tadi zino hadiri satu mesyuarat di PJ... perjumpaan kali ini untuk meneliti satu cadangan projek penswastaan... melibatkan pelaburan luar negara kata nya... itu bukan isu yg nak zino bincangkan... bila melibatkan pelaburan luar ada wakil dari luar tu datang sekali... dan ada sorang minah ni..
dia merupakan CEO syarikat yg melabur tu... atau sekurang2nya dia lah wakil syarikat yg berpusat di oversee.. mempunyai kepakaran dalam business.. PHD la katakan... tapi tak guna pun pangkat Dr yg biasa kitapanggil bila dah ada kelulusan tinggi tu.... dan ini pun bukan isu sebenar... perbincangan awal tidak melibatkan syarikat dia.. kami je bincang.. bila tiba masa jemput dia masuk tiba tiba...
semua mata terbeliak...agak2 nya la kot bila minah salleh ni selamba je masuk bilik mesyuarat dengan berseluar pendek!!!! betul seluar pendek yang pendek.. maka terselah la apa yg tidak di tutup.. alahai.. ni nak datang meeting ke apa ni.. tak sempat tukar pakaian ke minah ni tadi? rasanya kalau dia datang ke pejabat zino sure dah peka halau dengan pakgad... kenapa pengawal di tempat ni tak perambat dia ya...dalam bilik tu bukan dia sorang je pempuan ada ramai lagi yg lain semua bersopan dia je yg tak geti bahasa... dan ini bukan kali pertama...
kami dah galak kali jumpa minah ni... kalau geram sangat berunding dengan dia ni bantai cakap melayu je .. terpinga pinga dia minta partner dia translate hehe..dia dah lama kat Malaysia masih tak mau paham adat resan kita kat sini dia buat selamba dia je.. suka sangat buat hal2 yg kontovesi.. tapi apa apa yg menjejaskan kepentingan pihak kami zino tetap pertahankan walaupun dia datang dengan gaya mendebarkan.. hehe.. no play play hehe..