Susahnya nak berinternet di JB ni... dari hotel yg kami duduk tu hampeh je.. sah lain kali tak menginap sana lagi dah.. hehe..
perjalanan dari KL bermula jam 8.00 malam.. selepas hantar fizah tusyen.. balik dah pakat dengan jiran utk hantar dia balik.. dan angah akan datang teman fizah kat rumah.. ini firstime zino jalan jauh waktu malam.. sepanjang perjalanan memang banyak kereta.. sampai melaka hiway masih penuh.. tapi tak le berapa jem.. singgah makan di R&R Air Keroh.. sebelum meneruskan perjalanan...
Nasib baik along ada GPS boleh pandu arah dari TOL ke hotel.. memang mudah.. siap ada suara bagi tau bila patut pusing kiri atau kanan.. landed kat hotel 12.45.. tak lajukan zino drive.. bila sampai apa lagi terus landing...
esok nya kami ada jemputan, sampai ke rumah bapa pengantin jam 1.00 ptg.. segak dengan baju hijau nya.. semua yg menyambut pun baju hijau sampai ke air minuman pun hijau hehe.. tahniah Aimman dah dapat menantu.. supaya menjadi bapa mertua yg baik hehe.. dari rumah pengantin kami terus ke Perling.. siapa ada di Perling?? cucu den la... along pun dah seminggu tak jumpa dia... lepas tu kami kidnep Arifah bawa ke Hotel.. ingat hati nak bawa Arifah jalan2 ke dulu.. tapi gerimis le pulak.. sebelum balik ke hotel singgah di rumah bapa sedara.. saje surprise tak bagi tau pun.. tapi Arifah pulak tak berapa selesa asyik menangis je.. so kunjungan di pendekkan dan terus ke Hotel..
hari ni kami dah sampai ke Perling semula.. Arifah kena tinggal kan kat sini.. sehingga ibu dia habis belajar.. lepas ni kami nak ke satu distinasi.. kemana tu ? nanti selepas kami ke sana baru boleh di terbitkan.. takut plan tak menjadi.. dan petang ni juga kami akan balik ke KL.... dan sesuatu telah berlaku di KL sementara ketiadaan kami ni.. entah la poning kepalo den.. nanti ada kelapangan zino akan cerita kan...
Besan tengah sediakan makan tengahari tu.. so sampai jumpa lagi..oops lunch dah ready hehe..