Monday, August 30, 2021

Vaksinasi on right track..

30hb Ogos 2021

Tahniah KKM , tahniah YB KJ.. yang baru mengangkat sumpah sebagai menteri kesihatan yg baru.. 

MALAYSIA menghampiri matlamat utk mencapai vaksinasi kelompok.. lebih 61% penduduk dewasa telah lengkap 2 dos vaksin.. dan lebih 80% penduduk dewasa telah mendapat sekurang2 nya 1 dos vaksin. 

Rasanya di kalangan sahabat abah rata2 dah mendapat 2 dos vaksin kot.. atau masih ada ke yg belum mendapat walau 1 dos?? 

Katanya kes covid yg perlu di rawat di hospital semakin berkurangan.. Telah ada kelegaan di wad wad di kebanyakan hospital .. pesakit yg perlu di rujuk  ke ICU juga semakin berkurangan.. ini petanda yang baik buat rakyat Malaysia. ( kakak sekarang bertugas di wad ICU) 

Tapi kes +ve masih tinggi !!! macam mana tu ?? 

ya betul tinggi.. tapi kes yg perlu di rujuk di hospital sedikit.. lebih 97 % hanya ketegori 1 dan 2 . COVID tak akan hapus bagitu mudah.. kita akan hidup bersama covid utk satu tempuh yg panjang.. Tetapi covid bukan lagi satu isu kesihatan utk rakyat Malaysia di masa depan.. Insyaallah.

Jika kita berterusan menjaga dan patuh sedia ada SOP ada harapan covid akan terhapus beransur ansur.. 

ini andaian abah.. jika abah silap sila beri pandangan anda ..

No comments: