalaman mandi air perigi? 


masa tu gelap2 lagi mak dah kejutkan kami adik beradik supaya cepat cepat bangun dan pergi mandi... zaman tu nak mandi merupakan satu cabaran besar. tapi kami tak pernah merungut.. itu lah satu2 pilihan yg ada.. berbekalkan pelita dan lampu suluh kami ke perigi.

perigi bukan terletak di sebelah rumah atau di belakang rumah... kami kena berjalan jauh kira kira 200 meter melintasi beberapa rumah jiran (sedara mara) kemudian lorong kecil di tepi sawah padi . perigi nun terletak di hujung sana yg hanya di pasang dinding di laluan masuk ke perigi sahaja. pintu perigi pun tidak berselak hanya perlu di angkat dan di rapatkan. kawasan yg menghala ke sawah tidak di hadang , terbentang luas seluas2nya.. tapi tak ada siapa yg nak meninjau dari sana. kalau ada pun sama2 nampak hehe.. manakala di sebelah atas nya juga tidak berdinding tetapi di penuhi semak samun.. sapa yg berani dkodeng dalam semak tu kira bonus la.. hehe.. pernah juga dengan cerita kecik2 dulu ada yg mengadu kena intai ..hehe

nak sampai ke perigi itu juga merupakan satu cabaran.... tambahan lagi bila berjalan di lorong kecik yg penuh rumput dan pokok2 kecil di kiri kanan laluan. sambil berjalan sambil menyuluh dengan touch light  tempat yg hendak di pijak.. yg paling di takuti semut kepala besar hitam yg kuat menggigit tu. dulu kami panggil kelingtiak.. entah apa nama sebenarnya semut ni kalau menggigit melekat kepala dia kat kaki... sakit dan gatal...mau terjerit2 dan terlompat2 di buat nya... 

bila sampai ke perigi dan terus boleh mandi itu dah kira bernasib baik. tapi selalu nya bila sampai hampir ke perigi dah ada sedara lain yg sampai lebih awal..sama ada lelaki dan perempuan sedang menunggu giliran utk masuk ke perigi.. melanguk la kat luar tu sementara menunggu turn utk mandi.. jadi umpan nyamuk la jawabnya. sebijik macam cerita P Ramlee hehe.. kalau kena sorang sedara ni yg mandi berjam2.. alamat lama lah menunggu.. 

bila tiba turn kami .. kami masuk beramai2 hehe.. masing2 ada kain basahan.. tak ada masa nak malu2... yg kecik tu selamba je berbogel.. hehe.. air perigi tu jernih tapi sejuk mencengkam jiwa... selamba je masing2 menyiram gedebak gedebuk.. sampai melonda2 air kata orang tu.. mandi sepuas2nya walau pun tergigil2 kesejukan... semua sihat semua segar.. tak ada pun yg bersin sebab sejuk... semua tahan lasak.. hehe

bila mandi sorang2 kena buat bising sebagai isyarat kepada yg datang nak mandi . itu yg mandi gedebak gedebuk tu biar orang kat luar tau kat dalam ada orang.. atau mandi sambil menyanyi2.. kalau senyap je.. ada kemungkinan nanti terserempat dengan orang tengah bersiram kat dalam tu hehe.. kalau dia tak perasan cepat2 lah beredar.. kalau dia perasan sama2 la terjerit.. perigi tu tak ada utk male and female... faham kan hehe perigi unisex utk semua  hehe..

pergi mandi gelap2 tu tak takut ke ? ehh nak takut apa ? hantu? entah2  takut hantu yg takut dengan kami masa tu.. hehe.. 

SEKIAN 

 




4 comments:

lupekanje said...

amboi bah....antu yang mencicit lari tgk abah and the geng yo...hahah.
Accik bilo air paip tak do yo baru la mencari timbo dan perigi. Kiro masa jaman accik, dah moden sikit kg Linggi tu, ado air dalam bosi dah. Mandi kat pelantar yo, tadah air kat baledi. Pastu taim anak2 accik, omak accik buek kolam bosar.. sronok la mendebur2 air kat dlm rumah yo.
Tpi perigi ado lagi tu...empat segi, bila tak do air, org kampung dtg berduyun2 angkut air. Semak samun dah perigi tu. Mesti ikan sepat banyak kat dlm perigi/telaga tu. :)

farahnothman said...

Pernahhhh! Rindunya zaman dolu2 tapi takda la menunggu macam abah sebab zaman Farah dah ada bilik air elok cuma mengada nak mandi air perigi. hehe

aizamia3 said...

Fuh.. rindunya zaman ada perigi dulu dekat rumah arwah Wan.. dulu kami ada 3 perigi. Sampai saya darjah 3 saya merasa mandi si perigi. Best.. seronok.. pagi gelap2 dah mandi sebelum ke sekolah masa tu.

Mulan said...

dulu kat kampung atuk mmg lah guna perigi tp sekarang tak dah.. masa duduk asrama kalau takde air pon Alhamdulillah ada satu perigi utk kami student guna amik air