Saturday, June 19, 2021

Surat terbuka kepada YAB PM.

Surat terbuka kpd YAB PM ..
19hb Jun 2021 

Salam sejahtera YAB, 
Semoga tuan dan seluruh ahli keluarga dan anggota kabinet dan para fronliner kita ( yg bertungkus lumus bekerja siang malam ) dalam lindungan Allah dan terhindar dari segala penyakit berbahaya .. terutama covid19 yg mengancam nyawa. 

Semua sedia maklum kes positif covid naik mendadak semula selepas PRN Sabah tempuhari. Dan  kerajaan telah melakukan segala yg mungkin utk membendung penularan wabak covid 19 yg kini semakin cepat merebak.. Perlaksanaan PKP penuh dan program vaksinasi merupakan dua strategi yg di yakini dapat memutuskan rantaian penularan  wabak covid.. 

Apabila Kerajaan melaksanakan PKP 1.0 dulu ia mendapat kerjasama penuh rakyat.. ( walaupun ada segelintir yg ingkar)  sehingga nak buka gate pun kami rasa takut, nak buka tingkap rumah pun rasa gerun.. takut virus covid masuk.. sedangkan masa tu kes pos tak lebih 300.. Walaupun masa tu belum ada vaksin .. tapi rakyat berkeyakinan penuh itu lah satu2 nya kaedah berkesan yg boleh melandaikan rantaian penularan.. dan kita hampir berjaya.. 

Tapi akibat kecuaian, berlaku pelanggaran SOP  oleh mereka sepatutnya menegakkan peraturan.. kes covid meningkat semula  secara mendadak.. dari 1 angka hampir mencecah 5 angka.. Sekali lagi rakyat merindih , sedih , geram , marah , fed up takut dan mau kerajaan lakukan sesuatu SEGERA.. Rakyat dah bersedia dengan PKP  yang lebih ketat , saperti  yg berlaku semasa PKP 1.0 asalkan covid berjaya di hapuskan.. Rakyat telah bersedia utk bekorban .. 

Akhirnya bila PKP 3.0 dikuatkuasakan.. RAKYAT MERASA ADA YG TIDAK KENA DENGAN PERINTAH KALI INI. ...  Kita semua tahu bukan mudah utk melaksanakan satu keputusan yg seimbang.. di antara kepentingan kesihatan dan nyawa dan ekonomi.. dan sekarang ternyata.. terlalu banyak lompong dengan apa yg berlaku sekarang. Dua minggu pertama tiada sebarang tanda penurunan ( ketara) semua tuduhan akibat rentas negeri semasa perayaan. Dua minggu berikut nya (sekarang) tak ada alasan lain selain penilaian keberkesanan PKP 3.0 ..Tapi dari data data yg di lapurkan setiap hari kami semua rasa ragu PKP3.0  akan berjaya dalam tempuh yg di harapkan .

Harapan kami sekarang tertumpu terhadap keberkesanan program vaksinasi kebangsaan. Malangnya di sini pun banyak rungutan rakyat... 

Kami sangat2 berharap YAB PM mendengar keluh kesah rakyat.... 

Terima kasih...

1 comment:

Suria Amanda said...

Bagus surat terbuka ni...kalau dapat sampaikan betul2 pun bagus